LED Pada AC Panel Digital Dan Suis

berjumpa lagi dengan entri yang banyak di'request' iaitu mengenai bagaimana membuka panel aircond digital dari dashboard serta saya selitkan gambar bulb dan LED yang saya pasang untuk suis dashboard. di bawah ini saya fokuskan kepada bagaimana mengeluarkan panel digital dari dashboard dan gambar-gambar lampu kat suis tu hanya selingan sahaja

sebelum panel aircond ini dapat dikeluarkan terlebih dahulu keluarkan panel tengah dashboard dengan berhati-hati. kemudian buka nat phillips pada bahagian panel iaitu hujung atas kiri dan kanan dan bahagian bawah kiri dan kanan

apabila dah keluarkan nat sengetkan panel seperti gambar di atas

unplug dua soket pada bahagian belakang panel

sepatutnya ada satu hose seperti yang ditunjukkan dan hose ini sebenarnya aliran angin aircond yang melalui hose ini untuk menyejukkan dalaman dan lita panel digital. sebab itulah selalu kita dengan berlaku masalah line merah pada screen kerana komponen pada litar menjadi panas dan boleh merosakkan peralatab tertentu. dengan adanya hose ini angin sejuk aircond dapat menyejukkan bahagian dalaman panel dan seterusnya menjadikan panel digital anda tahan lebih lama. kebanyak pomen tak pasang pun hose ni, padahal standard halfcut memang ada hose ini yang puncanya dari blower tengah dan cucuk ke belakang kanan panel digital, dah ada tempat untuk dipadankan dengan hose berkenaan

apabila dah sengetkan panel maka dapatlah ditarik keluar panel dengan mudah

seterusnya saya buka bahagian hadapan panel untuk menggantikan bulb asal dengan LED
$ads={1}
kelihatan yang berwarna biru ialah bulb asal untuk panel digital, sebenarnya hanya menggunakan bulb kecik dan dipakaikan bulb condom untuk menjadikan cahayanya berwarna putih

 cuba lihat bahagian kanan yang berwarna hitam kecik tu, inilah tempat kemasukan bulb kecik dan dengan menggunakan screw driver flat pusing lawan jam untuk mengeluarkan bulb

atas yang berwarna biru ialah bulb asal kat panel digital dan bahagian bawah pula merupakan LED yang telah diubahsuai denagan tapak bulb asal. ekor yang berwarna hitam ialah resistor untuk LED untuk digunakan pada 12v, jadi LED tidak mudah terbakar dengan menggunakannya

test LED dah hidup dan harus diingatkan jangan bertukar polarity atau kaki LED antara negatif dan positif kerana jika tertukar LED tidak akan hidup

panel digital dah siap pasang pada tempatnya

cahaya yang keluar dengan menggunakan LED putih

antara suis lain pada dashbaord yang menggunakan LED dan bulb kecil

suis autoflip side mirror dan suis lock pintu

peralatan yang digunakan untuk proses memasang bulb pada suis

terima kasih
sincerely - jeff tacra

32 تعليقات

  1. salam abg jeff...line merah kt display panel tu pudar la...macamna nk bagi terang yer...boleh tukar led x ?

    ردحذف
  2. slm bro,berapa harga sebiji resistor dan berapa nilai rintangan untuk led

    ردحذف
  3. salam cikgu..nak bg lmpu meter kaler putih bleh x?

    ردحذف
  4. saya perlukan nilai resistor dan kalau boleh, abg jeff tlg tunjukkan mcm mana nak pasang kedudukan resistor pada tapak mentol tu ... tak berapa faham ... menarek DIY ni ... lampu gear dan side mirror tu paling best ...

    thanx abg jeff kalau boleh tlg dgn pertanyaan saya ni ...

    ردحذف
  5. Saya akan buat entri baru mengenai saiz led dan resistor yang perlu digunakan unruk dipasangkan pada suis dan panel digital. Siap keterangan bergambar secara lengkap. Tunggu kemunculannya

    ردحذف
  6. ok, terima kasih banyak bang ...

    maknenye setiap button/panel yang boleh tekan tu kalau berfungsi harus la ada lampu bile lampu dipasang kan ? kalau tak menyala tu maknanya mentol dah terbakar ... termasuk bhgian gear utk kereta auto kan ?

    ok ... saya tggu entri seterusnye pasal replacement utk mentol ni kepada LED ... agak menarek ... byk dah saya DIY sejak jumpe blog ni ... thanx abg jeff ...

    ردحذف
  7. salam..kami menantikan entri saiz led dengan resistor tu b.jeff..coz hari tu ada cuba direct..terus terbakar..

    ردحذف
  8. Wow.. kalau lah desbod Mira L5 bnyk panel lampu2 gini kan mantap gitu. Bro Jeff, ada tengok dlm blog kancil dengan desbod L5 masuk panel digital mitsu mcm dlm gmbr atas tu.. leh bgi tips x bro?

    ردحذف
  9. Boleh je nak mod untuk masukkan panel digital mitsu pada mana2 kereta tapi tak akan dapat function penuh seperti menggunakan wiring asal

    ردحذف
  10. sy dah tengok hose kecil untuk panel, memang pomen x pasang jd sekarang dah sambung. soalan sy kemana hujung hos tu pergi? untuk kereta sy hosnya berada di belakang dashboard belah bawah, ada pemegang hos tapi tak bersambung dengan apa2 dah. mmg macam tu ke?

    ردحذف
  11. Sambung ke blower tengah yang putih tu, ada tempat cucuk dan gunakan satu nat je

    ردحذف
  12. abg jeff, yg sebelah motor blower ke? Kat situ dah ada 1 hose dari motor ke tempat cucuk yg putih tu, tempat cucuk lain saya tak nampak. Hose apa yg boleh sy guna untuk ke situ?

    ردحذف
  13. salam...sori soalan lari dr post..hehehe..sy ada tgk yg abg diy front anti roll bar tu...nk tny skit...masa pusing stereng..absober akan bergerak skali kan....tak ganggu ke bila pasang droplink tu

    ردحذف
  14. Untuk panel aircond standard pulak macam mana nk tanggalkannya..pening dh buka panel aircond tu utk tukar led putih..skru semua dh tanggal,tpi tak reti nk keluarkan panel tu.

    ردحذف
  15. salam.nak tanye cikit.np aircon tetiba ON.pas2 digital aircond sy dh malap ada garisan merah.nk tekan butang OFF pun x blh.semua butang dh mcm sekat.per yg patut saya buat skr.pening kepala skr ni.tolong bro.

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun ada mslh yg sama, butang on taleh nk function fh, lampu dah malap lepas tu ada line merah, klau saya sambung blk hos tu bleh hilang tak line merah tuh? Harap bro bleh reply.

      حذف
  16. Assalamualaikum abg jeff..utk digital aircond saya pakai LED saiz 5mm..dia besar ckit dr 3mm yg sesuai utk suis fog lamp..saiz volt x pasti..rasa2nya 3v kot..bila saya tanya cuma ada saiz kecik besar je kat kedai elektronik 2..adakah saiz ohm resistor berbeza antara digital aircond dan suis fog lamp..klu x sama brapa saiz2 resistor tu..? lagi satu, utk suis fog lamp adakah boleh tgk kaki polarity dgn melihat soket blkg suis 2..maksud saya lihat perjalanan sambungan 2..coz multimeter n test lamp x de..hehehe...

    ردحذف
  17. Salam abg jeff, hose kecik panel digital aircon tu yg dr panel dh bersambung tp dia ke bawah dashboard blakang panel takda nmpak plak smbung kemana-mana. Hose tu nk kena tambah hose lain ke untk smbungkn ke blower yg putih tu? Tq..

    ردحذف
  18. sambung je kat blower putih tu, ada satu lubang dan satu skru je

    ردحذف
  19. pertanyaan mcm mana nak keluarkan penal aircon manual wira.....

    ردحذف
  20. bro jeff, panel aircond digital saia bila start je kunci aircond digital terus hidup, n brfungsi. so mcm mna nk dye off, setiap start hidup.

    ردحذف
  21. Salam bang..sy xpndai nk buat diy nie..boleh ke kalu nk mntk tlg abg buatkan..?

    ردحذف
  22. salam abg jeff, macam maner nk kuar kan panel air-cond wira standard.
    nat sumer dh bkk, tp xleh nk tarik keluar.

    ردحذف
  23. Assalam..b.jeff takde ker kawan2 kat negeri sembilan yg boleh repair benda2 macam nie? kalau pos takut rosak plak... berapa kos repair lampu2 nie degn button dia sekali...

    tq
    Hafiz (0122368936)

    ردحذف
  24. salam abg jeff.panel digital x nyala lampu..check bulb masih ok lagi..leh dok nk tau wayar warna ape untuk supply bulb panel..pasal tgk wayar pun dah byk kene potong kt pinout tu..tq

    ردحذف
  25. salam abg jeff.. Belakang panel tu ada tulis EVA. Itu fungsi apa yew.

    ردحذف
  26. الردود
    1. cari je kat kt kedai elektronik, beli led putih 3mm & resistor 470 ohm. patri resistor kat led (kaki yg panjang). modal x sampai rm2 pon untuk sebijik

      حذف
  27. Mekom abg,,,saya nak tanya berapa V led yg di guna kan fan mcm mana pula dgn led yg menguna kan perintang ada kan perintang fan led kena tukar balik,,,maksud saya yg lama ounya kira nak tukar led saja psl bot dia ada perintang,tp bila dah tukar led x berfungsi....perintang yg saya beli panjang dan perintang yg asal pendek,,,ada ka benda tu sama atau masalah led x sama V

    ردحذف
  28. salam abg jeff. nk tnye kalau digital berbelang merah dapat repair lagi x..screen dh xnmpak apa cuma belang belang...

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors