Mivec Alternator

bersua kembali. paparan entri kali ini ialah mengenai alternator mivec. saya telah buka alternator mivec ini sebenarnya untuk melihat carbon brush sama ada masih ok lagi atau tidak kerana kalau carbon bruh pendek alternator tidak akan berfungsi sepenuhnya. di samping itu bolehlah servis sedikit dengan membuang segala habuk dan kotoran di dalam alternator. alternator memainkan peranan penting untuk memberikan kuasa bagi sesebuah kereta untuk menjalankan semua fungsi elektrikal bagi keseluruhan kereta tersebut. kalau rosak di tengah jalan makan kereta boleh mati dan tidak dapat dihidupkan seperti biasa

alternator standard mitsubishi 4G92 mivec

untuk membuka alternator seperti ini perlu buka terlebih dahulu 4 biji nat panjang bersaiz 8mm pada alternator berkenaan

bahagian belakang alternator

bahagian hadapan

dalaman alternaor

pisahkan dua seperti di atas

coil alternator dan anda akan nampak di tengah-tengahnya ialah carbon brush, masih lagi boleh digunakan

close-up carbon brush
$ads={1}
habuk dan kotoran yang dikeluarkan dalam alternator

housing belakang

alternator mivec berbeza dengan alternator mitsu yang lain kerana ia mempunya 4 pin bagi soket penyambungan manakala alternator lain kebiasaannya hanya 2 pin sahaja. alternator waja boleh digunakan untuk mivec tetapi dengan menggunakan housing alternator mivec, kena mod jugak alternator waja tersebut untuk digunakan pada enjin mivec

standar alternator mivec ialah 75 amp

dah siap pasang balik

dah nampak bersih

2 bijik alternator mivec

sekian terima kasih
jumpa lagi

31 تعليقات

  1. bang, mcm mana nak tau bila alternator kereta perlu di servis?

    ردحذف
  2. masalah saya mengenai alternator ini ialah lampu selalu kelip apabila shift gear, kemungkinan alternator kot dan bila saya servis dan pasang balik masalah tu hilang

    ردحذف
  3. nampak lebih kurang sama je tapi tak pasti sangat sebab tak compare

    ردحذف
  4. kalau kat kedai tukar carbon brush sekitar rm80, selebihnya upah pomen untuk service, bergantung atas pomen masing-masing

    ردحذف
  5. kalu alternator dah overcharge bleh repair lg ke bro???

    ردحذف
  6. Boleh tak letak cara bergambar step nak buka
    altenator ni dari stat buang belting,remove skru dan sebagainya..boleh buat rujukan nanti ni....pless

    ردحذف
  7. tak ambik gambar sebab ruang kerja sangat sempit, tak ada angle sesuai

    ردحذف
  8. Bro jeff, kalau alternator kancil, bole tukar karbon juga ka?

    ردحذف
  9. kalo nak buka alternator dari kereta, terminal bateri perlu cabut dulu tak?

    ردحذف
  10. nak buka alternator memang kena buka dulu terminal bateri kerana terdapat 1 wire direct dari bateri ke alternator, nanti akan berlaku spark kalau tak buka terminal bateri

    ردحذف
  11. bolehkah saya menggunakan alternator 90 amp pada enjin mitsu 4g92 1.6 sohc? apa beza 75 amp dan 90 amp tersebut?

    ردحذف
  12. salam abang jeff, bearing alternator saye dah start bunyi dah. boleh mintak advice tak kat mane kedudukan bearing satu lagi? dan macamana nak bukak dan tukar? dia close fit punye bearing ke? just slide masuk camtu je? :) thanks sifu..

    ردحذف
  13. Slm. Jeff
    Sy diy tukar carbon brush..cuma masa idling voltage charging 12.50v aje..sptutnya 13v> kan..bila ramp lbh skit baru dpt 13v >.
    Apakah sebabnya ya?.

    ردحذف
  14. salam jeff, camner nak pasang blik lepas buka alternator ni? dia sangkut kat carbon brush..

    ردحذف
  15. salam bag jeff, sy punya alternator asyik gegar la pas tukar mounting engin dgn belt semua, bunyi "guk guk guk guk" je time start, minta cdgn abg jeff mcm ne nk kasi setel

    ردحذف
  16. assalamualaikum abg jeff, sy nak tanya. kereta sy selalu rosak alternator. setahun smpai lima kali ganti. biasanya kalau mcm ni apa puncanya? terima kasih

    ردحذف
    الردود
    1. beli alternator dari mana sampai 5 kali tukar. saya lebih suka dapatkan alternator 2nd kat kedai halfcut daripada recond kat kedai spare part. tapi keduanya ini bergantung pada nasib jugak

      حذف
  17. uii...sampai 5x ganti alternator..biar betul.kete apa ni,
    klau setahun 5x,tu bukan alternator tu..kes kena tipu la ni..check blik wyring ke alternator tkut dh reput dlm..luaran nampak cntik..dalaman dia dh putus2..tingal 3urat dri 50 urat..

    ردحذف
  18. salam boss.. masalah sy skrg ni dah 2kali tukar alternator.. tukar alternator baru.. bila dah pasang oke la.. xde mslh.. tp cuma sebulan je dah problem.. bila jalan api cm xckup kuat.. jalan cm sangkut2.. ni alternator ke 2 baru rosak.. kereta kwn tersadai tepi highway.. sy pakai kereta wira 1.5 auto.. tahun 95.. minta bantuan dan nasihat dr tuan..

    ردحذف
  19. Mane nak cari regulator dan part2 lain untuk alternator?

    ردحذف
  20. Salam
    Bila dh pisahkan depan Dan blkg.mcm mn nk psg blk sbb sangkut dkt corban brush.mgkn Ada cr.tlg terangkan tkasih

    ردحذف
  21. Salam 1 mlysia
    Sy pkai wira 1.5 blh x sy guna alternater 1.6 mitsu.tapak alternater utk ikat d enjin besar skit.tp tu blh mod..soket sm.mgkn dr segi lain.performe tkasih

    ردحذف
  22. Salam 1 mlysia
    Sy pkai wira 1.5 blh x sy guna alternater 1.6 mitsu.tapak alternater utk ikat d enjin besar skit.tp tu blh mod..soket sm.mgkn dr segi lain.performe tkasih

    ردحذف
  23. Alternator waja masuk ke mivec CA ape yg perlu di modified...tukar housing je ke

    ردحذف
  24. Boleh tak engine evo guna alternator perdana
    Se atau v6 yg bole pakai? Tapak mounting sama tak?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors