agak lama jugak blog ini tak diupdate, bulan puasa DIY off terus, tidak kerja-kerja diy dilakukan, dapat berehat sakan. masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. entri blog kali ini hanyalah diy yang simple iaitu bagaimana menukar spark plug perdua viva. ikuti langkah-langkah di bawah
antara peralatan yang perlu digunakan iaitu spanar box atau biasa bersaiz 10mm, spanar plug panjang bersaiz 16mm dan satu set iaitu 3 biji plug viva
saya telah memilih spark plug platinum NGK BKR6EGP. oleh kerana dijual satu set 4 biji terpaksalah membelinya juga dengan harga RM48.00
pertamanya buka penutup air filter dengan terlebih dahulu membuka 4 klip pada bahagian berkenaan dan angakt penutup ini ke atas dan keluarkan. jangan lupa untuk unplug soket sensor pada bahagian belakang penutup ini
keluarkan pula air filter dan dalam gambar ini filter yang digunakan buka filter standard viva tetapi saya telah menukarnya dengan filter aftermarket brand WORKS
penutup air filter yang telah dikeluarkan
WORKS drop in air filter untuk viva 1.0
rupa di bawah air filter iaitu terdapat 4 coil plug yang perlu dibuka
gunakan spanar 10mm untuk membuka coil plug
keluarkan coil plug
3 coil plug menggambarkan enjin ini hanya 3 silinder sahaja
$ads={1}
$ads={1}
sedia untuk mengeluarkan plug lama
gunakan spanar box plug bersaiz 16mm untuk mengeluarkan plug
abg jeff,apa pendapat abg ttg plug BKR6EGP ni?sbb sy pun pakai gak kt enjin 4g91..agak susah gak nk carik plug ni.
ردحذفbaru pakai plug code ni kat viva, so far takde masalah, ok je. kalau kat kuala terengganu ni kebanyakan kedai spare part ada jual plug ni
ردحذفbro bukak plug viva bkn pakai box 16 ke? kalo savvy pakai 14 kan?
ردحذفopps... sory, memang viva guna box 16, confirm
ردحذفb.jeff,plug ni boleh pakai kat wira 1.5 injec?biasa p sparepart cakap plug wira inject dia bagi NGK kaler merah harga dalam RM20 kebawah jer. nak pakai yang power2 orang kata tak elok coz ada effect kat enjin
ردحذفsama je dengan wira injection. boleh cuba ngk platinum seperti gambar di atas
ردحذفspanar box tu dapat kat kedai sparepart ke atau hardware bos?
ردحذفkat spare part ada jual, sama dengan spanar plug waja dan mivec
ردحذفBerapa lama plug GPower kena tukar yg baru pula?
ردحذف20k kena tukar baru kot
ردحذفsalam ..berapa harga plag tersebut?saya berminta air fitler works.berapa harga?area mana?
ردحذفSalam... Saya baru tukar air filter...works.. Tp saya rasa minyak lagi kuat. Boleh tahu apa masalahnya... Email hasmardy@hotmail
ردحذف1)filter asal = xbrapa lawas & kurang pikap & jaga enjin = minyak bapak jimat
ردحذف2)drop in work = lawas & pikap ada & tapis habuk half2 = minyak kuat skit
3)open pod = trlampau lawas & pikap cun & habuk bapak banyak sedut = minyak mak aihhh..kuat!
salam abg jeff.. masalah viva masa iddle rom naik sampi 2000 turun smpai 1500.. bila buka ekon turun smpai 600.. timing jadi tak menentu.. apa masalahnya abg.? ada kene mengena dgn enjin perlu di top overhoul kan ke.? atau bleh pakai ficd.. viva manual 850cc.. trima ksih..
ردحذفAs salam bos,wira vdo,kabel plug no 1 tiada api,yg lain semua ada,kabel da test baru,coil je xcb tukar,
ردحذفTerima kasih bro jeff atas perkongsian cara nk tukar plug...walaupun simple ja nmpak tp kena ada caranya...
ردحذف