Info & Tips Vol.2

sedikit info dan tips mengenai barangan kereta yang perlu diketahui dan kebanyakan daripada kita hanya memasang sesuatu peralatan mengikut pomen masing-masing. sedikit sebanyak kita juga perlu tahu apa yang perlu dan apa yang telah dilakukan terhadap kereta kita. ada seorang rakan pengunjung blog saya telah emailkan kepada saya mengenai bagaimana keretanya yang berfungsi cemerlang, tidak ada apa-apa masalah tetapi sebaik sahaja mengambil keretanya selepas ditinggalkan untuk servis tukar minyak yang rutin dilakukan pada kebanyakan kereta, gearbox kereta telah rosak dan tidak boleh masuk gear...buang minyak keluar bersama minyak ialah habuk-habuk besi, tak tahu sama ada suratan, kebetulan ataupun tindakan seseorang... kesian member tu dan saya tak tahu apa kesudahannya sekarang

ini ialah thermostat yang perlu ada bagi sesebuah kereta untuk mengoptimumkan dan menjaga suhu enjin agar dapat beroperasi dengan baik. thermostat sangat perlu bagi kereta dan kebanyakan pomen main buang sahaja benda ini yang boleh mengakibatkan enjin lambat panas terutamanya semasa cold start, perlu ambil masa yang lama untuk suhu enjin mencapai normal temp. kebanyakan kereta terutamanya proton menggunakan suhu 82 degree tetapi standard enjin mivec menggunakan 76.5 degree. saya terpaksa order dari UK untuk memperoleh suhu 76.5 degree untuk enjin kereta saya dan digunakan sehingga sekarang tanpa ada masalah

anti roll bar atau sway bar memainkan peranan penting untuk menjaga kestabilan kereta semasa memandu terutamanya semasa mengambil selekoh atau memandu dengan kelajuan tinggi. anti roll bar standard bagi kereta wira seperti 2 bahagian bawah gambar (lihat gambar di atas) dan atas sekali ialah anti roll bar evo. penggunaan anti roll bar standard disambungkan ke lower arm dengan menggunakan bush sate tetapi anti roll bar evo menggunakan drop link yang disambungkan ke absorber, walaupun kecil tapi handling menjadi sangat mantap apabila menggunakan sistem anti roll bar evo 2/3. yang penting absorber mesti ada 'telinga' untuk disambungkan dengan drop link

flywheel di atas ialah dari kereta mivec dengan tertera marking 92V dan dengan adanya marking ini kita dapat tahu asal dari manakah kereta tersebut. lain kereta lain markingnya

ini ialah lubang pada gearbox untuk dimasukkan driveshaft... lubang lurus dan tidak ada apa-apa halangan di dalamnya merupakan lubang gearbox LSD dan kalau terdapat halangan sebatang besi di dalam lubang ini, ia merupakan gearbox biasa tanpa LSD. gearbox LSD ada dua jenis iaitu semi LSD dan fully lock LSD. untuk mengenal pasti sama ada semi atau fully iaitu kalau kita jack dua-dua tayar kereta dan pusingkan satu bahagian tayar dan sebelah lagi seseorang menahannya... kalau dapat pusing bermakna semi LSD dan kalau ditahan oleh seseorang pada tayar sebelah dan kita tidak dapat memusingkannya bermakna fully LSD

penggunaan servo brake double layer seperti di atas boleh memantapkan lagi sistem braking kereta dan ramai yang menaiktaraf enjin tetapi lupa untuk menaiktaraf sistem brake. gambar di atas ialah servo brake double layer nissan SR20, boleh dipadankan pada kereta wira tetapi perlu mod satu paip seperti bulatan di atas kerana servo mitsu atau proton pipe tersebut terletak di sebelah kanan pump tetapi servo nissan ini di sebelah kiri pump. bagi saya lebih suka menggunakan servo nissan SR20 kerana lebih lembut dari servo evo tetapi braking mantap

ini ialah lower link atau bahasa mudah dipanggil 'tulang anjing' kedudukannya ialah pada bahagian belakang kereta wira/mitsu. gambar atas ialah lower link evo yang ternyata lebih baik jika dibandingkan dengan lower link proton kerana besi evo bulat dan padat manakala keluaran proton berlainan sekali dari bentuk ini. bush lower link evo boleh digerakkan mengikut pergerakkan kereta manakala proton punya mati

gambar atas ialah pistol lock pintu yang boleh diubahsuai untuk dijadikan trunk release bagi pengguna alarm yang mempunyai option untuk trunk release, lihat entri blog terdahulu mengenai cara pemasangan trunk release
$ads={1}
gambar atas ialah BISS screw yang terdapat pada throttle body mitsu yang diperbuat daripada fiber dan bukannya besi, hati-hati semasa memusingkan screw ini terutamanya kalau screw ini terlalu ketat kerana boleh merosakkan bahagian atas BISS screw dan seterusnya boleh menyebabkan loose

untuk mengetahui dan mengecam throttle body mivec ada idle switch seperti bahagian merah di atas. kalau throttle body mitsu lain tidak terdapat idle switch seperti ini kerana switch terdapat pada throttle position sensor (TPS)

kebanyakan daripada kita menggunakan bulb H4 untuk headlamp wira yang memadankan watt yang tinggi seperti menggunakan bulb 100 watt untuk menambahkan kecerahan cahaya lampu, tetapi lama kelamaan soket pada bulb berkenaan akan mencair akibat kepanasan bulb 100w tersebut. untuk mengatasinya anda boleh menukar soket seramik yang boleh diperolehi di mana-mana kedai accesories dan menyambungkannya kepada wiring asal untuk headlamp

ini ialah clutch alternatif bagi pengguna wira yang kebanyakan memilih set clutch exedy. clutch jenama AISIN ini pun boleh dikatakan setanding dengan clutch exedy

timing light diperlukan untuk mengubah kedudukan ignition timing sama ada untuk retard atau advance, rujuk entri blog terdahulu mengenai cara menggunakan timing light

gambar atas ialah capacitor untuk ecu mivec. caps ecu sepatutnya perlu ditukar setiap 10 tahun untuk mengelakkan kebocoran elektrolit pada caps berkenaan yang boleh menyebabkan keseluruhan ecu mengalami kerosakan. entri terdahulu ada saya tunjukkan cara menukar ecu caps tersebut

brake stopper jenama cusco selalunya dipasang pada kereta evo tujuannya supaya semasa hard braking firewall kereta tidak terikut sama seperti mana kita menekan pedal brake. dengan adanya alat ini dapat mengukuhkan kedudukan servo agar tidak bergerak dan seterusnya dapat memantapkan lagi sistem brake kereta anda

starter high speed mitsu boleh dipadankan secara plug and play pada kereta wira, namun ada sesetegahnya yang tidak dapat dimasukkan secara plug n play, kena tengok juga kedudukan selenoid starter dengan lubang nat starter. penggunaan starter ini amat digalakkan kereta kereta dapat dihidupkan dengan mudah tambahan pula bunyi starter ini seperti kereta perdana V6

sekian, terima kasih
jumpa lagi

33 تعليقات

  1. abg jeff,starter high speed ni kalo enjin 4g92p, satria 1.6 sohc xleh masuk ek?de mmber ckp xngam,nnti kne kt pipe coolant blakang blok tu kot..btol ke?

    ردحذف
  2. mr q..

    untuk yg ngam dengan 4g9x kene tgk kedudukan solenoid, ade offset sikit untuk elak paip coolant.. sebaik2 nye cube tgk starter asal dgn yang hi speed nak ditukar.. kalo kedudukan solenoid lebih kurang maknenye ngam la...
    btw starter proton boleh masuk kat hyundai matrix 1.6 auto, baru td try :-)

    ردحذف
  3. mr q - ada starter high speed yang ngam kat 4G92, kena tengok kedudukan selenoid dan lubang untuk mount starter kat enjin, kena ada jarak yang lebar sikit antara lubang kemasukan nat dengan selenoid. kalau starter dari model VR4 tak boleh masuk

    ردحذف
  4. salam Abg Jeff...

    Semua Evo punya drop link boleh masuk satria ker?

    ردحذف
  5. evo anti rool bar depan boleh masuk ke satria, putra dan wira tapi absorber kena ada 'telinga' untuk sambunng drop link, dah tak pakai lagi bush sate

    ردحذف
    الردود
    1. hai abg jeff..drop link nk pakai model ape..gti ke pakai lain model punye drop link

      حذف
  6. thanks to anon n abg.jeff nk tnyer lgi satu,kalo nk tuka clutch,tula clutch plet je tanpe tuka cover dier tu ok ke?bajet ketat neh..hehe

    ردحذف
  7. nak tukar clutch lebih baik tukar satu set sekali iaitu clutch pressure, clutch plate dan bearing

    ردحذف
  8. okey,abg.jeff..abg tau bpe bajet tuk clutch satria 1.6?hehe..nk kne wat belanjawan neh~

    ردحذف
  9. assalamualaikum abg jeff.. brake stopper tu ada yg universal ker? mcm saya pakai wira 1.5 SE dah tukar brake servo yg evo 3 nyer... mana ada jual n berapa harga dia abg jeff?

    ردحذف
  10. barang baru ada jual jenis race tech, harga seratus lebih. kalau nak yang 2nd biasanya ambik dari model evo123 dan harga sekitar rm150

    ردحذف
  11. abg jeff,satria 1.6 auto,kalau nak masuk starter ape yg sesuai? berapa budget utk timing belt?

    ردحذف
  12. Assalam. 4g93 nk msuk clutch & clutch cover 4g92. Ada info kata 4g92 lg heavy duty. Persoalan : perlu tukar flywheel tak? clutch 4G92 brp inci?
    Tk boh.

    ردحذف
  13. tak pasti ada jual atau tak kat spare part. try cari kat TB rosak kat halfcut, mana tau ada yang nak jual murah2

    ردحذف
  14. salam. abg jeff starter v6 bole masuk kat waja mmc tak???/

    ردحذف
  15. rasanya tak boleh melainkan kalau dah mod kepala untuk ikat nat

    ردحذف
  16. salam tulang anjing evo tu bole masuk kat waja ke??/
    klu bole nk beli model evo yg mane pnya????

    ردحذف
  17. b.jeff,kalau guna watt tinggi 100wats untuk headlamp..reflektor dia tak cepat rosak/terbakar ker..lagi satu cover plastik mudah jadi kuning kan?

    ردحذف
  18. guna bulb 100w memang akan cepat memudarkan reflektor di dalam lampu dan soket asal pun akan cepat rosak akibat kepanasan melampau. bayangkan kepanasa dua kali ganda dikeluarkan oleh bulb tu, asal 55w je

    ردحذف
  19. Salam Sejahtera,

    Kepada Jeff_Tacra

    BISS Screw pada throttle body waja tu ada di jual ke? Kat malaysia ke atau kat luar negara ke? tempoh hari biss tu pecah di bhgn atasnya (mugkin dah lama kot)..

    ردحذف
  20. Biss screw kat throttle body materialnya fiber dan bukan besi, so cepat rosak akibat kepanasan. Biasanya cuba cari kat kedai halfcut, ambik kat TB yang dah rosak. Saya tak pasti sama ada ada dijual di kedai spare part atau tidak

    ردحذف
  21. Salam, salam bang sya nak tanya mana boleh sy carik trottle body punya idle srew... Biss yg di atas... Sbb sy dah keluar kan screw 2... Dah loose... Nak carik ganti skrew 2... Kereta perdana v6 ...Tq lozazx@yahoo.com

    ردحذف
  22. Salam bang jef, nk tnya wira auto nk cnvert gearbox manual.. Drive shaft asal wira auto bleh pkai utk gearbox manual tak? Da beza tak drive shaft utk gearbox auto dan manual

    ردحذف
  23. salam bang jeff, klau starter proton yg fit hyundai matrix 1.6 auto tu starter saga yg baru2 ke saga lama?

    ردحذف
  24. Terbaik lah blog abg jeff, antara blog yg terbaik dan mudah faham keep ot up

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors