Race Tech Smooth Shift

bersua kembali dengan entri pemasangan race tech smooth shift iaitu untuk menggantikan bushing asal pada hujung linkage gear pada gearbox. smooth shift ini boleh dirasai perbezaannya serta merta sebaik sahaja selesai dipasang, kemasukan gear jadi lebih lancar, smooth dan kalau ada yang mengalami masalah gear longgar atau banyak free play kemungkinan brangan ini boleh mengatasi masalah tersebut

race tech smooth shift dibuat daripada aluminium

sepasang bush aluminium, snap ring dan klip

manual disertakan sekali dalam pakej pembelian. sesuai untu kereta wira/mitsu 1.3-2.0

sepasang bush asal pada gear

keluarkan pin dan washer sepert di atas

keluarkan hujung linkage daripada bracket gear

masukkan screw driver pada bushing asal dan tuil untuk keluarkan bush

bush asal yang dikeluarkan
$ads={1}
close-up bush asal

dah kosong tempat kemasukan bush dan di sinilah nanti smooth shift akan dimasukkan

masukkan smooth shift dan padankan pada gear

pasangkan snap ring (gunakan playar untuk memasukkan snap ring), pasangkan washer asal dan masukkan pin baru yang dapat bersama pakej tadi

dah pasang bahagian satu lagi

dah pun siap dan boleh cuba masukkan gear kereta anda dan pasti akan ada perubahan daripada sebelumnya, selamat ber'diy'

sekian, terima kasih
jumpa lagi

21 تعليقات

  1. ada jual kat kdai spare part x nie bang???

    ردحذف
  2. salam..nak tanya..keta saya guna enjin ck 4a.gear shift liat sangat masa enjin masih baru2 jalan.bila dah lame sikit jalan .baru rasa ok.ade masalah ke bang?minyak gear gukup dn baru tukar.

    ردحذف
  3. salam..nak tanya..keta saya guna enjin ck 4a.gear shift liat sangat masa enjin masih baru2 jalan.bila dah lame sikit jalan .baru rasa ok.ade masalah ke bang?minyak gear gukup dn baru tukar.

    ردحذف
  4. Gear kete susah masuk la,tukar gearbox 4g91 kat wira 1.5. Minyk dah tukar.sekejap je ok.bunyi mcm tekan klac tak habis.masalah ape ye?

    ردحذف
  5. Bush kat gearbox dah pecah,kat kedai xde jual.mana nak dapatkan ye?

    ردحذف
  6. helo jeff.. ni saya baru beli keta kelisa second hand 1.0 manual. dia punya gear mmg banyak freela.. kalau pasang smooth shift ni boleh ke kat kelisa tq..

    ردحذف
  7. Helo Bang Jeff, saya ingin upgrade gear shift 4g92 mivec saya. Adakah upgrade di atas yang bang tunjukkan mencukupi atau boleh tambah ngam symborski shifter kit?

    http://mivek4doddle.blogspot.com/2008/09/symborski-shifter-kit.html

    Setup saya sekarang -
    Short shifter
    Stock gear linkage

    Masa tu bush saya rosak, sudah tukar tapi freeplay kat gear memang ketara dari dulu selepas conversion. Dulu gear memang mantap dan tak ada freeplay. Tak biasa ler bila tukar gear. lol

    Tunjuk ajar bang memang dihargai. terima kasih.

    ردحذف
  8. boleh tukar race tech smooth shift macam kat atas dan satu lagi tukar kesemua bush pada gear lever dalam kereta

    ردحذف
  9. Saya dah pakai racetech smooth shift, dan bush gear lever pun dah tukar. Tp gear masih susah nak masuk. Dia x smooth, kasar kasar gitu. Apa lagi punca dia eh selain dua ni? Tq

    ردحذف
  10. Saya dah pakai racetech smooth shift, dan bush gear lever pun dah tukar. Tp gear masih susah nak masuk. Dia x smooth, kasar kasar gitu. Apa lagi punca dia eh selain dua ni? Tq

    ردحذف
    الردود
    1. Sama dgn mslh sy..dh psg bush race tech ni.bila try main gear lpas siap jd lg susah nk msuk.keras kasar2 gruk gruk giteww..haha..last2 sy xpkai.buang pas tu beli cable baru jgk.sakit hati je rasa.pkai cable baru lg sng msuk gear plak.

      حذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors