4G92 Mivec Top Overhaul 3

bertemu lagi... hari ni hari ke 3 dan telah pun siap untuk overhaul enjin mivec rakan saya. dah running pukul 4.30 petang tadi, alhamdulillah... segalanya berjalan lancar. sedikit gambar untuk dikongsi bersama

ini thermal intake gasket, penggunaan gasket ini bertujuan untuk mengurangkan bahang kepanasan dari enjin ke bahagian intake

intake gasket yang telah siap dipasang. torque untuk pemasangan nat intake ialah sekitar 15ft.lbs sahaja

ARP head stud bolt sudah tidak asing bagi kakai-kaki kereta kerana bolt ini boleh dikenakan torque yang tinggi dan sangat sesuai bagi yang hendak menggunakan metal head gasket. harga boleh dikatakan agak mahal iaitu sebatang kira-kira rm55.00, untuk head proton atau mitsu anda perlukan 10 batang, kiralah sendiri berapa jumlah keseluruhannya

ARP head stud telah siap dipasang pada blok enjin

metal head gasket mitsubishi ketebalan yang saya gunakan untuk enjin MIVEC ialah 0.6mm

terlebih dahulu spray dengan copper sebagai sealant head gasket. berhati-hati semasa spray copper pada gasket kerana copper spray ini merupakan logam berat, jangan terhidu kabus semburan, sebaik-baiknya pakai penutup hidung dan mulut

head gasket yang telah terpasang pada permukaan blok

head dan camshaft telah siap dipasang pada blok
$ads={1}
ini ialah bearing timing belt untuk enjin DOHC

head dah siap dipasang cuma timing belt je belum lagi

masukkan minyak gearbox

belting yang ditukar iaiatu timing belt, alternator belt dan power steering & compressor belt

dah siap bahagian terakhir yang dipasang ialah timing belt dan belting lain yang berkaitan

head gasket dan oil seal flywheel yang sudah menamatkan perkhidmatannya

dah siap sebuah enjin mivec yang menjalani proses overhaul. Alhamdullillah... segalanya berjalan lancar

sekian, terima kasih
jumpa lagi

15 تعليقات

  1. Abam jeff..masa psg timing belt, camne nk bagi timing belt tegang supaya x lompat gigi? Abam jeff tolak bearIng pkai apa ye?

    ردحذف
  2. ada special tool unutk ketatkan tensioner bearing untuk enjin DOHC. di samping itu enjin mivec dan mitsu lain ada auto tensioner untuk tegangkan belt

    ردحذف
  3. alhamdulillah siap gak engine mivec rakan abg jeff

    ردحذف
  4. bang termal intake gasket 2 bli kat ner bang?? bape RM?

    ردحذف
  5. salam jeff_tacra,ada tak entri cara nak tuekar valve cover gasket kancil..

    ردحذف
  6. kenapa nak kena buka minyak gearbox?

    ردحذف
  7. bang nak tanye...head stud arp tu ade jual sebatang2 ke?

    ردحذف
  8. kena buka minyak gearbox sebab nak buka driveshaft, nak ganti oil seal flywheel kena buka gearbox

    ردحذف
  9. salam bang jeff.. nak tanya saiz soket biasa dengan soket arp sama ke.. kena pakai soket khas ke untuk buka head

    ردحذف
  10. abg jeff ambik upah tak utk buat top overhaul

    ردحذف
  11. salam bang nak tanya berapa kos untuk semua ni termasuk upah.

    ردحذف
  12. Superb incredible going, I cherish your work and look forward for more work from your side. I am a customary guest of this site and at this point have recommended numerous individuals. RedondoBeachGarageDoorRepair

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors