bertemu kembali... entri kali ini ialah mengenai bagaimana menukar oil seal flywheel yang telah rosak iaitu selalunya kalau didapati ada kebocoran minyak hitam sekitar bawah enjin berhampiran gearbox bermakna oil seal flywheel sudah tidak dapat memainkan peranannya dengan sempurna. jadi penyelesaiannya hendak tak hendak terpaksalah turunkan gearbox semata-mata untuk menukar oil seal sahaja, memang memenatkan
gearbox mivec yang telah berjaya diturunkan dengan bantuan 3 buah jack di bawahnya
setalah pressure clutch dibuka maka nampak lah flywheel seperti gambar di atas. 7 biji nat perlulah dibuka untuk mengeluarkan flywheel. gunakan kaedah tertentu untuk memusing nat flywheel kerana semasa anda memusingkan nat flywheel akan turut terpusing sama, fikirkan bagaimana tak nak bagi pusing
nat clutch dan flywheel yang telah dikeluarkan
inilah rupa crankshaft yang disambungkan dengan flywheel dan di bahagian luaran crankshaft itu terdapat satu oil seal besar uantuk menghalang minyak hitam keluar
pandangan atas ruang kerja untuk menurunkan gearbox
keluarkan oil seal dengan menggunakan screw driver flat, saya hanya menggunakan test pen sahaja dan berhati-hati semasa mengcungkil keluar oil seal ini
oil seal yang berjaya dikeluarkan dari tempatnya
ruang kosong antara crankshaft dan holder untuk menempatkan oil seal
$ads={1}
oil seal baru dan lama
engine oil yg leaking dari oil seal flywheel blh bertakung sebelah dlm kulit gear box dibawah flywheel, lama-lama wap engine oil melekat kt flywheel, tak elok untuk kesihatan flywheel dan clucth...
ردحذفye btul... minyak itam akan bertakung dalam gearbox dan boleh menyebabkan kekotoran terperangkap di situ dan akan menjejaskan prestasi kotak gear
ردحذفapa tools yang diperlukan....
ردحذفmasalah oil seal bocor ni bleh manyebabkan klac slip x bro
ردحذفbro,gearbox stndard 1.8@gti,bleh msuk x flywheel ngn clutch gsr 9inci?apa yg kna tukar?
ردحذفkebocoran oil seal flywheel boleh menyebabkan clutch slip sekiranya minyak terkena pada clutch
ردحذفflywheel 9" masuk kat gearbox gti kena mod sikit, kena proses grind sebab ada yang sangkut pada housing gearbox
ردحذفabg jeff, nak tukar oil seal flywheel tu nk kena tukar minyak gearbox sekali ke dan biasanya berapa kos keseluruhan nk tukar oil seal tu untuk wira standard 1.5 auto? tq..
ردحذفnak tukar oil seal flywheel kena buka gearbox dan semasa dirveshaft dibuka untuk proses mengeluarkan gearbox minyak gear akan keluar melalu lubang kemasukan driveshaft. terpulang sama ada nak tukar minyak gear atau tidak. kos menukar oil seal flywheel bergantung pada upah pomen sebab kena turunkan gearbox
ردحذفSalam abg jeff,
ردحذفberapakah harga torque wrench yang abg jeff gunakan untuk mengikat skru flywheel dan clutch? dan apakah brand yang digunakan?...tq.
Askm kalu oil seal fly wheel viva perlu angkt engn tak.kalu wat kt kdai brapa kos
ردحذفMacam mana kalau crank shaft dh berlekuk dan menggerutu kalau tukar oil seal pun tk tahan lama...rasa nye ni lagi berat ni.. dapat membantu ..tq
ردحذفaku baru tukar oil seal ni dalam 2 hari kebelakangan lepas tu aku cek minyak itam aku dah kering..pertanyaan saya ialah adakah dengan menukar oil seal ini minyak hitam akan ikut dibuang atau tidak?sebab heran minyak itam dah kering..nasib juga aku pigi cek
ردحذفMr jef.nak tanya yer.flywheel oil seal leaking.yg leaking tu minta gear atau minyak engine
ردحذفSlm abg jef..berapa kos klau auto
ردحذف