Cara Membuka Dashboard Mitsubishi Lancer 4G Series

bertemu lagi dengan entri blog terkini iaitu bagaimana membuka dashboard daripada kereta wira/lancer. seperti biasa aktiviti hujung minggu saya iaitu membuat kerja-kerja tertentu berkaitan kereta terutamanya pada hari sabtu. sebenarnya hari ini berlangsung 3 DIY terhadap kereta wira cuma satu je saya muatkan dalam entri blog saya. paparan kali ini ialah memgenai bagaimana membuka dashboard wira atau lancer/evo dan kerja-kerja antara dua jenis dashboard ini sama sahaja
ini ialah dashboard lancer evolution 3, cara membuka dari kereta adalah lebih kurang sama dengan dashboard wira. tempat yang bertanda merah itu ialah skru dan nat yang perlu dibuka

meter kena buka dan untuk mengeluarkan meter terlebih dahulu buka dua biji nak bertanda biru di atas dan bolehlah keluarkan panel tersebut dengan menarik ke bahagian anda. ada dua klip pada bahagian bawah panel

bulatan kuning pula ialah nat yang perlu dibuka untuk mengeluarkan meter iaitu terdapat 4 biji nak seperti mana yang ditandakan diatas

konsol gear dan arm rest juga perlua dibuka

panel tengah juga hendaklah dikeluarkan, anda perlulah lebih berhati-hati ketika membuka panel tengah dashboard lancer kerena kesilapan yang sedikit sahaja boleh menyebabkan panel tengah patah. beli kat halfcut harga sangat mahal. kemuadian buka nat bertanda biru untuk memisahkan panel aircond daripada dashboard

bulatan biru untuk nat panel meter. bulatan merah untuk meter. kotak putih kiri kanan ialah soket meter, tekan klip soket meter dan tarik keluar soket dari dashboard dan kemudiannya masuk ke bahagian belakang dashboard. begitu juga dengan cable meter yang bulatan besar merah, terlebih dahulu buka cable meter pada gearbox, kemudian kat dashboard, tarik cable meter dan keluarkan klip yang menempatkan cable meter pada dashboard

dua biji nat yang perlu dibuka untuk mengeluarkan cover speaker kerana wire speaker pada dashboard perlu dicabut daripada speaker
$ads={1}
nat dashboard yang perlu dibuka pada bahagian dashboard

begitu juga dengan bahagian kanan dashboard, keluarkan nat 10mm

ini pula ialah nat pada bahagian kiri konsol tengah dashboard

 nat bahagian kanan konsol tengah dashboard

dah akhir sekali ialah nat pada bahagian laluan angin aircond atas dashboard kiri dan kanan

nat dalam corong angin aircond atas kanan dashboard

sebelum mengeluarkan dashboard pastikan segala soket wiring tidak lagi bersambung pada dashboard seperti soket pada suis stereng, soket wiper belakang, soket side mirror, soket foglamp, wiring HU serta wiring lain yang berkaitan. tarik dashboard ke arah anda dan keluarkan dashboard dari kereta

ini ialah gambar tadi iaitu dashboard evo yang telah siap dipasang pada sebuah wira aeroback untuk menggantikan dashboard lama kereta tersebut

terima kasih
sincerely - jeff tacra

36 تعليقات

  1. Slm abg jeff.
    Terima Kasih untuk post yg kedua cara buka dashboard, kalo buat pilihan 1 terendah dan 5 tertinggi, saya bagi abg jeff dalam post ni 5 yang teratas.

    Patutpun khamis lalu saya cuba ikut tutor yg abg jeff tunjukkan.. last sekali saya tarik dashboard tak kuar.. lama saya tarik.. last2 pasang balik semua hehehe...
    rupanya ada nat 2 lagi kat atas...
    tapi ni kali la.. kompom terkeluar tu dashboard..

    lampu kokpit kereta aku pun dah cantik, terang berderang hasil dari tutor blog abg jeff.. terima kasih sekali lagi.

    dan kalo boleh abg jeff tunjukkan juga wiring diagram horn kereta tanpa menggunakan wiring asal horn maksud saya buat suis yang kedua untuk hon. cadang nak pasang 2 hon, 1 tuk sound kengkawan (nada rendah) dan satu lagi tuk sound binatang melintas (nautilus Stebels) hehehe.

    ردحذف
  2. Bang jeff...plug n play aje ke atau ada kene buat wiring apa2?

    ردحذف
  3. Bang jeff...plug n play aje ke atau ada kene buat wiring apa2?

    ردحذف
  4. bleh msuk dasboard kosong evo ganti dashboard asal tanpa tkar wiring dashboard cmplete evo?bleh pkai la wiring asal wira kacuk dgn dashboard evo?g2?

    ردحذف
  5. boleh masukkan dashboard lancer/evo pada wira dengan mengekalkan wiring dan sistem aircond serta meter standard wira. cuma kena mod sikit wiring untuk suis on/off aircond, tu je

    ردحذف
  6. Dashboard evo xde suis aircond bang jeff..nak guna suis mana utk on aircond?

    ردحذف
  7. Fuh jumpa dah, lama dah cari diy ni. Anak sumbat syiling dlm vent. Bising bila idle.

    ردحذف
  8. thanks very much..
    blog anda sangat bermanfaat

    ردحذف
  9. abang,saya nk minta abang tolong pasangkan untuk saya ye...

    ردحذف
  10. harga dashboard evo kalah complete siap sistem aircond dan wiring sekitar rm1.2k dan kalau dashboard kosong dalam lingkungan rm400

    ردحذف
  11. salam bang jeff..xde ke tunjuk cara nak kacuk meter evo 3 ke wira..nk pakai wiring asl balik..tq..

    ردحذف
  12. Bro boleh tunjuk ajar ckit mcm mana nak modified wiring suis on/off utk dashboard evo pasal sekrg saya just buat bypass Kat on/off temperature suis on temperature airsejuk kalo tak on kuar angin jerk skrg saya ingin buat mcm bro punyer concept buat suis on off.I dah ada aircond controler manual lancer perlu ker buat suis on/off bro tlg tunjuk ajar ckit bro

    ردحذف
  13. Klau pakai wiring wira perlu buat suis on/off. Pindahkan sahaja soket asal suis dengan menambahkan wire sekadar sampai untuk dicucuk dengan suis yang ada pada dashboard lancer sebelah kanan, soket dapat masuk dengan baik tanpa perlu ubah apa-apa. Tambah wire je bagi panjang

    ردحذف
  14. Bro suis dia belah mana nak sambung saya pun tak pasti nak masuk Kat mana boleh tunjuk ajar melalui gambar sbb nak lebih detail lar bro serabut tak tahu nak masuk Kat mana suis ekon tu sorry bro baru nak belajar DIY sendiri bro sbb sebelah kanan dashboard evo tu suis mana yea nak sambung soket aircond??

    ردحذف
  15. sebelah kanan dashboard evo/lancer ada dua suis, guna yang sebelah kiri

    ردحذف
  16. salam bang suis saya jenis xda function sekadar xcesori je mcmana nak buat

    ردحذف
  17. kena dapatkan suis yang fuction jugak untuk membuat suis aircond

    ردحذف
  18. bang,,,klu wira enjin gsr tp nk pakai dashboard evo 4,kne tukar skali ngan wiring ke??

    ردحذف
  19. bang..harap bantuan..sy nk tukar meter wira 1.5 injection ke meter lancer..cmne nk wiring soket dia?..harap abang tolong....pertolongan amat diperlukan...kalau ad rakan2 lain sudi bantu bleh gak...

    ردحذف
  20. boleh masuk meter lancer pada wiring wira tapi beberapa wire pada soket perlu dipinda

    ردحذف
  21. bang jeff...macam mana nak alihkan wire meter 1.5 nk kacuk meter lancer?tolong bang..sy xpasti nk alihkan mne satu wire dlm socket tu

    ردحذف
  22. bang jeff...macam mana nak alihkan wire meter 1.5 nk kacuk meter lancer?tolong bang..sy xpasti nk alihkan mne satu wire dlm socket tu

    ردحذف
  23. bang jef mcm wiring yg kat suis bulat yg lancer puny kat wira

    ردحذف
  24. Ade no phone x? Nk suh wiring dari wira ke evo 3, sbb da tukar wiring, tp kat kepala soket x tau wayar mana nk sambung..area kuala terengganu jgk..boleh mitk tolong x?

    ردحذف
  25. Tuan jeff ..mcm mana sy nak contact tuan.. Sy nak hanta kereta ke Tempat tuan..

    ردحذف
  26. Tuan jeff ..mcm mana sy nak contact tuan.. Sy nak hanta kereta ke Tempat tuan..

    ردحذف
  27. Tuan jeff ..mcm mana sy nak contact tuan.. Sy nak hanta kereta ke Tempat tuan..

    ردحذف
  28. Salam tuan.. boleh tak... ajarkan

    1- cara bukak dashboard iswara
    2- cara install dashboard wira/lancer ke iswara....

    ردحذف
  29. salam bro jeff. dashboard evo 7,8,9 boleh masuk tak pada wira? setahu saya dashboard evo 1-6 boleh masuk.

    ردحذف
  30. Bang Jeff tolong Bantu, Dari wiring enjin evo3 nak connect Ke wiring dash lancer lokal, socket same tapi ada wyar yang tak ada, boleh kirim diynya kah Ke 3r1ck.syd@gmail.com, aku nak swap enjin 4g63t vr4, wiring evo3, wiring dash lancer glxi. Terima kasih

    ردحذف
  31. nak taya corong cover aircond dasboard gsr. keta apa yg boleh masuk? adakah wira sama?

    ردحذف
  32. salam bang jeff..bole buat tutorial pasang dashboard evo 4 ke wira x?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors