2 Points Fender Bar Installation

bersua lagi dengan entri yang saya kira sebagai penutup bagi tahun 2012. kalai ini saya tunjukkan bagaimana cara membuka fender kereta khususnya kereta wira dan seterusnya bagaimana memasang 2 points fender bar ultra racing keluaran 1st batch dulu

langkah pertama untuk memasang fender bar ini ialah dengan membuka fender kereta. untuk kereta wira sahaja dan kemungkinan untuk kereta lain asasnya adalah sama. buka nat 10mm di bahagian bawah fender seperti gambar yang ditunjukkan

buka nat 10mm pada bahagian tepi bawah fender

keluarkan lampu signal dengan menanggalkan klip pada bahagian dalam ruang enjin, tarik klip dan perhatikan lock klip tersebut tercabut dari body kereta. unplug soket lampu signal

buka 3 nat 10mm pada bahagian lampu signal yang dikeluarkan tadi iaitu 1 skru untuk fender itu sendiri dan 2 skru untuk mengikat headlamp

buka lagi nat 10mm pada bahagian bawah tepi bumper, kena selak dulu daun pisang

buka 3 nat 10mm pada bahagian atas fender

buka lagi nat 10mm pada bahagian dalam bumper, kena umpil sikit bumper dengan berhati-hati barulah nat tersebut dapat dicapai dengan spanar
$ads={1}
akhir sekali 1 nat 10mm pada bahagia dalam dekan pintu, perlu buka pintu untuk membuka nat tersebut

jangan lupa keluarkan lampu signal fender dan unplug soket

apabila kesemua nat tadi dibuka barulah fender dapat dikeluarkan dari kereta. angkat fender melalui atas kereta dengan berhati-hati dan keluarkan

fender telah dikeluarkan dari kereta

inilah nanti kedudukan fender bar padabody kereta

buka 2 nat 12mm pada bracket pintu bahagian bawah dan pasang kan fender bar tersebut

perlu drill 2 lubang pada bahagian body untuk memasang 2 biji nat 

2 points fender bar yang telah siap dipasang pada kereta, body kereta semakin kukuh dengan pemasangan fender bar ini dan seterusnya dapat memantapkan lagi pengendalian kereta semasa memandu

terima kasih
sincerely - jeff tacra

7 تعليقات

  1. kna bt trip ka kt body.atau ikat bolt n nut?

    ردحذف
  2. Bro, Bolt n nut tu boleh ketatkan dr bahagian dalam fender kan?Yang 3 point agaknya ada lagi tak jual?

    ردحذف
  3. nat boleh ketatkan dari dalam, selak je daun pisang tu. kalau nak ketatkan dari luar kena pasang terbalik bolt tu, pasang dari dalam

    ردحذف
  4. abg jeff,nk bukak lmpu signal tu mmg xde pape nut ke?klip aje?saye xpas lgi nk bukak lmpu signal :P

    ردحذف
  5. Mohon ajr cara pasang hood mivec pada wira...harap membantu...

    ردحذف
  6. Adakah untuk kereta kelisa, cara buka fender pon tersebut adalah sama ka ?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors