Cockpit Lamp (Bulb For Switch)

bersua lagi dengan entri bagaimana proses menukar bulb pada segala suis yang berada pada dashboard sama ada dashboard proton ataupun lancer. lazimnya segala suis pada dashboard mempunyai lampu untuk memudahkan kita menggunakan pada waktu malam dan sekiranya lampu berkenaan rosak maka kelihatan tidak menarik pada waktu malam. jadi di sini saya paparkan bagaimana hendak memasang bulb kecil yang dikhaskan untuk segala suis pada dashboard dan dalam entri ini saya hanya tunjukkan contoh pada satu suis lancer iaitu suis heater pada dashboard. bulb kecik kena order dari UK kerana di negara kita saya belum jumpa lagi bulb special berkenaan. sesiapa yang hendak bulb tersebut boleh email pada saya dengan harga rm10 sebiji

ini merupakan suis hazard lamp di sebelah kanan dan suis heater cermin belakang di sebelah kiri. jika bulb rosak tak nampaklah cahaya dari suis tersebut iaitu untuk hazard lamp ada nampak lampu warna merah segitiga dan suis heater cahaya putih

keluarkan suis dari panel dashboard dan umpil dengan berhati-hati pada bahagian belakang suis untuk mengeluarkannya daripada housing suis tersebut

apabila suis telah berjaya dikeluarkan, umpil pada bahagian kiri dan kanan suis untuk mengeluarkan cover suis dan akan nampaklah bulb di dalam suis ini

suis telah dapat dipisahkan, berhati-hati dengan peralatan di dalam suis terutamnya contact suis seperti yang berwarna keemasan gambar di atas, pastikan kedudukannya betul semasa hendak memasangnya nanti

kelihatan dua bijik bulb pada suis heater lancer iaitu bulb di sebelah kiri nampak biru kerana telah dipakaikan condom bulb, ini function untuk lampu pada waktu malam, manakala bulb dalam cover putih sebelah kanan ialah semasa on heater bulb ini akan hidup, sebagai indicator kita menggunakan fungsi heater

keluarkan bulb dari suis

inilah bulb special untuk suis dashboard yang dibeli dari united kingdom. sesiapa yang berhajat untuk mendapatkannya boleh menghubungi saya dengan menggunakan email atau FB saya
$ads={1}
dua bijik bulb baru bersedia untuk dimasukkan pada housing bulb tersebut

bulb lama yang dah blow, nampak besar sebab bahagian kaca sebelah dalam bulb dah menjadi hitam. saiz sama sahaja dengan bulb yang baru

keluarkan bulb lama dan masukkan yang baru, cungkil kaki bulb lama dengan menggunakan jarum atau pin untuk memudahkan anda mengeluarkan bulb tersebut

test bulb telah berfungsi dengan jayanya

masukkan semula condom bulb berkenaan, sekiranya condom tidak digunakan cahaya yang keluar nanti agak kekuningan

apabila menggunakan condom bulb cahaya telah berubah menjadi putih

masukkan pada suis seperti asal dan test bulb baru di kereta. ini gambar sebelum lampu dihidupkan

kelihatan menarik pada waktu malam kerana segala cahaya pada suis telah berfungsi

sekian, terima kasih
jumpa lagi

28 تعليقات

  1. salam, abg Jeff, condom dia tu ada jual tak? kat mana nak dapat?

    ردحذف
  2. salam abg jef...
    nk tanya..bila tekan suis heater, lampu kat suis x menyala...adakah bulb terbakar atau heater memang x jadi atau fius terbakar?...sebelum ni ok...

    ردحذف
  3. satu bulb rm5 dan kos pos rm5. condom kat tempat kita tak pernah jumpa lagi dan kalau kat oversea memang ada jual pelbagai color. biasa ada lampu amber menyala bila tekan suis heater, kalau tak nyala kemungkinan bulb terbakar kalau heater function macam biasa dan kalau heater tak function ada masalah lain

    ردحذف
    الردود
    1. salam alaik, kalau bulb jenis ni guna utk panel tgh air cond wira boleh tak? bulb ori sy dh trbkr & perlu dtukar dgn segera.

      حذف
  4. Salam..Maafkan saya.. Lpas ni abg x payah membazir duit beli kat US.. Kalau abg ade member kat KL, abg oder je kat member abg.. Mentol tu ade jual kat jln pasar(pudu).. Sy penah beli dan DIY panel aircond digital kereta sy.. Sy pasti mentol yg abg gunekan tu, same dgn mentol yg sy pkai.. Cume kondom dia je sy x dpt cari.. (Sekadar kongsi maklumat)..TQ..

    ردحذف
  5. salam bro,...
    bole tak bagi info no siri atau nama lampu ni klo nk cari kat kedai?

    ردحذف
  6. bro.. nak dua bulb tu.. ni emel sya..wajidichealias@yahoo.com..

    ردحذف
  7. terima kasih omar kasim, bulb untuk suis ni tak sama dengan bulb untuk panel digital sebab untuk suis lagi kecil saiznya. saya pernah cuba untuk memasukkan bulb untuk suis panel digital ke dalam suis tapi tak boleh sebab bulb untuk suis tidak sama saiz dengan bulb panel digital. tapi kalau ada jual kat jalan pasar baik beli kat sana

    ردحذف
  8. panel aircond controller dashbord wira kdg2 nyala kdg2 tak masalah ape tu abg jeff?

    ردحذف
  9. abg jeff,cmne nk tuka bulb kat panel aircond satria/wira?skang ni kadang2 nyale kadang2 x.. :P

    ردحذف
  10. dashbord wira n suis untuk panel aircond/hazard macam tak sama dengan saiz atas tu b.jeff..saya da try buka tapi bulb panel lagi kecik dari dashbord punya..

    ردحذف
  11. salam,mentol ni blh guna untk pe lg bos?

    ردحذف
  12. Salam bro jeff..dh puas cari bulb kecik tu (suis aircond/hazard) sy nk order 3biji.

    ردحذف
  13. bulb kecik ni agak susah nak dapat kat tempat kita. ini pun saya order dari oversea. rm30 untuk 3 bijik siap pos. nak sila email ke saya atau bagi no hp

    ردحذف
    الردود
    1. Assalamualikom abg jef,,rasanya x lewat ucapkan selamat hari raya 2019

      Abg jef,,sy nk beli mentol utk dalam panel digital 4g93.ada 2 biji mentol kecik dalam tu,,nak beli 4 biji

      Nk beli Mentol paling kecik special punya untuk dalam suis heater,hazel lamp,suis auto flip,frog lamp,,auto gate lock,,

      Pastu nk beli led warna putih 12v sekali dengan transistor

      No hp saya 018-8704298 zahid

      حذف
  14. guna bulb cahaya akan nampak kekuningan, sebab tu kena pakai bulb condom untuk nampak cahaya putih. kalau LED memang akan nampak putih sepenuhnya, lagipun LED tak banyak guna kuasa dan watt pun kecik

    ردحذف
  15. salam kepada en.jeff,saya nak dapatkan tunjuk ajar daripada en.jeff berkaitan dengan fog lamp. bagaimana pemasangan wayar foh lamp. boleh en.jeff ajarkan saya sebab saya nak pasangkan fog lamp pada kereta wira saya.

    ردحذف
  16. bulb condom sy dh rosak.(melekat pada bulb lama) so lampu suis aircond jadi kekuningan..kat mana nk dptkan condom bulb tu abg jeff?

    ردحذف
  17. salam, jeff.saya da cuba tukar bulb pada suis autoflip tp xmenyala..apa puncanya?tq

    ردحذف
  18. check ngan test lamp kat kaki suis tu.make sure ade current

    ردحذف
  19. Cek tapak untuk bulb tu, ada current atau tidak. Kalau masuk LED tak boleh terbalik antara negative dengan positive

    ردحذف
  20. bro tacra..kalu pakai bulk tu ada polariti tak?
    mean negatif & positif mcm LED

    ردحذف
  21. Sapa2 nak bulb tu bolem PM kat jizanzz@gmail.com
    Harga boleh kurang kalau order banyak.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors