Info & Tips Vol. 4

bersua kembali dengan entri info mengenai barangan tertentu pada sesebuah kereta. mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada kita semua

ini ial power window roll up module iaitu gunanya ialah semasa kita arm alarm power window akan naik dengan sendirinya. module ini ada yang untuk 2 cermin kiri dan kanan hadapan dan ada untuk keempat-empat cermin. kalau di negara kita saya tak pasti kat mana boleh dapat benda ini, tetapi dalam ebay banyak dijual module ini. kalau nak murah boleh try tengok kat ebay china, ada yang tak sampai rm100 untuk keempat-empat pintu, ketahanan yang dari china saya tak pasti. saya hanya menggunakan module yang dibeli dari USA keluaran DIRECTED untuk cermin hadapan sahaja

ini ialah bar yang diperoleh dari halfcut belakang evo 3, rupanya plug n play pada body wira sedan, tak perlu tebuk apa-apa lubang. buka skru kiri kanan dalam boot dan pasang bar ini. hanya kereta jepun je ada kot sebab tak nampak lagi kat negara kita yang jual bar ini, untuk stabilkan chasis kenderaan

keadaan plug yang pembakarannya sempurna iaitu warna rod perang seperti gambar di atas. kalau rod tengah hitam bermakna minyak lebih dan kalau terlalu putih minyak tak cukup. oleh itu tuning sebaiknya bagi mendapatkan pembakaran yang sempurna kereta pun jadi ringan sikit

biasanya kalau cold start mesti ada wap air pada bahagian tip ekzos, ini perkara normal. pada waktu pagi asap akan keluar nipis kebiruan, ini juga normal. kita tak nak sekiranya sap putih keluar dari ekzos kerana ada yang tak kena pada enjin kenderaan. kalau asap putih sentiasa keluar walaupun tak rev minyak kemungkinan piston ring dah out dan kalau semasa rev sahaja asap keluar kemungkinan itu berpunca daripada valve seal yang dah rosak

ini ialah spring bonet wira sedan, kalau dah patah macam gambar di atas, bonet akan jatuh dan tidak boleh dibiarkan terbuka macam biasa, malahan bobet akan terasa sangat berat daripada kebiasaan. spring ni kebiasaannya akan patah pada bahagian seperti di atas dan perlulah ditukar dengan yang baru. boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga tak sampai rm30 kot. pemasangan agak sukar keran perlukan tenaga untuk press sikit untuk dimasukkan pada tempatnya.

radiator fan evo sangat berbaloi dipakai kerana motornya besar dan putaran angin yang kuat, dapat menyejukkan radiator dengan kadar lebih cepat daripada standard radiator gan wira. boleh dipasang secara plug n play pada radiator single layer atau double layer malahan radiator pendek wira pun boleh dipasang tanpa ada apa-pa pengubahsuaian. bagi pengguna radiator aluminium perlulah memotong sedikit housing kipas pada bahagian bawah fan ini kerana sangkut dengan mounting pada crossmember hadapan

apabila lampu brake hidup pada meter bermakna kemungkinan minyak kurang atau brake pad dan sampai masa untuk ditukar dengan yang baru. apabila pad brake baru dipasang sudah pasti nak turunkan caliper uantuk dipasang semula tidak dapat kerana akan sangkut pada piston caliper yang terkeluar sedikit akibat kehausan pad. jadi cara di atas ialah untuk memasukkan semula piston ke dalam sedikit untuk memudahkan dipasang kembali seperti sedia kala
$ads={1}
G clamp dan nat yang dipotong sedikit seperti gambar di atas ialah tool yang saya gunakan untuk membuka valve pada head. jadi tak perlu tool mahal untuk membuka valve bagi menggantikan valve seal

master clutch pump apabila dah mengalami kebocoran sudah pasti gear tidak dapat dimasukkan, kalau kena semasa perjalanan alamatnya kena towing lah kereta. bila pedal clutch dah rasa ringan atau rasa macam kosong dan gear tidak dapat dimasukkan, silalah periksa master clutch pump seperti gamabr di atas atau secondary clutch pump atau selalu disebut clutch pump bawah. master clutch pump brand new nabco made in japan boleh diperoleh di kedai spare part tertentu dengan harga rm150 ke atas. ada juga yang local dengan harga rm70 sahaja. pilihan di tangan anda

bagi yang memasang adjustable fuel regulator tekanan minyak perlulah diketahui sama ada hendak dikurangkan pressure atau ditambah pressure minyak petrol pada enjin. kebiasaannya standard presure minyak pada sesebuah enjin mitsu 4G9x ialah sekitar 38psi. jadi dengan penambahan adjustable fuel regulator kita boleh melaras sama ada hendak naikkan atau kurangkan. bagi enjin standard boleh melaras antara 38psi - 40psi, manakala bagi enjin yang telah diubahsuai bolehlah melaras sehingga 42 psi = 3 bar. kadang ada tuner yang melaras sehingga 45 psi mengikut kesesuai enjin semasa tuning. perlu diingat bahawa hose getah biasa tidak dapat menampung pressure yang terlalu tinggi dan sebab itu lah ada yang mengalami kebocoran akibat pressure tinggi. penyelesaiannya anda boleh menuka kepada braided hose yang boleh diperoleh di kedai-jedai performance

coolant memainkan perana penting bagi sesebuah enjin terutamanya untuk mengawal sedikit suhu radiator dan air di dalam enjin. saya lebih suka menggunakan coolant toyota seperti di atas dengan harga rm20 di kedai spare part. masukkan satu botol ke dalam radiator dan tambah air secukupnya

spray hi temp biasanya ditanda dengan *** (3 star) dan boleh digunakan untuk mewarnakan caliper atau mana-mana bahagian di dalam enjin termasuk rocker cover

tool rekaan sendiri untuk memasukkan minyak gearbox, gunakan hose gas dan corong seperti di atas

braided brake hose memang terbukti dapat meningkatkan prestasi sitem brek kerana hose jenis ini tidak mudah mengembang semasa suhu panas berbanding dengan hose getah biasa

condenser fan evo mempunyai dua speed iaitu speed normal dan hi speed. untuk menggunakan hi speed perlukan proses wiring dengan menggunkan triple switch pada receiver dryer

sekian, terima kasih
jumpa lagi

16 تعليقات

  1. salam bang sy nk tanya pasal beli barang kt ebay ni, kalau beli barang elektronik dr US kene cukai x?? brg yg kita order akn sampai direct ke rumah ke?????

    ردحذف
  2. kalau beli barang kat oversea rm500 ke atas barulah kena cukai, bawah daripada tu tak kena, tapi bergantung jugak kepada kastam

    ردحذف
  3. salam.. terima kasih kerana berkongsi ilmu tentang kenderaan.. semoga Allah membalas jasa anda....

    ردحذف
  4. b.jeff, pasal plug tu..kalau kepala plug kecik (cucuk kat kabel plug) ada serbuk putih/kerak putih maacm kat kepala bateri sebab apa yer?ada kesan apa pada kereta coz yang 3 plug lagi ok.

    ردحذف
  5. b.jeff,saya punya plug sebiji no 4 kat hujung yang kecik macam ada kerak/serbuk putih macam kat bateri tu. Itu masalah apa yer?tq

    ردحذف
  6. Salam bang Jeff, nie de hal kritical sket. Kete sy Wira se. Td beli open pod filter halfcut. Bukak filter box asal pastu masuk la open pod filter dalam hos wrn hitam tu. Masalah sy skang terlebih masuk kat hos hitam smp terkena air flow sensor. Check engine light pun menyala skrg :(. Sy bukak balik check mmg airflow sensor patah. Taktaw nak bukak camne si air flow sensor tu. Sy pun pegi la test drive. Pas balik umah check dlm hos hitam, air flow sensor hilang bang. Sy betul2 perlukan bantuan. Mn la plak sensor tu hilang. Minta panduan bang Jeff. Tolong ye bang. Sy risau sesangat :(

    ردحذف
  7. kalau dah patah dan hilang bermakna dah tersedut masuk dalam enjin, cuba buka hose air filter tu dan cek kat area throttel body, kemungkinan sangkut kat situ dan kalau tak sangkut memang boleh tersedut masuk melalui intake manifold

    ردحذف
  8. Alamak bro.... Kalu masuk engine sangkut kat head la? Apa problem yg akan timbul kalu cam tu? Adoi sedih nye sy. :(

    ردحذف
  9. Update bang Jeff, sy dh bukak hose dan TB tapi takde ape yg sy tengok. Apa next bro?

    ردحذف
  10. adjustable fuel regulator memberi kesan pada power enjin ke abang jef?

    ردحذف
  11. salam abg jeff.sy punye wira sedan mmg jd masalah yg spring bonet tu.bonet xleh bkak mcm biase n berat sgt.spring tu leh pasang sndri ek??

    ردحذف
  12. adjustable fuel regulator tidak menaikkan hp enjin tapi dapat mengekalkan pressure minyak yang cukup di dalam fuel rail walaupun ketika hi rev. bonet berat berpunca daripada bonet spring yang bermasalah, boleh tukar spring tu secara DIY sahaja

    ردحذف
  13. salam. radiator fan evo tu kat mana boleh dapat murah & agak2 berapa harga?

    ردحذف
  14. radiator fan evo murah pun sekarang harga dah rm150, kena cari kat kedai potong

    ردحذف
  15. Salam bang Jeff, nak tanya. Brake regulator guna utk apa tujuan bro?

    ردحذف
  16. Slmt mlm ....lips blkg evo yg xori untuk wira...fizikal nye sama x dgn yg ori

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors