Steering Rack Super Pro Bush

bersua kembali... entri kali ini iaitu bagaimana proses penukaran steering rack bush dan jenama yang saya pilih ialah SUPER PRO BUSH, tidak asing bagi peminat kereta mengenai brand ini. kalau bush steering rack dah rosak atau kemek maka steering sedikit meliar dan kadang-kala pemanduan rasa macam kereta ke kiri dan ke kanan mengikut alunan jalan. untuk mengesan bush yang rosak iaitu semasa park kereta, enjin tidak dihidupkan, gerakkan stereng ke kiri dan ke kanan dengan pergerakan yang cepat dan perhatikan pada steering rack. jika steering rack bergerak mengikut pergerakan stereng tadi maka tibalah masanya untuk menukar bush yang baru

performance suspension bushing SUPER PRO

dua biji steering rack bush untuk wira/waja/lancer dengan harga antara rm80-rm120

jack kereta perlulah digunakan untuk menampung berat kereta dan sebagai langkah keselamatan kerana proses penukaran bush ini banyak bekerja di bahagian bawah hadapan kereta, dengan kata lain bahagian bawah enjin kereta

buka crossmember terlebih dahulu iaitu pertamanya buka nat 17mm pada bahagian mounting hadapan dan belakang. kemudian buka 2 biji nat 17mm bahagian hadapan crossmember dan 2 biji lagi nat 17mm pada bahagian belakang, keluarkan crossmember

buka 2 biji nat 17mm pada bracket bush asal yang terdapat pada kiri dan kanan steering rack

bracket bush kanan telah dibuka dan bush lama telah dikeluarkan
$ads={1}
nat 17mm crossmember, nat 17mm bracket bush steering rack. besi bentuk U di sebelah kanan ialah bracket bush RH (kanan kereta)

inilah bush lama yang telah dikeluarkan dan anda nampak getah berpetak di sebelah kanan ialah potongan timing belt lama yang saya lapik pada bush ini. boleh juga dibuat seperti ini tetapi lama-kelamaan bush akan kemek jugak

SUPER PRO dan OEM bush

SUPER PRO ternyata lebih kenyal jika dibandingkan dengan OEM bush dan sebab itulah bush biru tersebut lebih tahan lama jika dibandingkan dengan bush standard

untuk memudahkan pemahaman lihat gambar ini dan bulatan merah ialah tempat bush di pasang pada steering rack

bush RH telah dipasang pada steering rack

ini pemasangan bush LH pada steering rack

dua biji bush telah siap dipasang, maaf gambar tak berapa jelas memandangkan ruang yang sempit pada bahagian bawah kereta

pasang bracket dan ketatkan nat secukupnya... barulah pengendalian kereta mantap dengan adanya bush baru

sekian, terima kasih
jumpa lagi

58 تعليقات

  1. Salam bro jeff....aritu sy pun dah tukar stereng bush rack super pro gak..mula2 psg stereng ok..tp lama2 rasa mcm ada free ckit..nape eks?

    ردحذف
  2. salam bang, sori salah page. nak tnye seat kat wira sy ada 1 soket 3 wayer, belek pnye belek td tertgkla kat wayar 2 tertera lambang mitsu. sy nak tau la wayar 2 untuk ape? harap abg leh bg penerangan. TQ

    ردحذف
  3. nak tanye ckit bro...keta sy iswara.klu stering berat semcm terutama time nak parking nape ek..sdangkan iswara kwn sy ringan je.bush sate dan lower arm sy dh ganti baru.
    2). Bole tak kita buat alignment sendiri cara manual..masud sy adjust kt end rod mengikut centre stering. Tq.

    ردحذف
  4. try cek balik nat kat bracket bush tu, kena ketatkan hingga rapat. soket untuk indicator seat belt kot. seat wira berapa cc ni. bush super pro ni saya beli online. nak alignment setereng kena pergi kedai tayar, nak buat sendiri takut tak center

    ردحذف
    الردود
    1. bro jeff apa beza steering rack dan steering rack assy dan kegunaan kedua-dua benda itu?

      حذف
  5. sy igt bkn seat wira bang tp tuan dlu dah tkar seat. 3 wayar berwarna oren putih dan biru, masuk kat tempat duduk n kat sandar belakang. seat dia warna hitam n kat tgh 2 warna cm seat evo 3. kat seat drivar je ada wayar 2 bang

    ردحذف
  6. kumingkinan seat tu ada heater kot, try cek betul-betul

    ردحذف
  7. kat mana leh kite beli bush2 super pro..beli online d mana?

    ردحذف
  8. x geledah ag seat 2 abg, klo dkt ngan abg leh abg tlong tengok2 kan. hehehe

    ردحذف
  9. Salam bro Jeff,
    Bro beli bush tu online kan... bro beli kat mana yek?? boleh kongsikan... tq..

    ردحذف
  10. untuk mendapatkan bush super pro sila contact no 0164786000 ftzone aka raymond

    ردحذف
  11. Salam. bush super pro ni main dealer dia kat batu caves, hokomoto racing. kdai tu jual super pro sahaja. sume jenis bush ada.

    ردحذف
  12. Yup btol tu...beli kt hokomoto area batu cave...sy beli kt situ gak...

    ردحذف
  13. salam bro. power steering rack sya berbunyi time pusing kiri....TOK...cam tu la bunyi dia. apa rosak yek?
    carlos

    ردحذف
  14. geng,aku pnh kena camtu..flushing minyak power stering pun sama gak..pas2 try tkr 1 set rack end.terus hilang bunyi..cuba la.mana tau

    ردحذف
  15. bro...
    aku nyer persona elegant ada lari ke kanan bile drive, tanye mmbe die ckp stereng bush..brape aggaran koss untuk repair benda nie n kat mane ley repair kalau area kl tQ

    ردحذف
  16. area kuala terengganu boleh pergi kat kedai gan tech, jalan tok lam

    ردحذف
  17. salam bang...kt area melaka ade x abg kenal mmber2 yg jual bush ni??

    ردحذف
  18. kedai gan tech, jalan tok lam tu kat mane???ambe gi doh jln tok lam tp dok jupe kedai gan tech tu...leh bg detail kedai gan tech tu dok???

    ردحذف
  19. area melaka saya tak ada member yang jual bush ini. gan tech tu jalan tok lam dan ada satu jalan menghala ke masjid putih, masuk ikut jalan tu

    ردحذف
  20. agak2 kat area kl/selangor kat mne bleh cari bush ni?

    ردحذف
  21. tunpang tanya brader jeff,untuk tukar bush ni perlu buka dan keluarkan steering rack ke? atau boleh tukar tanpa perlu buka steering rack?

    ردحذف
  22. boleh tukar tanpa keluarkan steering rack, buka bracket steering rack kiri dan kanan kemudian tarik ke hadapan sedikit steering rack berkenaan, barulah dapat keluarkan bush lama dan digantikan dengan bush baru

    ردحذف
  23. tuan sya sudah tukar rack end kiri kanan, tie rod pun da tukar but still ada bunyi,bush belum tukar lagi la. sya tanya pomen, dia suspek kapling yg bentuk t kecik tu (hujung benda ni boleh pusing ada bearing) tapi sya chek benda tu still mantap lagi, tolong la bro sesiapa penah kena mcm ni. stering free pas tu kalau kita pusing kiri kanan ada bunyi kat stering rack..tok..tok..tok. tolong la tuan
    Carlos

    ردحذف
    الردود
    1. Aku punya pun ada bunyi tapi ada ke patut pomen tu kata tencener nak kena ganti aku tk percaya tapi bunyi sama mcm kau ckp....so ko dh tukar streeng rack pun madih bunyi lg ke

      حذف
  24. kemungkinan steering rack bermasalah, saya pun tak confirm betul-betul sebab kalau tengok kereta mungkin dapat bantu sikit

    ردحذف
  25. This is very helpful. I couldn't find any of this kind of help in other blogs.

    ردحذف
  26. sape nk bush ni sy bole tlg order..0104362850..rm80 siap pos

    ردحذف
  27. yup broo...buka fb,wocc group..sayer menjual kt forum tu

    ردحذف
  28. salam bro nk tye,kete sy bila korner hbs ke kiri rim leh sngkut kt bush sate ape mslh nye ek tq...

    ردحذف
  29. salam bro..Untuk lower arm blakang persona agak2 brapa rm?..ni tefl0n ke?.sowi nubis..

    ردحذف
  30. Salam bro kereta saya saga 1.5 auto power steering rack dia ada leaking sebab dlm getah hitam cover tierod tu penuh minyak power steering. boleh repair tukar oil seal ke rack tu. dgn kat mana nak beli. tks

    ردحذف
  31. steering rack repair kit ada jual kat spare part, boleh tukar part dalam steering rack. nak tukar seketul steering rack pun boleh jugak

    ردحذف
  32. salam... bro jeff.. nk tnya sket.. saya ada terbeli dgn mmbeerr stereng rack complete yg dari halftcut evo3.. jd boleh ke terus masuk kat wira 1.5 AT saya.. sperkara lagi yg bush utk evo 3 punya ada jual x? kt kole tganu kat mana ada..tq

    ردحذف
  33. steering rack evo3 boleh plug n play kat body wira. bush steering rack evo3 sama je dengan bush steering rack wira. kat mana-mana kedai spare part area kuala terengganu ni ada jual terutamanya spare part sekitar jalan pulau kambing

    ردحذف
    الردود
    1. laju jer abgjeff respon
      .tq.. esk saya mau p tkar yg evo3 punya..yg asal punya masuk ni dh yg ke2 dah..rosak cepat.. satu lagi k tnya abgjeff yg hujung antara besi kcik kat streng rack tu ada satu mcm getah(saya xpasti mgkin org panggil sate kot..) soalan saya jika getah yg kat hujung ru ada koyak sket..bolehkan saya mau tukar yg baru san kat pulau kambing tu ada gak ker kdai tu jual getah tu..nak panggil apa yee? tq skali lagi kat brojeff.

      حذف
  34. salam abg jeff..saya pakai wira 1.5.Dalam keadaan engine mati,sy dapati steering keta saya ada gap bila steering pusing kiri kanan.Saya rasa itulah penyebab steering gegar pg speed 90km/h dan kadang2 ok.Tyre balancing n alignment dh buat.Apakah kemungkinan besar berkaitan dgn steering rack ni?minta bantuan.terima kasih..

    ردحذف
  35. brader jeff.
    untuk iswara lmst ada jual ke steering bush ni?
    saya cari mcam takde je..

    ردحذف
  36. Salam...klu bole minta alamat kedai yg ada jual PU SUPER PRO ni di sekitar lembah klang terutama sekitar KL dan jg minta alamat workshop bro...bole....

    ردحذف
  37. To all of you who knows how to fix these parts yourself, i would recommend buying parts at http://ikutkiri.com. These guys are trustworthy and reliable. I myself who love to fix new parts on my car love these guys. Its a really good site. Not recommended if you don't know how to fix parts yourself

    ردحذف
  38. abg jef. kalo steering rack bocor mhal x upah nk ganti seal dlm dia. tq

    ردحذف
  39. Asalam bro jef saya pakai kereta proton saga mega valve 1.5 sedan tahun 1991 manual, baru2 ni saya dah tukar absorber, bush absorber, lower arm, stereng reg dan dah buat alightment serta chamber tapi ada tarik kiri dan kanan juga....bro jef apakah jalan terbaik utk atasi masalah ini...

    ردحذف
  40. Asalam bro jef saya pakai kereta proton saga mega valve 1.5 sedan tahun 1991 manual, baru2 ni saya dah tukar absorber, bush absorber, lower arm, stereng reg dan dah buat alightment serta chamber tapi ada tarik kiri dan kanan juga....bro jef apakah jalan terbaik utk atasi masalah ini...

    ردحذف
  41. Asalam bro jeff, tumpang tanya ye kalau stering rack evo4 boleh pnp kat waja tahun 2002 ke?

    ردحذف
  42. saya pun kurang pasti dapat plug n play pada waja atau tidak, tapi besar kemungkinan dapat masuk tanpa sebarang masalah pada waja

    ردحذف
  43. Salam bang jeff..kalau gen2 punye sme je kn crenye nk ganti stering bush ni?

    ردحذف
  44. Salam Brother Jef, Saya pakai exora turbo tahun 2012 engine CFE.
    Baru2 ini saya ada masalah bunyi bising bila aircond dihidupkan. dan lebih jelas bunyi itu apabila stering dipusing habis ke kanan dan ketika saya undur kenderaan. Saya dah bawa ke bengkel berdekatan dan mekenik telah mencuba untuk menukar pulley , belt dan alternater aircond tersebut.. tetapi bunyi bising masih ada.. cuma tinggal compressor aircond sahaja yang belum ditukar. Aircond kereta masih dalam keadaan sejuk cuma bunyi bising itu sgt mengganggu.. apakah punca sebenar masalah ini.. minta penjelasan.

    ردحذف
  45. Salam...saya ada gen2.. saya nk tnya apa masalh pada stering saya bila belok kanan rasa ringan dan belok kiri rasa berat..kemudian lg satu bila memandu kawasan line kuning akn ada bunyi gegaran bhgian depan..​bunyi gededede mcm ada bnda longgar/ rosak ...mntk nasihat tuan.

    ردحذف
  46. Steering rasa free bila belok dan berbunyi bila langgar bump, atau jalan tak rata, sila check mounting absober tayar depan anda.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors