Memasang Suis Dashboard Dengan LED

bersua lagi dengan entri mengenai lampu segala suis pada dashboard kereta terutama bagi pengguna yang menggunakan dashboard lancer/evo. pada setiap suis dashboard memang ada lampu kecil yang sangat berguna terutamnya pada waktu malam tambahan pula dengan adanya lampu-lampu pelbagai warna dapat mencantikkan lagi cockpit kereta anda. entri kali ini saya tunjukkan gambar mengenai suis kereta yang berada pada dashboard yang mempunyai lampu. kalau kereta anda tak ada lampu begini bermakna ada bulb yang dah terbakar dan bolehlah diganti dengan yang baru atau pun boleh masukkan terus LED. anda boleh cari entri blog terdahulu mengenai cara-cara memasang bulb atau LED pada suis

gambar sebelum memasukkan bulb atau LED baru

lampu memang ada tapi tak berapa terang sikit

ini merupakan gambar cockpit kereta saya yang telah siap dimasukkan LED baru pada setiap suis pada dashboard. kelihatan agak menarik terutamanya pada waktu malam, tidak menyilaukan pandangan

panel aircond digital lancer yang telah dimasukkan LED putih

kiri ialah suis untuk heater cermin belakang dan kanan suis hazard, kedua suis ini saya masukkan LED berwarna putih. kelihatan hazard suis berwarna merah iaitu bahagian hadapan suis sudah asal warna seperti itu

sebenarnya ini suis untuk gear auto pada konsol gear tetapi saya mod sikit dan jadikan suis power antenna. saya gunakan LED kuning atau amber

kiri suis wiper belakang dan kanan tu asalnya suis heater untuk seat, saya telah mod untuk menjadikan suis heater side mirror kiri dan kanan kereta
$ads={1}
suis foglamp

suis side mirror menggunakan LED hijau

suis lock dan unlock kunci pintu

panel digital lagi

bulb dengan condom warna hijau untuk oil press gauge

inilah rupa bulb asal dalam suis

bulb asal digantikan dengan LED

gambar bulb, LED dan resistor

terima kasih
sincerely - jeff tacra

17 تعليقات

  1. guna resistor berape ohm? nk bg voltan dc drop

    ردحذف
  2. salam.bro bole tak tunjukan cara nk baca AFR gauge yg analouge.. time kasih

    ردحذف
  3. RESISTOR TU NAK GUNA YANG BERAPA OHM?tq

    ردحذف
  4. Halo..camne nk bukak mentol suis foglamp n mentol heater/hazard??

    ردحذف
  5. biasa kaki bulb suis ni lembut macam dawai halus, kena gunakan jarum atau pin untuk keluarkan bulb

    ردحذف
  6. Jeff, what is the resistor value? Tks

    ردحذف
  7. Bro bolrh tunjuk ajar tukar bulb pada aircon panel iswara?

    ردحذف
  8. bang, kalu kita nak bagi hidup indicator seatbelt kena sambung wayar kat soket hijau kat panel tengah, saya nak tau wayar colour apa yg nk kena sambung, sebab kat soket hijau tu ada banyak wayar... tolong ye bang jeff...

    ردحذف
  9. bro atau sesiapa yg baca post saya ni.. button suis utk PWR ECO HOLD ada x? nak beli sbb saya punya dah pecah.. lain mcm rasa gear auto saya ni lepas cabut suis tu.. minyak mcm air heheheh lagi satu bro.. nak buat lampu dkt suis side mirror flip tu camne bro? saya try bukak board dia je nampak.. satria convert 4g93 SOHC mivec dashboard..

    ردحذف
  10. guys, kalau dilihat pada gambar yg abg jeff bagi tu, code resistor mewakili 410 - 436 OHM...

    ردحذف
  11. Sy dh buat...berjaya...guna led 3mm 3v...guna resistor 470ohm...setel...selamat mencuba..

    ردحذف
  12. assalam..sya tengah mencari mentol untuk suiz tpi tk de...dkt kedai acc pun tk de jual..sape ade jual

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors