Anti Roll Bar

anti roll bar memainkan peranan penting untuk mengukuh chasis kereta dan seterusnya dapat meningkatkan pengendalian kereta terutamanya semasa kelajuan tinggi ataupun semasa mengambil selekoh, malahan hard braking juga disokong oleh anti roll bar. entri kali ini ialah jenis-jenis bar yang dipasang pada kereta saya dengan tujuan supaya pengendalian pemanduan menjadi lebih mantap

gambar atas ialah bar yang lebih dikenali sebagai strut bar yang dipasang dalam ruang enjin dengan tujuan untuk mengukuhkan body kiri dan kanan kereta. dengan ini body atau chasis kereta menjadi lebih kukuh dan rigid. oleh yang demikian, kurangnya olengan semasa melalui selekoh tajam

pelbagai jenama yang terdapat di pasaran sturut bar dan saya lebih gemar menggunakan strut bar dari halfcut iaitu jeni aloi yang kebiasaannya diambil dari halfcut evo123. jenis aloi ringan tapi berkesan apabila memasangnya. gambar atas ialah jenis hotbits yang boleh diperoleh di mana-mana kedai accessories dengan harga sekitar rm150-rm180

sekarang jenama ultra racing tidak kurang diperkatakan oleh peminat kereta dan rata-rata kebanyak kedai menjual bar jenama ini. pastikan semasa anda membeli jenama ini terdapat no siri dan jenis kereta yang ditampal pada bar berkenaan dan ini menandakan barangan tersebut original. gambar atas strut bar ultra racing untuk perodua viva

kebanyakan kereta mempunyai anti roll bar atau sway bar yang dipasang pada bahagian bawah kereta. bagi pemilik kereta wira sangat digalakkan memasang sway bar yang diambil dari kereta mitsubishi evo 2/3 kerana sway bar jenis ini tidak menggunakan bush sate seperti yang digunakan pada kereta wira atau keluaran proton. sway bar evo menggunakan drop link untuk menghubungkan bar dengan absorber, jadi pengendalian kereta akan menjadi lebih mantap jika dibandingkan dengan sway bar standard wira

ini merupakan anti roll bar R3 bersaiz 19mm yang boleh dibeli di kedai R3 parts. saya beli dulu dengan harga sekitar rm320 termasuk kos postage. bar R3 ini lebih besar jika dibandingkan dengan sway bar evo2/3

untuk menghubungkan anti roll bar evo atau R3 perlulah mendapatkan drop link seperti gambar di atas dan harus diingat absorber perlu ada telinga untuk menghubungkan drop link ini. kebanyakan adjustable absorber sekarang mempunyai telinga untuk memudahkan anda memasang drop link tersebut. drop link baru boleh diperoleh di kedai spare part dari model GTI dengan harga rm60 sepasang
$ads={1}
ini bar fender 2 points keluaran first batch ultra racing yang saya beli sekitar tahun 2003 dahulu dan sekarang masih berkhidmat dengan cemerlang pada kereta saya.

3 points fender bar ultra racing

bahagian belakang pula kita boleh memasang rear anti roll bar dan untuk pengetahuan wira 1.3/1.5 tidak terdapat bar belakang ini, hanya kereta 1.6/1.8 sahaja yang ada bar tersebut bagi keluaran proton termasukalah satria GTI. proton PUTRA. pengguna wira 1.3/1.5 boleh memasang secara plug n play rear anti roll bar ini pada kereta masing-masing yang boleh diambil dari model proton ataupun dari model mitsubishi seperti mivec, fto dan beberapa model lagi

gambar atas ialah proses pemasangan rear anti roll bar yang diambil dari wira 1.6 dan dipasangkan pada satria 1.3 rakan saya. perhatikan hujung bar tersebut iaitu kalau dari model proton menggunakan drop link seperti di atas tetapi kalau dari model mitsu menggunakan drop link seperti sway bar hadapan tetapi lebih pendek sedikit

gambar atas ialah strut bar yang dipasang pada bahagian hujung absorber belakang. kebanyakan kedai acc ada menjual bar tersebut dengan harga sekitar rm120-rm150. di kedai halfcut juga terdapat strut bar ini yang digunakan pada kereta evo123, boleh plug n palay pada kebanyakan kereta proton

rear strut bar dari evo2 aloi

ini bar terakhir yang saya pasang pada kereta saya iaitu dalam boot belakang yang diambil dari evo3, pun plug n play juga pada body wira

buka nat 12mm yang mengikat bracket bumper dan pasangkan bar ini tanpa perlu lakukan apa-apa pengubahsuaian

bar ini boleh diperoleh di halfcut dengan harga sekitar rm100-rm120 sahaja

sekian, terima kasih
jumpa lagi

22 تعليقات

  1. strut bar evo tu bole dpt kt halfcut kan..agk2 brp price dia?

    ردحذف
  2. Bro jeff, tumpang tny. Kalu disc brake lancer 4G91 tu PCD dia tu brp ya? Sbb plan nak masuk rim sukan OZ racing. Terpikat lak ngan rim tu. Huhu. Saya pakai Wira SE. PCD sy yg stended 100. Harap dpt bantuan bro. Tq.

    ردحذف
  3. PCD rear disc 4G91 pcd100, kebanyakan rim OZ racing tu pcd 114

    ردحذف
  4. abg jeff,kalo brek caliper twinpot gto 5speed,bole masuk ke ngan rim 15inci?kalo twinpot evo bole kn?n brape cas nk wat bracket tuk caliper ye?tq

    ردحذف
  5. kalau brake twinpot evo ngam dengan rim 15" tetapi saya kurang pasti denga brake GTO. charge buat bracket antar arm50 - rm80 sepasang

    ردحذف
  6. mintak abg jeff dapat review tentang cusco 4 point bar.ye.. saya memang berminat bar tersebut..

    ردحذف
  7. cusco 4 point yang dipasang pada bahagian bawah kereta dapat mengukuhkan lagi chasis dan ini dapat menstabilkan lagi handling kereta, satu kelemahan bagi kereta yang lowered akan mudah sagat nanti

    ردحذف
  8. Front strut bar tu boleh pasang sendiri kat rumah ker? maksud saya, bukak skru 4 bijik tu kendian pasang strut bar, then ketatkan balik skru...atau kena hantar pi pomen sbb kena ada alatan tertyentu?

    ردحذف
  9. Strut bar bahagian atas absorber boleh pasang sendiri, tak payah mana pun nak pasang, melainkan kalau anti roll bar bahagian bawah kereta agak sukar untuk memasangnya

    ردحذف
  10. Salam bro Jeff, saya baru je guna adjustable absorber brand PRS jenis hi lo soft hard untuk wira 1.5 s.e. Agak keras skit, mcmana nak bagi confort bila jalan tak rata? so far corner mantap.

    ردحذف
  11. kena ambil kira rate spring yang digunakan. kalau keras sangat tukar rate spring lebih kecil

    ردحذف
  12. Nak tanya Bro Jeff, rate spring berapa yang sesuai untuk depan dan belakang ?

    ردحذف
  13. kalau wira 1.5 standard boleh gunakan rate spring depan 5k dan belakang 3k ada jugak yang pakai 6k/4k

    ردحذف
  14. Salam.. bro Absorber link r3 tu brand apa yg bagus.??? yang sy dh start berbunyi..

    ردحذف
  15. strut bar dari model keta apa agak2 sesuai untuk saga lama ye abg jef? nubis bertanya

    ردحذف
  16. Salam bro, sy berminat untuk mengukuhkan chasis kereta sy, Tapi saya masih kurang pasti adakah saya perlu membeli complete set atau saya hanya pasang front strut bar dan anti roll bar sahaja? Mintak pendapat bro...

    ردحذف
  17. Salam,,klu pkai strut bar ni ape kekurangan dia..ade kawan ckap contoh klu terlanggar belah kanan belah kiri akan tertarik skali psal pkai strut bar tu...boleh mintak penjelasan sebab rase nk pasang strut bar utk improve handling bila cornering..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors