Convert AC Compressor Evo 4G63 Ke Mivec 4G92

entri kali ini ialah mengenai modifikasi atau ubah suai yang dilakukan terhadap compressor evo (4g63) yang ingin digunakan pada enjin 4G9X. enjin twin cam mitsu seperti 4G91/92/93 menggunakan compressor yang dipasang pada bahagian hadapan enjin manakala enjin 4G63/evo pada bahagian belakang jadi perlu lakukan ubahsuai untuk dipasang pada enjin 4G9X. compressor sama cuma bahagian atas penyambungan paip yang berbeza tapi boleh diubahsuai untuk digunakan pada 4G9X, ikuti langkah di bawah

sebelum keluarkan compressor terlebih dahulu kena keluarkan belt compressor yang bersambung juga dengan power steering pump. terlebih dahulu longgarkan nat 12mm pada bahagian bawah motor power steering dan kemudiannya longgarkan nat 14mm pada bahagian pulley pump, ini dilakukan untuk mengeluarkan belt compressor

keluarkan tensioner pulley belting compressor dan power steering pump

4 biji nat compressor bersaiz 12mm (panjang) perlu dibuka untuk mengeluarkan compressor daripada tapaknya

compressor 4G92 yang dikeluarkan. untuk makluman compressor ni telah rosak sebab bearing di dalam compressor dah pecah dan jem. perlu tukar dengan compressor lain, jadi saya ambik compressor evo untuk dipasang pada enjin ini dan perlukan sedikit pengubahsuaian dilakukan terhadap compressor evo

compressor evo yang diimport dari KL

perbezaan antara kemasukan paip aircond evo (kiri) dan 4G9X (kanan). kedudukan compressor pun dah berlawanan

buka 6 skru 10mm pada bahagian atas compressor 4G9x dan bahagian inilah nanti yang akan digantikan kepada compressor evo, maknanya kena pakai bahagian atas compressor 4G9X untuk dipasangkan pada compressor evo

dah dikeluarkan dan pastikan oil seal berada dalam keadaan baik
$ads={1}
bahagian atas ini perlu ditukar atau dipasang pada bahagian atas compressor evo

bahagian atas compressor evo (kiri) dan 4G92 (kanan)

bahagian ini juga perlu diguna pakai yang 4G9x, jadi perlu tukar antara keduanya

compressor asal 4G92

magnetic clutch compressor

sticker merah compressor evo menggunakan gas R134a

dah siap mod dan boleh dipasangkan pada kereta. isikan gas dan segalanya dah ok

sekian, terima kasih
jumpa lagi

30 تعليقات

  1. bang klu idupkan aircond time enjin masih sejuk ada bunyi spining pada compressor, kenapa erk?...belting aircond saya dah ketatkan..

    ردحذف
  2. kemungkinan bunyi bearing clutch compressor. try cari dalam entri blog pasal ni. dah ada saya masukkan

    ردحذف
  3. salam bang jeff...tumpang tanye...saye pakai enjin gti 1.8...kod 4g93...compressor saya ade masalah...nak tukar kompresor tapi kedai air cond cakap takde kompresor yang match ngan kompresor asal saya walaupun kod kompresor yang sama...kene cari tapak asal gti dlu baru bleh ganti kompresor sebab tapak yang skang dah di modi oleh owner lama...leh tak ang jeff bantu saya selesai kan masalah saya ni...mane nak cari tapak kompresor ye??..tq

    ردحذف
  4. tapak compressor gti sama dengan gsr/4g9x, try survey kat kedai halfcut. saya rasa ada jual kat situ

    ردحذف
  5. salama bro jeff,saya ade satu kemusykilan.saya pemilik proton satria 1.3 1997..bulan lepas saya ade tukar compressor AC.so problem nye skrg ni,setiap kali saya tekan button aircond tu,tuk 20sec yg pertaman mst AC sy bau busuk.so ape pendapat bro jeff

    ردحذف
  6. Cooling coil kena service tu bro. Cooling coil kalu kotor blh jadi ac busuk. Cuba cuci CC tu dl.

    ردحذف
  7. ada beza x pakai compressor evo? ketahanan mungkin lebih sikit kut dari 4g9x biasa sebab direka untuk evo. saya dah 3 kali tukar compressor 4g9x. kalu yang kali ni jem jugak nak cuba evo plak. setakat sekarang dah dekat 5 tahun pakai masih ok lagi..

    ردحذف
  8. Salam abg jeff.. tnya skit, kalau nak diy cuci cooling coil boleh tak?.. n kalau boleh diy agk2 nya tu senang tak?..

    ردحذف
  9. salam.abg jeff.. nk tanya compressor 4g93 n evo brand DENSO gk ka?

    ردحذف
  10. Salam 1Malaysia..ade sape2 yang ada stok aircond compressor utk satria 1.3 model 1997. Saya tgh cari, klu boleh yg second or recond yg murah2...tq

    ردحذف
  11. salam abg jeff ... saya baru tukar compressor evo ni pada enjin 4G91 saya ... utk makluman, part utk gear belting tu tak perlu bukak keseluruhan bhgian, cukup sekadar membuka 6 skru di sekeliling bhgian berpusing tu dan gantikan pada compressor evo ... terima kasih utk info dan idea utk ganti dgn compressor evo ...

    ردحذف
  12. Untuk makluman jugak, ada clutch pullry evo yang kecik sikit, so kena tukar kesekuruhan bahagian hadapan tu

    ردحذف
  13. Salam Jeff, 4g92 ac compressor bape duit anggaran baru/2nd hand? tq

    ردحذف
  14. salam bang..sya gn enjin 4g93 soch..masalahnya aircond sya kurang sejuk walaupun dh servis luar dalam msk gas baru...sejuk kejap je x smpai smggu...ada pomen aircond ckp compressor dekat dgn manifol n compresor cpt pns..btl ke fakta ni?

    ردحذف
  15. Salam abg jeff,

    Compressor denso saya 4g13 bocor, ada apa2 cadangan samada boleh repair atau tukar baru?
    Kalau tukar, evo boleh masuk x?

    ردحذف
  16. Salam,

    Boleh x compressor gsr/4g93 ganti compressor 4g13...untuk kereta satria 1.3...TQ

    ردحذف
  17. salam kalau saya tukar comp evo mcm mana dgn gas dulu comp asal pakai r12.kalau evo r134a...kena tukar jugak ker

    ردحذف
  18. salam abg jeff..nk tny..kalau compressor 4g91 modified guna compressor aircond wira 1.6 ble x?

    ردحذف
  19. Salam abg jeff..kereta satria 1.3 saya
    Ada masalah compresor. Compresor akan berhenti sendiri dan kadang2 berfungsi dan tidak bergerak.apa bila compresor bergerak lama..tempreture akan naik lebih. Apakah masalah itu?
    Dan compresor jenis apa yg sesuai saya beli sekiranya saya ingin membeli di kedai potong..harap abg jeff dapat membantu

    ردحذف
  20. Salam abg jeff..kereta satria 1.3 saya
    Ada masalah compresor. Compresor akan berhenti sendiri dan kadang2 berfungsi dan tidak bergerak.apa bila compresor bergerak lama..tempreture akan naik lebih. Apakah masalah itu?
    Dan compresor jenis apa yg sesuai saya beli sekiranya saya ingin membeli di kedai potong..harap abg jeff dapat membantu

    ردحذف
  21. Assalamualaikum...abg jeff..sy ada mslh conpressor aircond.sy pakai engine mivec ck kt body persona first model..utk mivec ck compressor apa yg sama?kat tempat sy susah nk cari barang ck ni...

    ردحذف
  22. Slm...kalau compresseer ekon evo nk masuk kt 4g93 mcm mne....ke same kne modi jgk....

    ردحذف
  23. Salam abg jeff mana nak cari bearing clutch mivec ck?harga agak2 berapa?

    ردحذف
  24. Salam abg jeff mana nak cari bearing clutch mivec ck?harga agak2 berapa?

    ردحذف
  25. Abg jeff boleh bagi kod bearing clucth mivec ck4 waja tak?...

    ردحذف
  26. Salam bang jeff. Ada kemusykilan. Dah check kat kdai katanya compressor ok. Masalah pd ic board. Dashboard 4g91 panel digital. Display panel malap. Try sarung yg mmbr punya pun malap gap. Ngapa tu? Harap dapat bantu

    ردحذف
  27. I might want to say this online journal truly persuaded me to do it! Much appreciated, great post. local ac companies

    ردحذف
  28. salami bro..Klu evo4 punya kompresor Ekon rosak..model apa juga boleh masuk utk plug n play ķat evo4? tq bro.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors