Gear Lever Bush Proton Wira

bertemu lagi... kali ini saya paparkan entri mengenai pemasangan bush pada gear lever proton/mitsu yang terletak pada tuil gear di dalam kereta. sekiranya kita rasakan gear terlalu banyak free play atau longgar maka bolehlah periksa keadaan bush pada lever gear kerana sudah menjadi kebiasaan bush tersebut diperbuat daripada bahan seperti plastik, kemungkinan untuk rosak atau reput akan berlaku. sekiranya diperiksa dan didapati bush tersebut masih lagi elok maka tak perlu tukar, terpulang pada individu

ini satu set bush gear untuk saga atau wira termasuk juga gear lancer yang boleh didapati di kedai spare part dengan harga yang murah sahaja

sebelum kerja-kerja penukaran bush dapat dilakukan, seperti biasa kena buka dahulu gear knob dan gear console. kebiasaannya terdapat skru mata phillips/bunga untuk membuka gear console

untuk mengeluarkan batang gear hanya ada satu nat bersaiz 12mm seperti gambar yang ditunjukkan dan satu lagi kena buka satu clip cable gear sahaja. buka nat tersebut dan keluarkan bolt nat dari arah belakang, tarik je dan keluarkan gear

saya tunjukkan perbezaan tuil gear yang sebelah kiri yang diambil dari evo 3 dan di sebelah kanan gear standard lancer/wira tetapi batangnya telah dipotong menjadi pendek sedikit untuk dijadikan ala-ala short shift gear menggunakan gear standard. kedudukan bush sama sahaja antara dua jenis tuil gear ini

bagi pengguna tuil gear evo gunakan allen key untuk mengeluarkan 2 bush seperti gambar di atas manakala bagi pengguna tuil gear wira/lancer terdapat satu nat 12mm pada bahagian yang dinyatakan, kedudukan sama sahaja

apabila nat dibuka maka akan nampaklah bush standard yang berwarna putih dan kalau di zoom gambar di atas anda akan dapat melihat keadaan bush asal yang sudah pecah pada bahagian tepi. yang hitam tu ialah bush baru yang akan diganti pada bahagian tersebut

inilah kedudukan bush asal pada bahagian atas dan bawah apabila tuil gear dipadankan pada kedudukannya nanti
$ads={1}
dua biji bush lama dan baru

masukkan bush baru dan sebelum terlupa letakkan sedikit grease pada bahagian bush tersebut

terdapat dua lagi bush pada bahagian bawah gear lever seperti gambar yang ditunjukkan

bush asal

gantikan dengan bush baru

masukkan pada kedudukan asal dan jangan lupa letak grease

satu lagi bush ialah pada bahagian bawah sekali seperti gambar

 gantikan dengan yang baru sekiranya yang lama tidak dapat dipakai lagi

apabila segalanya selesai, pasang semula kedudukan gear lever seperti asal dan setelah kesemua bush ditukar anda akan dapat rasai perbezaan daripada sebelumnya

terima kasih
sincerely: jeff tacra

8 تعليقات

  1. bush semua ade 6 bijik tp pkai 5 jer lg 1 buh kt mner cikgu?

    ردحذف
  2. Baguh ni....saya punya wira free play byk sgt nih...thanks...abg jeff

    ردحذف
  3. salam, bro bole tunjukan cara nk baca afr gauge tak??? gauge yg jenis analouge

    ردحذف
  4. salam.blh tau cara buka dashboard saga blm tak?Tima kasih.

    ردحذف
  5. salam.nak tanya mcmana cara nk buat center locking berfungsi mengikut rpm.(supplynye perlu diambil dari mana?)cthnya yg ade pd kereta exora.Tima kasih.

    ردحذف
  6. Salam Sifu,
    boleh tolong tunjuk cara nak ganti kelisa gear bush.Tq

    ردحذف
  7. assalam sifu
    nak tanye lah kalau gear lever senget ke kanan sebab apa eh???..apa yg nk ditukar???

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors