Starter Carbon Brush Replacement

apabila kereta tak boleh crank atau tak bolehstart langsung walaupun bateri telah ditukar dengan yang baru dan wire starter ada supply voltage bermakna carbon brush starter kereta anda telah rosak iaitu telah pendek dan tidak contact pada motor. jika hal ini berlaku maka perlulah menuka carbon brush starter dengan yang baru, boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part atau ada sesetengah kedai bateri kereta menjual carbon brush ini. perlu bawa sample ketika hendak membeli carbon brush yang baru

inilah kota carbon brush starter yang baru, sebenarnya starter mitsu high speed boleh menggunakan carbon brush dari model proton perdana. carbon brush perdana boleh dibeli di kedai spare part  atau kedai bateri dengan harga sekitar rm75 - rm85 satu set. nak senang kita perlu bawak sample sebab kebiasaannya tokey kedai akan tanya kita, ada bawak sample tak? so kalau ada sample memudahkan kedua belah pihak untuk melancarkan urusan jual-beli carbon brush ini

inilah rupa set carbon brush starter high speed mitsubishi, sama dengan standard starter perdana. perhatikan gambar, carbon masih lagi panjang dan baru, boleh bertahan sehingga 5 atau 6 tahun lagi agaknya. mana-mana motor yang bergerak mesti ada carbon brush dan pergerakan yang berterusan inilah yang menyebabkan carbon haus dan lama-kelamaan akan menjadi pendek dan mematikan fungsi pergerakan motor tersebut

pandangan belakan set carbon brush baru

oleh kerana hanya hendak menukar carbon brush, maka lebih berbaloi saya service terlebih dahulu starter high speed auto dengan membuang segala habuk dan kotoran yang melekat pada starter berkenaan

anda boleh menggunakan WD40 untuk mencuci peralatan starter ini, dan terdapat part tertentu yang saya guankan sabun dan air untuk mencucinya sehingga bersih. gambar atas peralatan stater yang telah siap dicuci dan siap dikeringkan untuk dipasang seperti keadaan asal

carbon brush dan motor starter yang telah siap dicuci daripada habuk carbon brush

masukkan carbon brush pada bahagian belakang coil motor starter, gunakan playar untuk memasukkan carbon brush ini kerana anda terpaksan menahan carbon berkenaan untuk dimasukkan pada tempatnya

carbon brush dah siap pasang pada coil motor starter
$ads={1}
kedudukan yang sepatutnya pada motor ni. agak sugar nak masukkan kerana terhalang oleh 4 batang carbon brush, kena ada cara tertentu untuk memasukkannya

alang-alang buka saya spray housing starter supaya kelihatan baru walaupun pada hakikatnya starter ini telah berusia

3 peralatan starter yang dispray dengan color hitam dan silver high temp

masukkan penutup belakang starter pada carbon brush dan pasang balik 2 bijik nat phillips

masukkan housing tengah starter pada motor

pasang kepala starter dan kemaskan nat 8mm pada bahagian belakang starter

dah siap pasang dan kelihatan seperti baru

sekian, terima kasih
jumpa lagi

26 تعليقات

  1. salam...
    kalau nak keluarkan starter ni dari enjin banyak tak proses dia...
    macam sempit je tempat starter tu terletak...

    ردحذف
  2. Bang Jeff, minta bantuan. Wira SE sy kalu masa idle stering kalu full steer, nape de bunyi hiss hiss ya? Bunyi tu buat sy risau yg amat2. Harap dpt bantuan bang Jeff. Tq.

    ردحذف
  3. cuba cari entri blog mengenai pemasangan starter, dah ada cara nak keluarkan dan pasangkan starter pada enjin

    ردحذف
  4. Bang Jeff, ni de suggestion sket. Boleh tak dptkan wiring diagram utk panel aircond digital mitsu tu? Payah sy cari kat Internet. Jasamu dikenang ke akhirat. Tq.

    ردحذف
  5. Brader jeff, kete sy wira aeroback 1.3...kekadang start x idup jd bunyi teeeeeet....kerap trjadi time enjin tgh panas...adakah sbb bnde ni jugak?

    ردحذف
  6. try masuk relay kat starter, kalau carbon brush pendek tak boleh start terus

    ردحذف
  7. yes betul tu, relay adalah penyelesaiannya......
    carlos

    ردحذف
  8. Brader jeff, cam ne tau kalu steering rack tu rosak taw pon nak hampir rosak? Utk Wira SE. Kete sy kalu bawak high speed atas 120km rs cam terapung n steering tu cam lembut je. Nape ya?

    ردحذف
  9. Salam..terbaca entry ni saya nak bertanya apa masalah kereta kalau begini (proton saga yang lama..bila bawa, kalu on lampu malam, mcm power x cukup, tiba2 je semput dan mati..pastu kompem xleh start..kena tolak baru hidup balik..dah cuba tukar alternator tp masih sama, try tukar bateri baru, masih sama..seolah2 macam batery x di charge..susah nak start..ada kena-mengena dengan masalah ape kalu kes begini?

    ردحذف
  10. Slm bang jeff nak tanya kete kancil saya nak start pagi2 kena crank 3-4 kali baru enjin hidup adakah carbon brush ini puncanya atau ada sebab2 lain??tq abg jeff...

    ردحذف
  11. bang jeff, boleh post mcm mana repair solenoid starter vr4 ke tak? nak tau jugak mcm mana nak repair, dah 2 biji starter solenoid saya rosak. tak tau nak barai.

    ردحذف
  12. selenoid starter biasanya saya tak baiki, tukar terus dengan yang lain. lagipun susah nak buka selenoid

    ردحذف
  13. SAYA BUAT KANCILNYA HARGA DALAM RM50..

    ردحذف
  14. sy ada tnya kat kedai kos untuk masuk relay kat stater waja RM80 ok x?

    ردحذف
  15. Hi friends, Carbon Brush are used as current collectors in electric motors??

    ردحذف
  16. helo abg jeff, saya dah tny 5 kedai sparepart.. 1 kedai bateri.. xde jual carbon brush.. boleh x abg bg nama kedai and lokasi sekali.. senang nak beli

    ردحذف
  17. Salam En Jeff , tahniah ruangan ni banyak membantu yang nak berjimat, yg nak buat sendiri macam saya ni.
    Pertanyaan saya mengenai starter jugak. Mengapa setiap kali saya start kereta wira saya kadang2 sekali start je ok..kadang2 tu kunci dah pulas starter x mau idup..kena relex jap..on off kunci pas tu pulas kunci hidup, kdg2 kena main2 pulas kunci tu baru idup..kenapa ek? Carbon dai dah pendek ke? Wassalam tlg jawab ye.
    Atau ada kena mengena dgn bateri.

    ردحذف
  18. As salam abg jeff...sy nak tnya starter kereta mana yg boleh masuk utk myvi 1.5 lagi best..??

    ردحذف
  19. Warga Orang Wangsa Maju AU3, keramat Cheras, Kuala Lumpur dan Gombak. perkhidmatan kami lebih cepat kepada anda. cawangan kami di Jalan Jejaka, Taman Maluri telah pun dibuka.

    Kami di bateriku.com akan selesaikan masalah anda.

    PERCUMA - PENGHANTARAN | PEMASANGAN | PEMERIKSAAN

    Sebarang pertanyaan hubungi :
    1-800-22-2324 - toll free
    012 - 245 8027 - call,sms,whatsapp

    *harga termurah di pasaran - harga kilang
    *bermula dr RM120 (harga walk in) (Harga berbeza mengikut jenis kenderaan)
    *servis tip top
    *bateri kering dan basah
    *beroperasi dari 9 PAGI hingga 11 MALAM setiap hari (9 pagi - 6 ptg Ahad dan Cuti Umum)

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors