S90 70mm Throttle Body Mivec

entri kali ni ialah proses pemasangan throttle body (tb) S90 ke intake standard mivec yang telah di'rebore' menjadi 70mm. proses rebore intake tidak ditunjukkan. S90 tb ini boleh didapati di mana-mana kedai performance dengan harga sekitar rm420 - rm600 bergantung pada jenis kereta yang dikehendaki

brand new in box throttle body S90 70mm for evo123, gsr, mivec dan 4g9x

tb mivec yang telah direbore 62mm yang telah dibuka dari intake

terlebih dahulu buka stepper motor (kiri) dan throttle position sensor (kanan). gasket kena dapatkan yang baru tapi perlulah dibesarkan lubang mengikut ukuran tb s90 iaitu 70mm

bahagian bawah tb yang perlu dipisahkan untuk dipasang pada tb s90

dengan menggunaka skru diver buka 5 nat untuk mencabutnya

bahagian bawah tb telah dibuka

inilah rupa bahagian bawah tb yang telah dipisahkan

pastikan gasket atau seal seperti di atas tidak koyak kerana perlu untuk dipadankan pada tb s90 nanti

s90 tidak disertai sekali dengan bahagian bawah tb, jadi perlulah dipakai yang asal. bahagian bawah tb ni ialah untuk stepper motor (ISC) dan laluan coolant ke tb

gambar prose pemasangan tidak ditunjukkan, tidak ada pembantu untuk mengambil gambar
$ads={1}
tb s90 yang siap terpasang pada intake standard mivec 93

telitikan nat allen dan anda akan nampak satu bracket besi putih dan dihujungnya saya telah mod throttle switch untuk dipadankan dengan tb s90. throttle switch ini sangat penting bagi tb mivec untuk menjaga idling kereta supaya stabil dan rpm tidak naik turun semasa idling

kedudukan pada intake

pasang peralatan lain seperti asal iaitu hose inlet dan outlet coolant ke tb, throttle cable, stepper motor, tps (perlu di laras semula dengan voltage 0.45v - 0.65v)

sudah siap sepenuhnya, start kereta dan tunggu sehingga mencapai normal temp dan set semula idling kereta antara 800 - 850 rpm. untuk mengelakkan dari bunyi berdesing kat tb s90 ini iaitu laraskan nat ejas butterfly supaya tertutup rapat sedikit dan pusing BISS skru untuk menaikkan sedikit idling

sekian, terima kasih
jumpa lagi

45 تعليقات

  1. salam bro...tb s90 utk 4g15 cara pemasangan nye sama jugak?

    ردحذف
  2. untuk 4g15 mmc rasanya dalam 60mm kot, cara pemasangan sama seperti di atas

    ردحذف
  3. fuh. terbaek bro. mesti best respon ni.

    ردحذف
  4. intake manifold kne rebore jgk ke bro??

    ردحذف
  5. mulut intake lebih baik rebore sama besar dengan throttle body, baru dapat rasa fungsi tb s90 ni. kalau tak rebore macam pakai standard, angin tersekat kat mulut intake

    ردحذف
  6. klu nak pasang kat wira, cmner ngan paip vacum yang da 2 kat atas tb 2bro??

    ردحذف
  7. As salam bro. Camne bro mod throttle swicth mivec utk S90 tu. Leh bg sampel x?

    ردحذف
  8. gambar prose mod idle switch pasang kat S90 tak ambik, kerja rumit sikit tapi memang boleh buat. guna besi plate dan tebuk lubang untuk mount switch dan lubang satu lagi kat nat allen TB

    ردحذف
  9. apa kesan pakai s90? pick up kuat? keta rasa ringan atau apa? minyak mcm mana?

    ردحذف
  10. pakai S90 respon enjin ada ringan sikit dan pikap ada bertambah dan lebih baik sekiranya tuning balik a/f ratio untuk pembakaran yang lebih berkesan

    ردحذف
  11. abe jeff pakai s90... trotle padle rasa ketat tak ek?... senang tak nak timbang timing time nak launching?

    -kerol-

    ردحذف
  12. nak elak ketat tu ejas sikit nat allen untuk tahan butterfly kat luar tu, ejas arah jam sikit dan kalau idling jadi tinggi ejas biss skru turunkan idling

    ردحذف
  13. bro jeff

    kalau kita pakai S90 ni skali dgn intake skunk2 tu ada lagi bagus ke respon enjin

    ردحذف
  14. napa bla drive bwh 70km kete tetiba jerk kejap pastu jd blk,klu bw laju kmdn nk msk gear 3 idle tetiba drop n enjin mati..ada kaitan ke dgn pakai s90 ni ke..enjin gsrT

    ردحذف
  15. setakat saya pakai TB ni ok je, tak ada masalah. mungkin masalah lain kot

    ردحذف
  16. Sifu jeff_tacra, boleh tak sifu bagi [emailkan gambar tb s90 sifu yang dah di mod throttle switch mivec dari pelbagai sudut lagi terutama pada bahagian bawah...? please sifu, sy betul2 mintak tolong.....

    ردحذف
  17. salam,klu airflow (gsrt) rosak ape dia punya simtom..bleh repair ke?

    ردحذف
  18. air flow sensor rosak boleh menyebabkan jerking, idling tak stabil dan CEL hidup. kena tukar lain kot

    ردحذف
  19. salam
    skang im skunk2 dh muroh....cap ayam punya la
    boleh la try mod plk.. =)

    ردحذف
  20. salam bang, BISS screw s90 ni yg mane satu? saya konfius ni. Yg nat allen abg mod idling switch tu ke?

    ردحذف
  21. nat allen tu untuk control buka dan tutup butterfly, BISS screw ada pada bahagian bawah mulut throttle sebelah kanan sikit. lihat gambar #12.. kena gunakan screw driver flat

    ردحذف
  22. bole ke tb wira 1.6 masuk kt s90 ni?sbb sy beli satu tp tb dia tak gam la plak

    ردحذف
  23. sy ada masalah nak pasang bahagian bawah tb 4g92 single cam kt s90 ni?bole bantu sy x?

    ردحذف
  24. klu nk masuk kt wira se VDO boleh ke?

    ردحذف
  25. baru je psg s90 kat 4g63, emmm cume throtel pedal rase mcm ketat skit...prob bile benti traffic light then nk jln balik...kene btul2 slowly tekan pedal, baru rase smooth kete g..klu x, kete pegi mcm mengejut...agak2 ape yg kene ejas ye abam jeff?? klu ikut komen kat ats2 nie mcm kene adjust screw allen yg thn butterfly..

    ردحذف
  26. try adjust butterfly bagi ngam2 sentuh dengan lubang throttle body dan juga adjust biss screw untuk laraskan semula idling

    ردحذف
  27. nak tanya abg jeff.. air flow sensor wira 1.6 kalau rosak bleh pakai yg evo punye tak?

    ردحذف
  28. Boleh pakai yang evo tapi sebaiknya kena tuning balik lepas pasang

    ردحذف
  29. salam abg jeff. klu pki tb s90 xda tmpt nk letak hs vacuum. mcm mane ek?? sbb tb standart ada 3 inlet untk vacuum.. tlong ye jelaskn. time kasih.

    ردحذف
  30. salam..apa yg dimaksudkan dgn tuning enjin?
    kena cucuk komputer ke? laras distributor?

    ردحذف
  31. salam. abg jeff nk tnya ckit la. hos vacuum nk buat mcm mane?? nk kena matikan ke? sbb tb S90 xda vacuum intake. tq

    ردحذف
  32. hose vacuum kena buat balik, kalau mivec boleh gunakan t joint dan masuk ke breather hose ke hose air filter tu

    ردحذف
  33. ok. tp klu waja ada 3 vacuum intake, mcm mane plak ye.?

    ردحذف
  34. Org kata nk pkai intake skunk n tb s90 ni,enjin nk kena compression tinggi br terasa nikmat dia.so brape optimum compression ratio utk rasa kick dr setup skunk n s90 ni bro?

    ردحذف
  35. bro bley tnye sket,lw throttle body s90 untk b16a mmg xde bwh tb untk stepper motor laluan coolant..lw yang throttle body asl ad..sy pning kt intake skunk sblh tpi ad 2 kepala paip yang bsr sy tw nk join kt mne yg kpla paip kcik bwh die xtw nk join kt ane lw ikt intake stndard join kt bwh tb..1ag kpla paip kck kt blkg intake sama aras ngn kpla paip untk fuelregulator lw intake standard xde kpla paip kecik tu..please help me

    ردحذف
  36. Salam abg jef skang ni sy pki enjin 4g93,tp wiring 1.3..ttg trottle body ni sy pki wira 1.5..bleh ke sy pki s90

    ردحذف
  37. Assalam bang jeff , saya nak guna s90 62 mm kat wira 1.5 , tpi perlu kah bore intake manifold ke 62 mm juga ? sebab ada yg ckp 56mm pun cukup .. tq

    ردحذف
  38. tumpang tanya kenapa kete sy jerk apabila meter kmh di 70kmh?sy gne tb s90

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors