Free Air Sub Woofer (Vol. 2)

bertemu lagi... paparan entri kali ini ialah saya nak mod sedikit pada bahagian hadapan sub woofer yang dipasang pada belakang seat kat kereta sendiri. sebenarnya telah ada entri terdahulu bagaimana cara memasang free air sub woofer pada bahagian belakang seat. cuba cari tajuk entri Free Air Sub Woofer (Vol. 1). entri terdahulu ini anda dapat mengetahui bagaimana memasang sepasang sub woofer secara free air iaitu tidak menggunakan box, infinite baffle free air

3 biji nat untuk mengeluarkan seat, lihat entri sebelum ini bagaimana cara untuk mengeluarkan seat pada kereta

setelah bahagian penyandar dibuka akan nampak sound proof yang dilapik pada papan woofer yang dicustom

sound proof asal pada seat belakang kereta wira sedan. sebenarnya sound proof ini dilapik pada board kertas standard belakang seat

inilah MDF board untuk pasang sub woofer, nampak sedikit kelakar sebab bracket custom yang digunakan agak tak cantik sebab bahan tak ckup, ambik mana yang ada sahaja, tapi tak nampak pun sebab berada pada kedudukan belakang seat apabila seat dipasang nanti

bracket custom untuk memegang MDF board. kat body kereta dah ada lubang-lubang tertentu cuma pasang bracket dan masukkan nat sahaja. kena tebuk lubang nat kat board sahaja

kali ini saya alas atau tampal dengan insulflex pada bahagian hadapan board berkenaan, jadi akan terlindunglah bracket custom tadi, barulah nampak kemas, kan...

potong mengikut lubang speaker dengan berhati-hati sebab kalau terlajak memang boleh mencederakan woofer tersebut

sebelah dah siap dipotong
$ads={1}
dah siap sepenuhnya

bracket custom telah terlindung di sebalik insulflex. di samping itu insulflex ini berperanan juga sebagai sound proof untuk memantapkan lagi bunyi woofer nanti

pandagan bahagian dalam boot

sepasang woofer dual voice coil (DVC) blaupunkt velocity

bahagian belakang juga dah siap ditampal insulflex. atas tu ialah alpine 6 disc changer

sub woofer DVC blaupunkt 400 watt 10 inci. dengan pemasangan woofer free air ini tidaklah memakan ruang bagasi tidak seperti menggunakan box, dah jadi separuh boot untuk tempat meletak barang. harus diingat kalau hendak menggunakan setup seperti ini anda perlulah mendapatkan jenis woofer yang didesign khas untuk free air, biasa spec ada ditulis pada box woofer semasa membeli nanti, atau boleh juga tanyakan tokey kedai jenis woofer tertentu

dah kembali seperti asal, bunyi pun dah semakin mantap sebab MDF board tidak lagi bergetar seperti sebelum ini

sekian, terima kasih
jumpa lagi

11 تعليقات

  1. boleh beli kat kedai yang pasang audio kereta, sesetengah kedai accssories pun ada jual kalau kita nak beli sikit

    ردحذف
  2. yg penumpang belkg xrasa gegar2 ke bila speakr tu buka volume kuat abg jef??

    fazsly08@yahoo

    ردحذف
  3. tak ada masalah gegar sebab seat tu bukan rapat denganspeaker, masih ada ruang antaranya

    ردحذف
  4. salam abg jeff...klu keta persona bleh buat x bang...sbb seat dia pecah dua dan xda papan asal
    tq..(eddie)

    ردحذف
  5. salam boss,,..perlu tambah amp x utk setup woofer jenis free air mcmni ?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors