In Car Entertainment (ICE)

bersua kembali... paparan kali ini ialah bagaimana peralatan yang perlu dan penyambung in car entertainment (ICE) bagi sesebuah kereta. ramai dalam kalangan kita menaik taraf sistem audio kereta masing-masing tetapi menyerahkannya kepada kedai accessories untuk memasangnya, padahal kita sendiri pun boleh melakukan kerja-kerja pemasangan ice sistem pada kereta kita. bolehlah berjimat sedikit... tambahan pula kita boleh memilih peralatan yang sesuai dengan bajet yang kita ada dan lebih penting kita dapat melakukan proses wiring dengan kemas lagi


ini ialah simple diagram ICE sistem kereta saya tapi bunyi tidak mengecewakan, bolehlah.... saya menggunakan HU Alpine menggunakan preamp 7 band brand EPSILON. dari preamp pergi ke 2 bijik power amp. power amp 2 channel pertama untuk drive sepasang woofer dan satu lagi power amp 4 channel untuk drive sepasang tweeter dan sepasang midrange di pintu hadapan kiri dan kanan. itu saja yang saya gunakan, tidak ada speaker belakang 6 x 9 seperti kebanyakan yang terpasang pada kereta wira sedan. setup ini kiranya dah memadai dan kalau dituning dengan baik hasil bunyi yang dikeluarkan sudah cukup bagi kita, bukan untuk sound pressure yang bunyinya sangat kuat yang kebanyakannya nampak extreme sangat. setup saya ini lebih kepada SQ iaitu sound quality


head unit ALPINE 2nd hand frekuensi malaysia. ada dalam kalangan peminat kereta menggunakan head unit dari japan tetapi frekuensi tidak sama sepert di negara kita, kena pakai booster untuk mendapatkan siaran radio malaysia, tetapi frekuensi tetap tidak menunjukkan nombor yang sama untuk siaran tempatan. terus terang saya katakan saya memang tidak berminat dengan head unit japan. asas penyambungan wire pada head unit iaitu wire merah (ACC), wire kuning (constant 12v), wire biru + putih (remote antenna - perlu disambung ke wire remote power amp), wire orange (illumination iaitu ke + lampu kecil) dan akhir sekali ialah wire hitam ke body kereta 


ini ialah preamp EPSILON 7 band parametric yang mendapat signal input dengan menggunakan RCA cable dari head unit dan dari sinilah disalurkan kepada sepasang power amp dengan menggunakan 2 unit RCA cable (rujuk diagram di atas). proses wiring power pula ialah biasanya terdapat 3 wire asas iaitu merah (ACC), hitam (body) dan biru atau lain-lain warna (remote) iaitu disambungkan ke wire remote pada head unit. fungsinya ialah semasa kita on head unit maka wire remote ini akan supply current ke pre-amp dan juga power amp untuk mengaktifkannya


dari power amp pertama, channel 1 dan channel 2 sambung ke tweeter, yang kebiasaannya ditempatkan di atas dashboard atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai. gambar tweeter di atas hanyalah hiasan sahaja. boleh pilih mana-mana tweeter yang terdapat di pasaran semasa. pastika wire + dan - daripada power amp sama dengan + dan - pada tweeter


contoh power amp... pilihlah power amp yang berjenama sedikit dan jangan terpedaya dengan tulisan watt pada jenama biasa kerana ternyata berlainan dengan watt sebenar, melainkan yang berjenama terkenal di pasaran. proses wiring pada power amp iaitu perlukan power cable yang diambil direct daripada + bateri dengan memasukkan satu fuse 30A paling dekat dengan bateri kereta. GND atau ground power amp pula kita tap pada body kereta, kalau boleh wire ini perlu tap pada body yang paling dekat dengan power amp. akhir sekali ialah wire remote yang disambungkan ke head unit seperti penyambungan pada pre-amp tadi


inilah midrange yang saya gunakan pada pintu kanan dan kiri untuk menaikkan lagi bunyi mid pada sistem bunyi dan dapat menyerlahkan lagi vokal pada setiap bunyi, pun saya gunakan jenama alpine 2nd hand sahaja
$ads={1}

ini contoh speaker midrange yang terdapat di pasaran. yang 2nd pun banyak orang jual seperi alpine, carozzeria, kenwood, nakamichi dan lain-lain. walaupun 2nd hand tapi quality bunyi yang dihasilkan tidak mengecewakan kita


sepasang woofer yang saya gunakan iaitu type dual voive coil brand blaupunkt yang berharga sekita rm400 sebiji, single coil pun tak ada masalah asalkan RMS dan watt mencukupi dan bersesuaian dengan penggunaan power amp yang dipakai. sub jenis yang saya pilih ini adalah merupakan sub jenis free air iaitu bolehlah di pasangkan tanpa sub woofer box seperti setup saya ini



cd changer brand alpine yang digunakan dan disambung terus dari HU ke changer tanpa membuat apa-apa proses wiring tambahan. hanya gunakan satu cable sahaja


untuk menyambungkan power 12v ke power amp perlukan power cable seperti di atas. cable ini boleh didapati di mana-mana kedai accessories dan dapatkan ukuran sepatutnya untuk digunakan pada kereta anda


power cable disambung ke direct terminal positif bateri di dalam engine bay dan kira-kira 1 kaki dari terminal hendaklah dipasang fuse seperti di atas


cable lug boleh dibeli di kedai elektrik untuk menyambung power cable ke bateri dan ke power amp. cable lug ini juga boleh digunakan untuk menyambung punca negatif dari power amp ke ground atau body kereta. seboleh-bolehnya sambung negatif ke power amp sependek yang boleh dan selalunya saya sambungkan ke nat untuk seat


RCA cable diperlukan untuk menyambung dari HU ke preamp dan dari preamp ke power amp. pilihlah RCA cable yang ok, banyak terdapat di kedai ecc


speaker cable untuk penyambungan dari power amp ke mana-mana speaker yang dipasang pada kereta. salah satu petua untuk mengelakkan bunyi gangguan enjin pada speaker ialah asingkan laluan power 12v ke power amp dengan cable ke speaker, iaitu sebaik-baiknya jangan susun sekali cable power 12v dengan cable speaker


untuk nampak lebih kemas anda bolehlah membeli terminal seperti di atas untuk penyambungan speaker cable ke power amp dan ke mana-mana speaker

sekian, terima kasih
sincerely: jefftacra

37 تعليقات

  1. nice tutorial bro..thanks 4 sharing..senang utk difahami..

    ردحذف
  2. salam,nk tnya entri tukar bush kt front anti roll bar ada x?? blh tlg tnjukkn...bru berjinak2 dlm dunia bengkel.

    ردحذف
  3. salam...nak tanya power 12V utk power amp tu ambik dari mana? utk negatif ambik kat seat je ke? kalo power utk ke bonet utk changer dari mana ambik power nye? nubis je bro

    ردحذف
  4. power untuk amp ambik direct 12v dari bateri. rasanya saya dah mention kat atas tu berserta gambar sekali. changer mendapat power dari HU dengan menyambungkan cable yang disediakan untuk changer

    ردحذف
  5. nk tanya, kalo radio standard kilang, xde soket audio yang wayar cucuk lubang tu , so camner nak masuk kat amp.. adakah join dari wire speker?? so camner nk buat?

    ردحذف
  6. gunakan sejenis alat yang dinamakan 'hi to low' sambung kat wayar speaker dan bolehlah anda gunakan RCA cable dari situ ke power amp

    ردحذف
  7. "hi to low" tu alat camner? mane nk dapat? boleh lakarkan tak?

    ردحذف
  8. cari kat kedai accessories, nak tengok image macamana guna GOOGLE je

    ردحذف
  9. salam. nk taNYA mcm mane nk sambung 4 spaeker ngan 1 sub kat 4 chanel amp, tq

    ردحذف
  10. 4 speaker tu gunakan 4 channel seperti biasa dan untuk satu sub boleh sambungan secara bridge

    ردحذف
  11. RCA dalam gambar kat atas tue mcm kurang kualiti jer.and nak tanye,yang maner lebih baik kalau guna electronik crossover dengan Pre AMP ?

    ردحذف
  12. gambar tu sebagai contoh sahaja, boleh pilih mana-mana brand yang terdapat di pasaran. pre-amp dengan electronik crossover mempunyai fungsi yang berbeza

    ردحذف
  13. owhh begitu..skg nie sy mempunyai masalah sikit dengan bunyi speaker component.dr segi wiring takde masalah sebab sy mengunakan cable yg bagus..sy ingin mendapatkan bunyi yg jelas serta bersih,adakah menambah Pre AMP dapat membantu sy ?

    ردحذف
  14. salam bro jeff, macam mana nak sambung wayar dari HU ke preamp? dan kedua2 power amp tu sambung direct kat bateri ke?

    ردحذف
  15. dari HU ke preamp gunakan RCA cable untuk menerima low signal dari HU. power dari bateri tarik 1 wire dan sambung ke distributor block, kiranya pecah dua iaitu satu ke HU dan satu lagi ke amp

    ردحذف
  16. salam abang jeff,banyak ilmu saya dapat dr abg jeff..timas abg jeff..sikit kemusykilan, kat diagram abg jeff tu pakai 2 power amp, kiranya kedua2 power amp tu tarik 2 power cable ke? dan minta tolong sangat2 abg jeff cerita detail sikit pasal nak sambung power cable ni..ingat nak DIY sendiri kat keta..pls...

    ردحذف
  17. bro wire rem,12v n ground kat pre amp 2 nk smbng direct kt HU kew...atau pre amp just psg RCA cable da cukup nk support.....huhuhu...sye newbie a lg...

    ردحذف
  18. 12v pre amp boleh ambik kat HU, ground tap kat body je. rem untuk pre amp boleh tap kat rem HU

    ردحذف
  19. owh...tq2...tp da try psg n die xkuar sound....huhuhu....sume cun da....cume sound jew yg xde...ade ape2 penyelsaian x???huhuhu

    ردحذف
  20. hello bro.... mcm mana nk pasang double coil woofer ke 2ch amp?

    ردحذف
  21. salam abg jeff,
    kalau amp 4 channel 2400watt leh support x speaker mid range 2 biji, speaker blakang 2 biji, ngan woofer 10 inci 2 biji,...
    sebab tokey kedai cakap boleh support smua dengan 1 amp 4 channel je..harga amp tu saje da rm480... ok ke?

    ~noobies~

    ردحذف
  22. Ok tak bro kalu guna active subwoofrr brand epsilon

    ردحذف
  23. boleh dapatkan mana-mana subwoofer di pasaran sama ada yang biasa, dual voice coil, active subwoofer dan lain-lain lagi. pemasangan kena betul dengan amp yang dipilih

    ردحذف
  24. assalam abg jeff power M 12v ke battry ...grn ke grounding ... acc plak nak sambung ke remote player ka abg jeff atau sambung je dekat acc player ...tolong abg jeff plase

    ردحذف
    الردود
    1. acc kena kena sambung ke remote player sebab wire ini bertindak sebaga on/off power amp

      حذف
  25. assalm abg jeff..cemana nk kuat isyarat radio..ada alat x?klu da apa nma ny

    ردحذف
  26. Cd changer tak perlu supply berasingan. Dah sekali dengan cable dari HU ke changer. Hanya satu cable je

    ردحذف
  27. assalam bang jeff..ble x tunjuk mcm mna nk sambung wiring dari HU ke steering audio control bagi kereta yang dah ada steering audio control..tq

    ردحذف
  28. Salam..apa punca masalah bila amp yg suport woofer kerap terpadam lepas buka lagu kejap ja..kena off head unit pastu on blik amp hidup tp bila up sikit bunyi amp tu terpadam..fius amp x putus pun..adakah amp ni nak rosak atau kena tambah wayar ground lg?amp ni dah 2 tahun pakai sblum ni xda masalah ttba ja skg jd..mintak tolong bro..

    ردحذف
  29. Salam..apa punca masalah bila amp yg suport woofer kerap terpadam lepas buka lagu kejap ja..kena off head unit pastu on blik amp hidup tp bila up sikit bunyi amp tu terpadam..fius amp x putus pun..adakah amp ni nak rosak atau kena tambah wayar ground lg?amp ni dah 2 tahun pakai sblum ni xda masalah ttba ja skg jd..mintak tolong bro..

    ردحذف
  30. Salam cikgu. Nak tnya knp system saya bila tekan brek bunyi akan jadi pelahan . lepastu tekan pedal minyak je bunyi akan jadi kuat smula. Knp ye???

    ردحذف
  31. Salam cikgu. Nak tnya knp system saya bila tekan brek bunyi akan jadi pelahan . lepastu tekan pedal minyak je bunyi akan jadi kuat smula. Knp ye???

    ردحذف
  32. Nak tanya. Kereta saya pakai 4 speaker - 2 depan(pintu) dan 2 belakang. Masalahnya hanya speaker belakang kiri sahaja yg keluar sound. Yg lain semua senyap. Dah cek output dari power amp semua ada. Tapi speaker xkluar bunyi kecuali belakang kiri sahaja. Kenapa ye?

    ردحذف
  33. Assalamualaikum .. ble Tanya Tak .. kenapa preamp sya subwoffer volume saja yg berfungsi .. tapi volume Tak berfungsi ..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors