Perodua Viva Bumper Removal

bersua kembali dengan entri yang di request daripada follower blog saya iaitu bagaimana membuka bumper hadapan dan lampu perodua viva. bumper hadapan viva begitu mudah untuk dibuka memandangkan hanya ada satu nat 10mm sahaja, yang lain menggunakan klip plastik. ikuti langkah-langkah di bawah ini

perodua viva 1.0 litre auto

di sinilah satu-satunya nat bersaiz 10mm yang perlu dibuka. lokasinya ialah di bahagian belakang no plate kereta, tak perlu menanggalkan no plate untuk membuka nat tersebut

bahagian hadapan atas terdapat 4 klip plastik, dalam gambar hanya nampak 3 sahaja. dengan menggunakan test pen umpil bahagian tengah klip barulah dapat dikeluarkan keseluruhan klip tersebut

bahagian kiri bumper terdapat 3 klip plastik, sama kaedah seperti yang dinyatakan di atas. begitu juga pada bahagian kanan bumper terdapat 3 klip juga

bahagian bawah bumper kiri terdapat 3 klip lagi, satu terlindung. bahagian kanan pun sama seperti ini

klip bahagian kanan bawah bumper

setelah kesemua klip dibuka, dengan menggunakan tangan umpil bermula pada bahagian tepi bumper yang persambung dengan fender, di bahagian ini terdapat clip on sahaja

bumper yang telah dipisahkan daripada kereta

untuk membuka lampu perodua viva hanya terdapat 3 nat bersaiz 10mm dan 1 klip. bahagian atas lampu seperti gambar di atas terdapat 1 nat 10mm dan bahagian kanan tu klip plastik
$ads={1}
nat 10mm lagi pada bahagian hadapan lampu

dan akhirnya pada bahagian tepi fender di bawah bumper tadi terdapat 1 nat 10mm

gambar tempat klip bumper bahagian bawah sebelah kanan

klip bawah bumper kiri

headlamp yang dikeluarkan

sekian, terima kasih
jumpa lagi

17 تعليقات

  1. salam abg jeff, dlm entri ni sy terperasan abg ada psg atf cooler kan, soalannye= line paip yg mana satu DARI radiator untuk dismbgkan ke atf cooler? TQ

    ردحذف
  2. cuba cari dalam entri blog terdahulu. ada entri khas meengenai pemasangan ATF cooler ni kat viva

    ردحذف
  3. salam bro..

    bro,boleh tunjukkan entry DIY untuk pasang OCT (guna oil filter proton saga) untuk proton wira tak bro?TB model ni cepat sangat kotornya..TQ

    ردحذف
  4. tq sbb buat DIY nak cabut bumper viva ni ;)
    rasanya macam aku yg request diy ni :) tq very very much bro ;)

    ردحذف
  5. wow, dah lama saya cari ni. Nak keluarkan bumper viva saya untuk DIY spray sebab ada calar serius di depan.

    ردحذف
  6. wow, dah lama saya cari ni. Nak keluarkan bumper viva saya untuk DIY spray sebab ada calar serius di depan.

    ردحذف
  7. perodua viva , A/C suis lampu rosak. bagaimana hendak buka dan tukar lampu..

    ردحذف
  8. Bro Jeff..
    Nak tanya ni..
    1. Klu nak bukak Oil Filter mcm mana cara yang lebih mudah? ada tak cara khusus?

    2. Viva 850 ni tak ada buzzer/alarm.. klu nak LOOP buzzer di signal dia mcm mana wiring dia? nak sambung negatif kat wayar mana?

    3. Klu nak buzzer klu lampu lupa OFF nak sambung mana negatif dia?

    ردحذف
  9. Salam,
    Bahagian depan radiator fan ada Oil coolet, adakah untuk gear box Auto,
    Boleh saiz oil cooler itu digunakan untuk gearbox 4G91 auto? tq

    ردحذف
  10. abg jeff mcmn nak buka bumper kancil lampu petak blh tunjuk gambar sekali

    ردحذف
  11. Bro Jeff..
    Blo anda byk membantu saya dalam aktiviti DIY pada Proton LMST saya. mohon Bro Jeff tunjukkan cara nak buka dan pasang dashboard proton LMST. percubaan pertama dan kedua saya gagal... TQ

    ردحذف
  12. Salam bang, boleh ke saya nak gantikan lampu saja ? Tanpa bukak bumper

    ردحذف
  13. kalau viva elite ada tambahan tu nut 10mm lagi dekat spotlight.kena bukak dulu cover spotlight tu,lepas tu baru boleh bukak nut tu ..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors