Membuat Side Marker Pada Signal Asal

bersua kembali. entri diy kali ini saje untuk mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan yang orang lakukan. selalunya lampu fender signal orang sambung terus ke lampu kecik untuk hidupkan lampu apabila on suis lampu, jadi masa on signal lampu ini akan berkelip-kelip berlawanan dengan kelipan signal asal. saya buat eksperimen ini iaitu dengan menambahkan bulb kecik pada fender signal, jadi on lampu terus hidup dan kalau bagi signal bulb signal tu pulak akan kelip-kelip seperti biasa

signal fender flat evo yang boleh diperolehi sama ada evo1 - evo3. bentuk sama macam wira atau waja tetapi permukaannya flat atau rata sahaja, manakala proton punya ada sedikit timbul atau cembung. ini sahaja yang berbeza antara mitsu dan proton

boleh diperoleh di kedai halfcut dengan harga rm30-rm50 sepasang. dalam mudah pun kebiasaannya ada runner yang menjual dengan harga yang murah. sekarang dah banyak dijual dalam facebook, contact atau pm je mana-mana trusted seller, bank in dan seterusnya nanti seller tersebut akan pos ke alamat kita. cukup mudah nak beli sekarang, tak perlu lagi ke hulu ke hilir mencari di mana-mana kedai halfcut

signal ni flat pada bahagian depan jadi akan nampak rata apabila dipasang pada fender kereta, agak berlainan sedikit dengan signal fender standard wira/satria/putra dan seangkatan dengannya

asingkan lock signal iaitu plastik yang berwarna putih seperti gambar di atas

gunakan hand drill untuk menebuk lubang pada bahagian tepi kemasukan bulb asal, lubang yang ditebuk itu hendaklah bersesuain dengan bulb yang hendak pasang nanti

lubang yang siap ditebuk

di sisi signal tersebut ialah bulb dan soket yang saya ambil dari dashboard iaitu mana-mana lampu pada dashboard, kebetulan saya ada wiring dashboard yang tidak dipakai, maka boleh digunakan untuk menjalankan diy ini. mentol ini sebenarnya kecil sahaja sama seperti bulb di bahagian belakang cigar

masukkan bulb dan soket, boleh letakkan sedikit gam gasket atau silicon sealant pada bahagian yang dimasukkan ke dalam lubang supaya tidak dimasukki air

dah siap mod sepasang fender signal
$ads={1}
test lampu sebelum dipasang pada fender, nampak agak terang walaupun bulb kecil sahaja

mungkin suasana dalam rumah agak gelap sebab tu nampak terang

dah siap tambah wiring dan sedia untuk dipasang dan sambungkan wiring pada mana-mana wire lampu kecik, kebiasaannya lampu kecik pada headlamp

on lampu dan bulb ini hidup

semasa on signal lampu signal akan berkelip-kelip seperti biasa

saksikan video di atas, belum diuji pada waktu malam. ada masa saya upload video apabila lampu ini di pasang pada waktu malam

sekian, terima kasih
jumpa lagi

8 تعليقات

  1. Macam biasa DIY yang best dari Abg Jeff..

    Nak tanye, skrg ni pakai Alarm yg bila LOCK/UNLOCK lampu dpn blinking, sama gak bila buka pintu. kalau nak tuka ke Lampu Signal nak tap wire alarm tu kat mana?

    Thank Bang

    ردحذف
  2. kalau blinking lampu kecik dalam headlamp bermakna wire parking lamp alarm telah di'tap' pada wire lampu, jadi kena cek balik wire parking light alarm tu dan tap pada wire signal

    ردحذف
  3. Ooo..ok2 Nanti wire signal nak ambil dari mana? maksud saya dekat dashboard tu? blh ke tap dari Hazard Light socket atau macammana? minta pencerahan bang..

    Time Kasih

    ردحذف
  4. boleh tap kat hazard light socket atau relay parking light

    ردحذف
  5. steady la jeff.. mmg kreatif la.. sampai sana juga idea kamu uhh.. ssh nak dapat signal mcm ni.. mahal tu kalau jual hee..

    ردحذف
  6. Bro Jeff, sy de mende nk tny. Utk Wira se, kalu nk mod power steering kasi lembut cm power steering Honda blh tk? Guna jari je utk pusing steering. Blh mod ke? Apa yg nk di mod kalu blh? Pump power steering ke? Harap dpt berkongsi fa cai. Hehe. Tq.

    ردحذف
  7. slm bro, sy nk request klu boleh la leh tak tnjuk cmna nk wat lmpu blinking masa buka pintu sperti yg d tny oleh bro mijon? tq

    ردحذف
  8. Salam abang jeff,
    boleh mintak tolong ajarkan cara nak buka fender wira? nak pasang fender bar lah kat situ.
    terima kasih

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors