Front Anti Roll Bar

 bersua kembali setelah sekian lama blog saya ini tidak dikemaskini, pertengahan tahun agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja sebagai penjawat awam tambahan pula ibu mentua diserang stroke dan sekarang pun masih terlantar di HSNZ, moga dirinya cepat sembuh. entri kali ini ialah bagaimana saya telah memasang drop link nissan serena pada antiroll bar standard wira dan hasilnya sama seperti menggunakan antiroll bar dan drop link evo
 inilah serial number dan no part drop link nissan serena c23 - front absorber link dengan harga rm40 sebatang, jadi perlu dapatkan sepasang dengan jumlah harga rm80 sepasang dan kalau beli anti roll bar evo rm150 ke atas dan itu tidak termasuk kos pemasangan lagi

sebelum memasang drop link ini terlebih dahulu absorber kereta anda perlulah ada bracket atau dalam bahasa mudah istilah pomen 'telinga' iaitu bracket dan lubang untuk dipadankan dengan drop link evo atau nissan serena. untuk memasukkan drop link nissan serena perlulah di'rebore' atau dibesarkan sedikit lubang ini kerana hujung drop link serena besar dan tidak muat untuk dimasukkan ke lubang bracket absorber

 sepasang drop link nissan seren C23 yang boleh diperoleh dengan mudah di mana-mana kedai spare part

 sebatang drop link, washer, bush dan dua bijik nat masing-masing bersaiz 19mm dan 17mm
$ads={1}
 lebih besar jika dibandingkan dengan drop link evo atau GTI

 kedudukan bush sate standard pada kereta wira

 bush sate ini perlu dikeluarkan dan tidak lagi disambungkan ke lower arm apabila menggunakan drop link nissan serena nanti

 bush standard yang dikeluarkan

 kelihatan aga uzur dan sepatutnya perlulah ditukar dengan yang baru

 sepasang bush sate wira 1.3-1.8 GTI dan wira SE first batch tidak menggunakan bush sate seperti ini

 nampak rupa macam sate tak?

 setelah lubang dibesarkan sedikit maka pasanglah bahagian atas ini dengan kemas

 bahagian bawah dipasangkan pada antiroll bar, masa pemasangan bahagian bawah ini kelihatan agak senget sedikit sebab masa ni tayar tergantung dan apabila siap semuanya dan dijatuhkan tayar seperti biasa kedudukan ini tidaklah ketara sengetnya, dah cantik kedudukan drop link ini

 siap dipasang pada wira 1.6 yang menggunakan adjustable absorber

ini pula kedudukan pada antiroll bar R3 yang menggunakan drop link evo/GTI, lihatlah perbezaan dengan gambar atas, function dah jadi macam menggunakan antiroll bar evo

sekian, terima kasih
jumpa lagi

45 تعليقات

  1. bermakna wira 1.5 saya jenis satay boleh pasang mcm ni ker,dengan sayarat kena pakai absober 1.6 yang ada telinga tu kan...dah lama tggu nak ubah suai mcm ni ada dah,boleh la buat,klu buat mcm ni,adakah handling rasa seedap lagi atau guna mcm yang r3 tu lagi sedap

    ردحذف
  2. Bang, kalau Wira se 2007, camne plak?

    ردحذف
  3. bush tu kalau kita gn yg org jual sekarang blh gn ka cikgu?..

    ردحذف
  4. super pro tu bush yg besar seakan2 stereng rack pya bush cikgu kan?..yg saya mksudkan yg kecik yg kat drop link tu....

    ردحذف
  5. memang ada super pro untuk bush kat drop link tu, cuba cari entri blog mengenai super pro bush sate, dah ada gambar

    ردحذف
  6. salam, nak tanya sket..
    kedudukan 'telinga' bagi setiap afetrmarket absorber utk model wira mmg pada jarak sama ke?
    & panjang drop link c23 sama dgn evo ke?

    ردحذف
  7. kedudukan telinga memang sama, panjang link c23 lebih kurang je dengan evo

    ردحذف
  8. kena jack kereta dua dua tayar terangkat juga ke bro jeff kalu nak pasang drop link ni?
    effect dia berbeza x dengan guna bush sate biasa?
    rasa mantap ke?

    ردحذف
  9. Salam bro jeff... Super pro bush utk wira boleh dok pkai kt drop link C23 neh..

    ردحذف
  10. Bush sate super pro boleh digunakan pada link nissan serena

    ردحذف
  11. ramai da orang pakai ni sekarang.....kat internet banyak ilmu, yg penting rajin baca........kan cikgu.......carlos

    ردحذف
  12. Salam.
    Kalau buat macam ni, handling jadi best mcm pakai lower arm evo3 ke?
    Thanks.

    ردحذف
  13. salam..ada beza handling tak lepas tukar satay kepada drop link tu??

    ردحذف
  14. Salam,
    Nak tanya pendapat, apa beza dari segi handling dan function pakai drop link dengan pakai fender bar ultra racing?

    ردحذف
  15. pakai link sambung ke absorber memang ada beza dengan sebelum ni pasang kat lower arm, kalau tengok evo pun link akan pasang pada absorber

    ردحذف
  16. Arini dah berjaya jgak DIY drop link neh...he..he.. thanks kongsi ilmu bro.. kt ktn ssh gak nk dpt yg murah..arini dpt gak yg rege RM70 sepsg..sama mcm yg dl blog neh.. cuma blum test lg..

    ردحذف
  17. Memang berbaloi pkai drop link nissan c23 neh.. handling best..rasa kemas jer..x rasa goyang..

    ردحذف
  18. tq abang jeff..saya dah buat diy pasang drop link ni kat 1.8 saya..handling rasa improve banyak...corner memang terbaik la banding sebelum buat nih :)

    ردحذف
  19. salam bro,
    nk tnye,kete ape yg ble wat diy mcm ni?
    saga dan perdana bole?

    ردحذف
  20. TQ abg Jeff... sy dh berjaya pasang drop link nissan serena ni kt wira 1.5 sy... ternyata handlingnya sgt berbeza dari sebelum ini...

    ردحذف
  21. abg jeff hr tu sy try tye sorg pomen ni die ckp xde pe2 function pun kalu pkai drop link ni tul ke abg?? sy kompius r....

    ردحذف
  22. mesti ada function, kena try dulu baru tahu kelainannya

    ردحذف
  23. Salam abg Jeff..
    drop link ni kna pasang kt blkg or depan?
    atau boleh pasang kt empat2 anti roll bar kreta??
    trima kasih sbb Abg Jeff bt blog nih..byk kami bleh blajar..many2 thanks Bro Jeff..

    ردحذف
  24. Assalamualaikum...
    abg jeff...
    nak tanya...
    kalau da pakai drop link nissan cerena tu...
    bushing pakai berapa..
    kalau sblm ni...
    kene pakai 8 utk kiri kanan..
    btol x...

    ردحذف
  25. Assalamualaikum, Encik Jeff.

    Tumpang tanya. Baru-baru ini, tayar depan kereta saya bergoyang di sebelah kiri dan kanan. Masalah ini diketahui semasa di kedai tayar untuk dibuat alignment. Pihak kedai tayar tersebut meminta saya membaiki masalah itu sebelum alignment dilakukan. Lalu saya ke sebuah bengkel. Selepas siap dipasang, barulah si pomen memberitahu bahawa kerosakan itu adalah pada batang rod tayar, tetapi dia tidak boleh menukarkannya kerana tidak ada sparepart (hari Ahad). Dia hanya menukar bush sahaja kerana bush dah rosak. Semasa kereta saya dibaiki, si pomen asyik diam sambil membaiki sekalipun saya tanya apa yang rosak. Selepas siap, barulah dia beritahu segalanya. Akibatnya, stereng saya yang jenis 'paut stereng' jadi bertambah liat dan sangat keras hingga sangat sukar dipandu, apatahlagi alignment belum dibuat. Keadaan tayar pun masih bergoyang. Masalah tidak selesai ditambah masalah baru pula. Jadi, saya terpaksa meminta si pomen tanggalkan bush baru itu semula pada hari yang sama kerana sangat sukar kereta dipandu. Encik Jeff, apakah sebabnya tayar boleh bergoyang dan apabila ditukar bush baru keadaan stereng saya menjadi bertambah liat dan terlalu keras sekali ? Terima kasih.

    Nota: Diharap pomen lain tidak mengikut contoh sikap si pomen seperti di atas.

    ردحذف
  26. nk tny lau wira 1.5 dh pkai absorber evo lau pkai drop link ni ok x? Coz absorber evo dh keras lau pkai drop link ni xjd lg keras ke? Sory newbie

    ردحذف
  27. salam.sblm nk pasang,sy tgk2 dlu.masa pusing stereng,absober akn bgerak skali kan.xganggu ke nanti bl dh pasang droplink tu

    ردحذف
  28. Salam Bang. Kalau waja mmg dah ada drop link nie kan?kalau bush tu rosak boleh sebabkan bunyi tak?

    ردحذف
  29. waja memang dah dipasangkan dengan droplink untuk sambungkan sway bar ke absorber. bila droplink rosak akan keluar bunyi tertentu pada bahagian berkenaan

    ردحذف
  30. salam... tumpang tanye, mne nk dptkn arb R3 tuh? da puas cari xjumpa. area kuala terengganu ni ade x?

    ردحذف
  31. Sy dh diy kat kereta wira 1.5 sy ptg td dgn mnggunakn tlinga absorber adjustable dan droplink nissan serena ni. Dh berjaya dgn cmrlangnya dan amat berkesan semasa corner. Berbeza dibandingkan dgn batang satay sblum ni. Layan corner syok.. terima kasih abang jeff..

    ردحذف
  32. Salam abg jeff apakah fungsi drop link. Dan kesan pada kereta jika drop link rosak

    ردحذف
  33. Salam abg jeff apakah fungsi drop link. Dan kesan pada kereta jika drop link rosak

    ردحذف
  34. AsSalam Abg Jeff, saya baru je selesai diy mod & pasang drop link nssn serena nie,memang jauh lebih mantap & efektif dr bush sate asal! Handling terasa lebih responsif & lebih baik. Terima kasih diatas tunjuk ajar Abg Jeff bravo!

    ردحذف
  35. as.salam-abg jef kereta lain boleh tak pasang drop link..abg ade no hp tk?

    ردحذف
  36. salam bang... front anti roll mivec ck sangkut dengan body waja..ade bunyi kluk3 bila jalan xrata..sy dah tkr bush tp still ada bunyi.. penyelesaiannya mcm mana abg jeff? perlu sy bakar anti roll tu bg bengkok skit? perlu sy ketuk body bahagian yg kene? atau ade ARB lain yg sesuai untuk masuk ke ck pada body waja??

    ردحذف
  37. Yg bush getah yg area subframe tu ...ade care mudah x nk ganti.... dye satu line dgn besi yg ikat satay tu..kawan pnggil stabilizer je besi.....

    ردحذف
  38. Cikgu roll bar depan waja boleh pasang x dkt body kereta wira..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors