Pemasangan Kabel Meter Proton Wira

cable meter kadang kala mengeluar bunyi tertentu apabila dah rosak atau pun pergerakan speedo meter nampak melaompat-lompat atau menggigil. sudag sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru, boleh diperoleh di kedai spare part, harga mengikut gred tertentu. entri kali ini saya tunjukkan bagaimana menukar meter cable pada kereta wira/lancer, cable diperoleh dari kedai halfcut dengan harga rm30 sahaja dari model evo3

cable meter evo 3 plug and play pada meter wira, pendek kata boleh masuk terus pada kereta wira tanpa ubah suai apa-apa

buka panel meter, kalau wira kena buka panel tengah terlebih dahulu barulah dapat membuka panel meter. panel meter lance hanya ada dua skru sahaja pada bahagian atas seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas

keluarkan panel meter

buka skru meter, ada 4 semuanya iaitu 2 pada bahagian atas dan 2 lagi terdapat di kiri dan kanan meter

skru meter bahagian kiri

keluarkan meter

buka soket meter pada bahagian gearbox

pusing lawan jam dengan menggunakan tangan
$ads={1}
buka klip cable meter seperti di atas

keluarkan klip cable meter

tarik cable meter pada bahagian ruang enjin. rubber gromet seperti ini hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu daripada firewall atau dinding ruang enjin

keluarkan hujung meter yang bersambung dengan gearbox

keluarkan meter dan semasa memasukkan cable baru ulang langkah seperti yang dinyatakan di atas

pasang balik meter dan panel meter

test kereta dan pastinya meter tidak bergetar atau tidak mengeluarkan bunyi tertentu

sekain, terima kasih
jumpa lagi

59 تعليقات

  1. salam bang...nak tanya skit ni,apa perbezaan & fungsi injector low impendance & high impendance,sekian terima kasih.

    ردحذف
  2. injector low impedance untuk turbo, kena ada resistor pack, kebiasaannya enjin turbo dah ada benda ni. high impendance untu kenjin NA, tidak memerlukan resistor pack. kalau pakai low impendance pada NA ecu akan tak tahan, cepat rosak

    ردحذف
  3. harga ada dinyatakan pada perenggan pertama atas sekali, hehehe...

    ردحذف
  4. abg jeff,mau tya meter 1.6auto wira klu nk tukar meter manual wira SE bleh masuk tak?

    ردحذف
  5. abg jeff cable meter kalo bbunyi tu kua bunyi cmne?ni meter saye da bwak smpi 60-80 bru start jarum dier naek ngn mngejut..huhuu..ni cble rosak ke?or meter?

    ردحذف
  6. ada bunyi macam benda bergetar, try tukar cable dulu, mungkin tu masalah cable

    ردحذف
  7. Abang Jeff_tacra,
    Terima kasih untuk blog ini, sangat informative.
    Masalah meter (4G9x) saya, apabila sampai kelajuan 45km/h ke 75km/h meter jarum akan gegar naik turn, naik turn (sikit, belum serious). Lepas 75 km/h, tak ada masalah. Masalah apa ini? timing? meter? cable? Terima kasih. -James-

    ردحذف
  8. Abf Jeff, saya ade masalah lampu meter tak nyala.. dah tukar bulb t10 tu.. tapi masih tak nyala... lampu gear auto, check engine dll menyala.. mula2 kene tekan2 kat meter tu.. lama2 padam dah tak mau menyala.. sekarang ni waktu malam gelap jer meter tu..

    ردحذف
  9. try cek soket takut kedudukan tak masuk betul dengan meter

    ردحذف
  10. bro..nk cam cable tu dr evo 3 ader marking kat cable tu ko....takot keno tipu...hee

    ردحذف
  11. bro jeff, lepas masuk cable kancil kt meter L5, jarum bergetar, apa problem nye ye ? tq

    ردحذف
  12. paskan cable dipasang dengan betul atau pun ada sesetengah cable yang murah boleh menyebabkan jarum meter bergetar

    ردحذف
  13. abg jeff,npe meter analog mileage tak brgerak,ape puncanye?

    ردحذف
  14. askm,boleh tau punca mileage dan km meter tak berpusing?

    ردحذف
  15. bro jeff, baru jer tukar led pada meter iswara saya, tapi sehari selepas tuh kabel speedometer pulak putus... memang dah agak sbb dah bunyi ketek... ketek.... ketek.... pada meter tapi xkan nak benti repair masa tengah jalan... so dah diy sendiri tukar kabel speedo meter ngan kabel buatan japan... soalan saya, camna nak pastikan kita pasang kabel speedometer dengan betul? mmg speedo meter jalan pas pasang tapi takut kejadian sama berulang mcm tak pasang ngan betul... tuh yg menyebabkan meter kabel saya tuh putus sebelum ini.

    ردحذف
  16. Klau pasang dan test kereta meter jalan engan betul dan tidak mengeluarkan bunyi apa-apa bermakna tidak ada masalah pemasangan tersebut, dah ok

    ردحذف
  17. betul la... jarum meter saya gigil bila speed rendah, pas saya tukar kabel baru cantekkk...tima kasih bro jeff

    ردحذف
  18. Cable meter kat spare part ada macam-macam gred, yang mahal baru ok. Lebih baik beli kat halfcut dari mitsu, terbukti ak ada masalah, sebelum beli tenok condition dulu

    ردحذف
  19. Terima kasih kerana ilmu dari blog Abam Jeff byk mndidik sy...

    1. Saya guna speedometer 1.3 yg tak ada RPM, boleh tak saya plug in speedometer 1.5? ada kena buat apa2 modifikasi tak?

    2. Tgh cuba tukar meter cable sendiri, tapi ada tokey kdai part ni cakap susah sbab ada wayar halus..kalo silap bileh putus n rosakkan speedometer... betul ke?? bikin suspen je itu apek..

    3.Macam mana nak kenalpasti meter cable dari mitsu?? atau nak gredkan kualiti meter ni (mungkin ada brand tertentu)?? sebelum ni dah 2kali tukar (bukan DIY) 1st RM20, 2nd RM90.. 2-2 pun cepat rosak...

    Harap Abam Jeff dpt tlg... terima kasih...

    ردحذف
  20. boleh pnp meter i.5, tak perlu mod apa-apa, rpm terus hidup. tak ada apa-apa wayar halus pun. biasa jual kat halfcut cable mitsu. saya tak pernah beli cable dari spare part sebab kualiti tidak sebaik mitsu

    ردحذف
  21. citer pasal meter ni memang menarik..DIY pon x susah sgt,kecuali kepada yg 1st time baru nk berkenalan dgn meter wira ni. sy dh DIY bulb lampu meter,tukar kepada Led colour biru.(yg paling terang ada 5biji Led bg 1 set lmpu) harga RM25 utk 2biji..sy beli 4 biji. semua berjaya menyala..dh alang2 buka,sy DIY odo yg problem (sekejap jln sekejab stop) pon dh berjaya..cuma satu problem jadi lepas letak balik jarum speedo indicator..tetiba speedo jd ringan..jln perlahan pon dh cecah 80kmj..xtau sbb apa..sy tune semula guna GPS dgn meletakkan jarum speedo lebih rendah dari kaki stoper,dn angkat semula letak diatas stoper semula..skrg speedo dh ok setelah beberapa kali tune guna GPS. sebenarnya meter VDO memang kena tune semula setiap kali kita cabut jarum indicatornya. sumber ini di beritahu oleh pekerja VDO sendiri.(VDO Buterworth)harap maklum.

    ردحذف
  22. salam abg jeff...kalo jarum speedometer km/h tak jalan ape puncanya?sebab meter mileage,rpm,semua jalan....cuma jarum km/h je tak jalan...saya ade pernah tukar cable speedometer tu awal tahun ni..meter tu problem atau ade masalah lain?harap abg jeff dapat membantu..TQ

    ردحذف
  23. Kalau jarum speedo meter tak jalan kkebiasaannya disebabkan oleh cable meter, try cek semula kondisi cable meter tersebut

    ردحذف
  24. salam abg jeff. nak tnye. meter speedo dgn mileage(satria gti)sy xberfungsi. tapi sy ade psg pivot speed meter skali. meter tu pn xjalan gak. tnjuk 0 je sepanjg jalan, adakah meter ade smbung dkt ecu? lg satu, bila sy drive 110kmj, meter da tnjuk 140. ape mslhnye ek? ke sbb tukar meter 1.3? tq abg jeff.

    ردحذف
  25. nk tanya psl meter speedo l5, nape die jap jalan jap x ek? meter problem or cabel?

    ردحذف
  26. salam abg jef.sy on kunci rpm naek 5.nape yea?meter lancer..utk pgetahuan sy pnh bkak meter dan nk diy od0meter.tpi tbkak jarum rpm.pas pasang.jadi biol pl ak.tlg abg jef

    ردحذف
  27. mungkin masa pemasangan jarum tu tak kena kot, kena check balik

    ردحذف
  28. Salam abg jeff,meter wira saya biasanya berfungsi baik tetapi kadang-kadang lambat naik,tidak selalu berlaku tetapi ada bunyi tek...tek..tek. apa masalahnya abg jef.terima kasih ,kerana membantu.

    ردحذف
  29. salam abg jeff, macam mana pulak kalau Meter minyak naik satu sengat je..walaupun dah isi Full tank..? apa yang rosak tu?

    ردحذف
    الردود
    1. Salam tn faqir.. Dah jmpe ke rosak apa bila minyak xnaik bla mnyak xnaik

      حذف
  30. salam abg kalau speedo meter cable untuk evo3 ni ngam ke utk masuk ke satria gti?

    ردحذف
  31. meter naik sikit walaupun minyak banyak biasanya berpunca daripada masalah float dalam tank. speedo meter evo 3 memang boleh masuk kat mana-mana proton wira/satria/putra/gti

    ردحذف
  32. salam bro jeff..sy byk mbaca blog bro, dah byk info yg sy dpt & jugak save duit, wlpun tak DIY...hr ni jarum km/h & mileage tlh brenti jln, lps chek pomen cina ni sajes tukar meter baru pdhal sy blh agak mslhnye kabel aje..pas tnya hrga meter baru sy pun beredar..ttba je mete km/h & mileage jln spt biasa tp jarum getar sdkit, dan sy dgr bunyi seakan2 "seluruh meter brgegar"...bunyi je,bukan bergegar meter tu..abg jeff blh tlg sy x? biase ke kalu kabel nak kong ade bunyi meter bergegar? sory soalan panjang..t.ksh byk2

    ردحذف
  33. Bro, just read your post and great work. I have a question. Im driving a proton wira 1.5 efi mmc. Can I use the lancer meter like yours for my car?

    ردحذف
  34. الردود
    1. Thanks bro for yr reply. Really appreciate it. I wanna change to lancer meter bcz proton meter alwis rosak. Changed one before n kaput after 2 years. So sudah fed up. The wiring mod is for the rpm?

      حذف
  35. Assalam abg jeff..nak tnya kabel speedometer L5 sama tak ngan kabel speedometer kancil? enjin saya L5 auto..baru je putus..

    ردحذف
  36. Assalam abg jeff..nak tnya kabel speedometer L5 sama tak ngan kabel speedometer kancil? enjin saya L5 auto..baru je putus..

    ردحذف
  37. salam abg jeff...sy ada beli meter evo (enjin+dashboard+wiring stendet wira), tapi bila masuk dkt wira sy semua jadi xbetul, signal meter xbrkelip,jarum fuel dgn temp xbetul,handbrek xmnyala...adakah sy kena tukar wiring mitsubishi skali??

    ردحذف
  38. Nk tny lps sy tukar meter rpm,Knpa power window xberfungsi?

    ردحذف
  39. salam semalam sy tukar meter wira 1.6 sy kepada meter evo 3..tp lampu check engine x mati2..knpe agaknye abg jeff

    ردحذف
  40. salam bang. meter kmh dan mileage kereta satria 1.3 saya xjalan. adakah sbb meter cabel jugak? boleh ke pakai meter cabel evo3? saya pakai speedometer standard je. terima kasih.

    ردحذف
  41. assalamualaikum bang.knpe minyak gear box keluar melalui cable spedometer...adkh kabel rosak atau gearbox bocor.bagaimanakah cara mengatasi kerosakan

    ردحذف
  42. assalamualaikum bang.knpe minyak gear box keluar melalui cable spedometer...adkh kabel rosak atau gearbox bocor.bagaimanakah cara mengatasi kerosakan

    ردحذف
  43. Assalamualaikom...bang jeff...saya ingin bertanya....Bang kalau meter kereta gen 2 macam mana lak...langsung tak naik...dua2nya...pada asal nya beteri saya cong...bila saya tukat beteri jarum meter gen2 saya tak berfungsi...baik rmp....kmh...tempeture...dan juga minyak....kalau abang jef dapat terangkan..alhamdulillah...terima kasih..

    ردحذف
    الردود
    1. ECU gen2 ada masalah lah tu. Biasanya meter minyak analog. Speedometer. RPM dan meter temp tunjuk 0 jer. Cubaan pertama try reset balik dengan buka dan pasang balik terminal bateri. Pernah berlaku. Kalau nasib baik ok balik meter tu

      حذف
  44. kalau wira 1.5 auto keluar check engine tu ape yg rosak?tq

    ردحذف
  45. Terima Kasih diatas info berguna ni. Sangat bermanfaat. Saya beli cable RM30, sy ikut step yg abg ajar, sangat jelas. Kalau tukar kat kedai RM120.... XD

    ردحذف
  46. salam meter vdo 1.5.. pakai dekat 1.3 vdo. pnp jee ke...?

    ردحذف
  47. assalamualaikum bang jeff, nak tanya ni kalau meter 4g92 sohc masuh dekat 4g93 dohc rpm mmg tak bole jalan ke?

    lgi satu kalau 4g93 dohc ada beza ke kalau pakai meter vdo atau mmc?

    ردحذف
  48. Salam.
    Cikgu jeff, boleh berikan bantuan penukaran wiring meter wira 1.6 gear manual ke meter lancer gear auto.

    ردحذف
  49. Assalamualaikum

    1) Firstly ..nak ucap Tq bro Taqra sebab post diy ni.. Moga Allah berikan rahmat pada tuan.

    2) Saya dah berjaya tukar cabel meter ni & sekali tukar o-ring untuk speedo driven gear.(sebelum ni pernah tukar minyak gear box pun refer sini)

    3) Cuma pengalaman saya bila tukar :-

    a. Susah nak masukkan semula cap skru dekat gear box. Punca washer speedo driven gear kotor (berpasir & berminyak) .. so sy buka semua ..cuci sikit dan tukar o-ring.. yang lama pun dah keras..

    b. Susah nak masukkan semula panel meter.. 2, 3, kali cuba .. baru betul2 masuk jarum cabel speedo ke dalam meter.. lega rasa bila tgok jarum meter dah bergerak.. klu salah masuh .. akan keluar bunyi krekkk krekk..

    4) Sila hati2 .. dengan litar pada belakang panel meter... sebab klu tercabut litar tu.. menyebabkan salah satu lampu x menyala.. saya dah kena pada litar lampu signal belah kanan.. terpaksa diy .. solder dan cari strip yang kosong untuk ganti..

    5) Puas hati berjaya buat.. agak lama jugak nak siap.. tangan pun melecet sbb dok pusing cap skru tu.. :-)

    6) kereta Wira 1.5 Auto 2004.. so o-ring tu memang patut tukar ..hehe

    7) Nak minta tip bro taqra ..cara nak masuk panel meter tu.. kenapa susah nak matchkan jarum cabel dengan panel meter..? ada step diakah? atau ada marking yang sy tak tau..

    Moga perkongsian ini dapat manfaat bersama..

    # Harga cabel made japan 28.00 beli kedai spare part.. x sama dengan ori cap asal..ada beza dekat cap tu.. klu tanya kedai nak tukar cabel ni dia nak charge 100 lebih.. value for money..

    wassalam.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors