Exhaust Gas Temp (EGT) Sensor

exhaust gas temp atau selalunya disebut EGT memainkan peranan penting untuk menunjukkan tahap kepanasan gas exhaust yang dikeluarkan oleh sesebuah enjin. bagi pengguna enjin mitsu selalunya menghadapi masalah indicator exhaust temp selalu hidup pada panel meter. hal ini kerana sensor EGT probe tidak dipasang sama ada oleh pomen atau wireman semasa proses convert dilakukan. oleh itu saya tunjukkan di sini bagaimana cara mengatasi masalah ini dan menjadikan indicator tersebut berfungsi 100%. ada sesetengah pomen mencabut bulb atau tap wiring sensor untuk mematikan indicator berkenaan

ini contoh meter lancer bagi enjin 4g9x atau 4g63. kebanyakan meter japan mileage hanya setakat 180km sahaja melainkan ada keluaran tertentu yang menjangkau ke 240km. dari segi rpm max pula biasanya 8k, 9k manakala untuk enjin mivec lagi tinggi iaitu 10k rpm

kotak kuning ialah indicator exhaust temp

secara normal indicator ini hidup masa on kunci dan akan padam bersama dengan padamnya check engine light. oleh kerana sensor tidak dipasang maka indicator ini akan sentiasa hidup sepanjang masa. sebenarnya indicator ini akan hidup bila exhaust temp terlalu tinggi dan sudah pasti ada masalah tertentu pada kereta

ini ialah EGT probe yang saya order dari UK, selalunya kat negara kita dijual sekali dengan meter EGT dan harganya agak mahal. saya hanya hendak menggunakan probe ini sahaja untuk digunakan pada kereta saya

EGT probe dan fitting

kalau nak tambah meter pun tidak menjadi masalah, hanya beli EGT gauge sahaja

telah siap untuk dipasang pada piping exhaust. selalunya lokasi pemasangan EGT probe ini pada kereta lancer sepert evo/gsr/mivec dibawah berhampirang dengan handbrake kereta iaitu pada piping di bawah kereta
$ads={1}
hand drill mestilah digunakan untuk menebuk lubang pada piping dengan saiz yang sesuai untuk memasukkan thread fitting bersaiz 1/8 npt

ini ialah pipe taps iaitu untuk membuat thread bagi memasang fitting sensor. EGT sensor yang saya gunakan thread bersaiz 1/8 npt

setelah lubang ditebuk pada piping gunakan tapper ini untuk membuat thread bagi memasang sensor. proses drill dan membuat thread tiada gambar kerana ruang kerja yang sempit di bawah kereta

selalunya kalau menggunakan full wiring dashboard evo/lancer aka ada 2 wire iaitu wire merah dan putih stripe merah dan inilah 2 wire untuk disambungkan pada wire sensor. tempat bertanda panah ialah kedudukan wire tersebut di bawah carpet, selalunya wire dan soket ada di situ sekiranya anda mendapat fully interior wiring

inilah kedudukan sensor yang dipasang pada piping exhaust

close up kedudukan sensor pada piping. gunakan thread locker yang disapu pada thread fitting bagi mengemaskan lagi pemasangan fitting sensor. di dalam pipe exhaust pasangkan nat thread 1/8 npt untuk menguatkan lagi kedudukan sensor pada piping

on kunci - sensor akan hidup seperti biasa

tidak berapa lama kemudian indicator exhaust temp ini akan padam sama seperti padamnya lampu check engine light. sekarang meter dah fuction sepenuhnya. untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai EGT in bolehlah melayari mana-mana laman web tertentu dengan menggunakan enjin carian GOOGLE dan sebagainya

sekian , terima kasih
jumpa lagi

22 تعليقات

  1. wiring egt ni di sambungkan pada ecu kereta ka mcmmana??

    ردحذف
  2. kat ecu 4g9x pin no.53 ada pinout untuk EGRT iaitu exhaust gas recirculation temp

    ردحذف
  3. tq2.. erm bleh ke wiring ni di tambah meter ekzos temp yg berasingan sbb nya kereta sy masih menggunakan meter wira..wiring ni mcm mana plak??

    ردحذف
  4. kalau nak gunakan esternal gauge untuk egt memang ada jual kat kedai performance, tebuk lubang pada piping, wiring ke meter dan terus akan jalan meter tu

    ردحذف
  5. kenapa tempture exhaust panas(menyala) bila terlebih laju tetapi tidak apabila dibawah had laju 140km/j.power enjin menurun bila indicator ini menyala,jika dapat membantu menyelasaikan masalah saya

    ردحذف
  6. hal ini disebabkan minyak tak cukup apabila kereta melebihi 140kmj, bila petrol kurang gas exhaust akan menjadi panas dan kereta akan jadi tidak mantap, bahaya kepada enjin. sepatutnya kena tambah lagi minyak apabila hi rpm

    ردحذف
  7. abg Jeff..kalau tak pasang benda ni dan indicator menyala sepanjang masa ada efek pada enjin tak..

    ردحذف
  8. berapa harga egt probe tu bro kalu order?
    boleh tunjuk gambar wayar yang perlu disambung tu tak? saya pun nak pasang jugak sebab dapat rasa kereta underpower disebabkan egt ni menyala sepanjang masa.

    ردحذف
  9. harga EGT probe sekitar rm180, wiring interior lancer/evo yang perlu disambung ialah warna putih stripe merah dan solid merah

    ردحذف
  10. great n very usefullll blog...
    bro dpt pahala krn turunkan ilmu ni smpi kiamat...cayalah... keep it up bro...salam

    ردحذف
  11. terima kasih kepada semua yang menyokong blog saya yang tak seberapa ini, tq

    ردحذف
  12. bro jeff, sya punya wiring egt tak de pun kat bawah konsol gear, macam mana saya nak sambung wiring egt ni? boleh bagi gambaran tak?.

    ردحذف
  13. dapat wiring penuh lancer atau yang dah potong kat tepi seat driver, kalau yang dah potong kena tengok kat sebelah tepi seat tu

    ردحذف
  14. embong - exzos sensor serena try tanya kat spare part, mungkin ada yang jual. ahmad - saya order kat UK, kalau nak boleh email saya

    ردحذف
  15. abg jeff...saya guna 4g91...lampu egt menyala... pertanyaan saya ialah,dekat extractor tu ada sensor,adakah itu sensor exhaust? 4g91 ada berapa sensor exhaust? tq

    ردحذف
  16. boleh bro jeff masukkan gambar warna wayar dan soket untuk kita sambung tersebut.. saya ada godek2 bawah karpet tu cuma untuk lebih kepastian.

    ردحذف
  17. bang jeff,,saya nak tahu ada tak entry nak pasang,,selt belt macam kat meter diatas yang menyala tu,,,

    ردحذف
  18. bang jeff,,tolong tunjuk entry pasang sit belt yang logo dalam meter kat ats tu mcm mana,saya dah ada wayar pada klip belt nya tapi x tahu nak join mcm mana,,,

    ردحذف
  19. Salam boh.. Sy nk order egt sensor.. Kalo boleh pm sy kat whtspp sy 0129666170.. Kerjasama anda amat dihargai.. Thnks

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors