Servis Suis Power Window Perodua Viva

selamat berpuasa... entri kali ini ialah mengenai bagaimana nak DIY power window switch perodua viva yang kadang kala boleh tidak berfungsi sama ada hendak menaikkan atau menurunkan cermin. masalah ini boleh diselesaikan secara DIY sahaja

suis power window sebelah kiri (co pilot) ini tidak berfungsi ketika hendak menaikkan cermin, dah sampai masa untuk diservice

buka door trim dan unplug soket switch. perhatikan 4 bulatan merah untuk mengeluarkan suis dari door trim

naikkan besi 4 penjuru tadi seperti dalam gambar

tolak suis ke arah hadapan

keluarkan suis dari door trim

umpil secara berhati-hati penutup board switch

dah nampak board switch

keluarkan besi contact switch

4 tanda seperti di atas merupakan tempat yang perlu dicuci dan dibersihkan dengan cara mengikis permukaan contact switch dengan menggunakan flat screw driver. pada switch ini nampak macam kesan gris sebab itulah contactnya tak berlaku dengan baik

apabila dah dibersihkan pasang balik contact switch
$ads={1}
pasang balik contact switch seperti kedudukan di atas, jangan bertukar kerana boleh mengakibatkan switch tak function sepenuhnya

pasang contact switch satu persatu

dah siap pasang contact switch pada board

pasang semula pada housing switch

pasang cover dan test switch kat kereta, masalah dah selesai

sekian, terima kasih
selamat berpuasa

7 تعليقات

  1. Bro, kenapa tak tukar baru aje kat Perodua. Ni kan warranty samapi 6 tahun.

    ردحذف
  2. bang map sensor mivec nk baiki camner

    ردحذف
  3. Salam bro jeff ...
    Boleh tak DIY utk service master switch WIRA SE.
    Ke kena tukar baru terus master switch tue bila dh rosak??

    ردحذف
  4. biasa master suis wira kalau dah rosak kena tukar baru seketul

    ردحذف
  5. try sembur WD-4T kt suis tu dlu. pastu start enjin n main2 suis tu..
    biasanya mesti ok balik. xyah ganti suis baru..
    better cabut dlu suis tu.. sbb klo sembur tros berminyak le pintu tu.

    ni apek kedai tingkap ajar aku.. die kate byk kete lepas sembur mesti ok balik.
    even honda city pon apek tu dh bt cenggini tros ok.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors