Proses Pemasangan dan Setup SAFC2 (4G9 Series)

bersua kembali... kali ini saya paparkan mengenai bagaimana memasang SAFC2 (super air flow converter) pada enjin yang berkod 4G9x, ini bermakna pemasangan ini boleh dilakukan pada enjin 4g91 (1.5 dohc), 4g92 (1.6 dohc atau sohc) serta 4G93 (1.8). ikutilah bagaimana cara memasang, kerja-kerja wiring dan sedikit setup pada alat berkenaan

sebelum memasang pada kereta ketika anda membeli safc ini terutamnya bagi yang membeli barangan terpakai terlebih dahulu hendaklah mencubanya sama ada berfungsi atau tidak, boleh on atau sebaliknya. ini boleh dilakukan dengan menyambung wayar 12v (merah) dan wayar ground atau negatif (hitam dan cokelat). kalau hidup bermakna alat ini ok dan kalau tak hidup kemungkinan alat ini ada kerosakan. kalau nak beli dan didapati wire kontot sahaja, faham-faham je lah kan...

ini ialah diagram ecu (ecu pinout) bagi kebanyakan enjin 4G9x iaitu ada 3 socket utama. socket 1 mempunyai 26 pin, socket 2 ada 16 pin dan socket 3 ada 22 pin. bulatan merah gambar dia atas ialah tempat penyambungan wayar dari safc ke ecu

ini pula ialah color code dan ke mana wayar berkenaan perlu di'tapping' pada wayar yang terdapat pada socket ecu sebagaimana yang dilabel pada wayar di atas. cuma wayar air flow sensor perlu dipotong dan warna oren wayar disambung ke wayar ecu ke enjin dan wayar pink ke wayar ecu, (rujuk gamabar di atas). kalau enjin mivec wayar orange dan pink ini tidak digunakan tetapi gunakan wayar white dan yellow sebab mivec menggunkan jenis pressure sensor (map sensor) manakala kalau 4G91, 92 dan 93 yang lain menggunaka air flow sensor (karman type)

sebelum kerja-kerja penyambungan wayar dilakukan terlebih dahulu tanggalkan terminal negatif bateri bagi mengelakkan linta pintas berlaku pada ecu anda ataupun kemungkinan lain yang berlaku tanpa kita sedari

buka panel atau cover blower bahagian bawah glove box, ada 3 klip kat situ

inilah rupa SAFC2 yang bakal dipasang nanti, beli 2nd dengan harga rm700 dan ada yang menjualnya sehingga rm850

pomen sedang mengeluarkan socket dari ecu (4G91)

socket kuning dari ecu
$ads={1}
wayar mestilah dibuka penebatnya sedikit bagi membolehkan wayar dari safc di tap pada wayar tertentu sahaja

setelah selesai pastikan sambungan wayar kemas dan kemudiannya balutlah dengan tape hitam untuk elektrikal dan kalau boleh gunakan tape yang bermutu supaya tidak terkeluar atau tercabut dalam jangka masa yang lama, saya menggunakan black tape 3M yang terbukti mutunya tapi pastikan beli yang original

pomen sedang melakukan kerja-kerja mengemaskan kembali wayar pada ecu

apabila dah siap lakukan setting berikut, jangan terus start kereta tetapi kunci pada kedudukan ON sahaja. initial setup ini untuk enjin 4G91 atau mana-mana enjin mitsu yang menggunakan air flow sensor (karman type)

1. masuk ke menu "etc."
2. masuk ke "sensor type"
3. select "karman"
4. masuk "car select"
5. amik 4 cyl dengan anak panah mengarah ke atas

pegi menu balik
1. masuk ke "th-point"
2. yang ni untuk menentukan kat mana kita anggap low throttle dan kat mana kita anggap high throttle..., tak kesah la letak je dulu low - 30%, hi - 50%
3. masuk pulak ke "Ne point" - SAFC2 ada 12 correction points, so pilih 800, 1000, 1800, 2200, 3000, 3500, 4000, 4500, 5000, 5500, 6000, 6500

setelah segala initial setup ni selesai pastikan correction point kesemuanya dalam nilai 0, start kereta dan carilah tuner untuk tuning wideband dan sebagainya

selamat mencuba
terima kasih

74 تعليقات

  1. pemasangan dah complete... tunggu masuk stage2 lok..

    ردحذف
  2. stage2 tu aper plak? tuning wideband ker? kebiasaan nyer tuner caj berapa rm untuk wiring safc @ e-manage + tuning wideband?

    ردحذف
  3. salam bro tacra....
    sy nk pasang safc ni kt mivec...so sy kene gunakan wayar white @ yellow tu kn?...soalannya, sy nk taw wayar yg mana satu untuk disambung ke ecu dan yg mane satu ke enjin setelah kita potong wayar air flow sensor tu?

    ردحذف
  4. Salam,

    Boleh upload DIY untuk basic service aircond tuk kancil 850? Contoh nak cuci filter & sewaktu dgnya?

    ردحذف
  5. stage 2 tu tuning wideband... tunggu hujung minggu depan... pomen bz minggu nih... sekarang masih belum setting... just sambung dan setting 0%

    ردحذف
  6. tuning wideband bergantung pada tuner, berapa charge yang dia kenakan tak pasti. kalau untuk mivec kena gunakan wayat white dan yellow. white sambung ke enjin (keluar dar iecu) dan yellow sambung ke ecu.

    ردحذف
    الردود
    1. Assalam.cikgu..safc sy dh pkai 5taun.baru je ni safc tu mnyala.kosong trs skrin.agak2 cikgu..apa mslh nye.trima kasih

      حذف
  7. pas pasang benda ni performance kereta mmg meningkat ker?
    kepada yg dah pasang leh kasi info sikit..

    ردحذف
  8. kalo pasang kat ViVa ok tak SAFC2 nih??? agak2 brapa harge??

    ردحذف
  9. pasang kat mana-mana kereta injection ok, tapi kena tuning bagi betul

    ردحذف
  10. Salam,ecu satria 1.3 sama dgn 1.5 tak bro?kalo tukar piston 1.5 tp still guna ecu sama, dari segi fuelmap,timing,performance ade gangguan?

    ردحذف
  11. ecu 1.3 lebih kurang sama dengan 1.5 tapi maping dah lain sebab cc berbeza. masuk piston 1.5 boleh tapi kena ada engine management untuk tuning dengan lebih cantik lagi

    ردحذف
  12. sy nk tanya...sy guna enjin 4g63 NA je...tp asyik jerk je klu rpm rendah mcm misfire...abis sume sensor dh tukar.. terbaru...pomen ckp airflow sensor rosak.... ...emmm klu guna AFC nie boleh ke bg menggantikan afc yg rosak?? selesai tak masalah sy?? sbb nk beli airflow sensor baru bukan murah beb.... mohon pencerahan...tq

    ردحذف
  13. air flow sensor tak sama sengan air flow converter. kena dapatkan air slow sensor jugak kalau benda tu rosak

    ردحذف
  14. terima khasih ats pencerahan yg diberikan.....
    jd klu dh masuk airflow meter yg baru,boleh le pkai SAFC nie yea.... klu enjin NA boleh ke?? apa kelebihannya....satu lagi,sy punya airflow meter part susah sgt nk dpt... kod 503 utk enjin 4g63...2.0..boleh ke modf guna Flow meter perdana ke,mivec yg 2.0 ....sbb sy tgok cuma saiz soket je lain...tapi bilangan wayar sama...... sbb sy ade dgr,ada org kata boleh convert guna flowmeter yg lain...
    mohon pencerahan drp otai...

    ردحذف
  15. boleh pakai mana-mana airflow sensor asalkan dari keluarga mitsubishi. safc ni ialah super air flow converter iaitu nak menipu ecu dengan jumlah mana campuran minyak dan angin yang diperlukan oleh enjin, kiranya kita boleh menambah atau mengurangkan penggunaan minyak dengan mengubah kedudukan pada safc pada setiap rpm yang dikehendaki

    ردحذف
  16. salam bro..saya baru je beli safc 1....soalan saya sekarang ialah..boleh x bro jeff tolong ajar cara nak setting safc nie..sbb sy dapat manual betulisan jepun....x paham langsung..harap dapat tunjur ajar dari bro jeff

    ردحذف
  17. saya ada manual untuk saf1 dalam bahasa inggeris bentuk PDF, bagi email

    ردحذف
  18. bro sy ada kemuskilan sedikit tentang safc 5 button....saya nak pasng pada enjin 4g92 soch (wira 1.6)..masalah sekarang bila saya pasang lampu check enjin menyala n enjin terus mati....apakah penyebab masalah ini...adakah setting pada belakang safc 5 button tu salah...saya telah mengikut spec yg diberikan dalam manual..blh beri tunjuk ajar..

    ردحذف
  19. kemungkinan masalah ni berlaku akiba tapping wiring pad aecu tak betul. check semula wiring dan kena pastikan air flow wire tu tepat, kalau salah memang akan keluar check engine dan boleh mati

    ردحذف
  20. salam. bang leh tunjuk x diagram tuk wiring nak pasang volt meter

    ردحذف
  21. volt meter ada dua wire je untu bacaan volt. selebihnya mungkin wiring lampu. biasa volt wire hitam tap kat body kereta dan wire 12v tap kat wire acc kunci

    ردحذف
  22. bro saya belum lg menerima email dari bro untuk manual safc 1 blue screen..tq

    din_010485@yahoo.com.my

    ردحذف
  23. salam..bro tmpg tnya ckit..sy pkai enjin 1.5 mmc..bleh x kalo saya nk msuk safc 5 button..sthu sy enjin jenis ni pkai sensor map n 5 button hnya ad wring utk air flow je kn..kalo x bley apkh engne mngmnt yg ssuai utk enjin sy..tlg jlskn ckit bro..??

    ردحذف
  24. 1.5 mmc confirm boleh masuk safc, mivec pun guna map sensor

    ردحذف
  25. Salam bro.....Saya nak tanye bro tau x mcm mana nak pasang RSM pada viva 850.......Klu bro leh tunjuk cara.......plsss brooo,,,,,, Badscary@yahoo.com

    ردحذف
  26. Slm..mo tanya klu pasang pivot speed meter v cam na ya..coz ada sy tgk dia potong wayar dkat sensor trottle body....wayar hijau putih klu x clap..enjin (4g93)...balik2 tanya p dia ckp btul..tolong ya cinematech06@yahoo.com

    ردحذف
  27. salam..bro..sy nak cari diagram ecu perdana sei manual..nak pasang emanage blue..tapi ecu pin out x de..kalau boleh bro tunjuk cara ok jgk..10q isoptiplex@yahoo.com

    ردحذف
  28. bro, SAFC 1 and SAFC 2 sama ke wiring nye...

    ردحذف
  29. Salam Jeff,
    Saya dah pasang Apexi Neo utk 4G92, dan cuma nak tanya perlu atau tidak utk tambahan relay di ECU, ini kerana foreman yg pasang tu kata utk respon ketika Mivec buka, adakah betul dengan teori ini

    ردحذف
  30. SALAM ABG JEFF......DEKAT MANA SAYA BOLEH DAPAT SOKET ECU TU....SBB TANPE SOKET TU XLEH NAK TUNING KMPUTER BOX........POMEN KATE NAME SOKET TU "DYNO SOKET"

    ردحذف
  31. salam abg jeff..
    nak tanya untuk enjin mivec mana lagi sedap pakai safc atau vafc..

    ردحذف
  32. Pakai safc pun dah ok, vafc nak setting untu mivec agak sukar sebab vafc sebenarnya untuk vtec, wiring lain sikit

    ردحذف
  33. salam bang jeff.. kalau dah guna safc 5 buton pastu nak tukar ke safc 1 @ 2 nak kena buat wideban balik ke?

    ردحذف
  34. salam bro.. nak tanya... apa perbezaan antara super afc dan super itc...

    ردحذف
  35. afc untuk adjust air flow converter manakala itc untuk adjus ignition timing controller

    ردحذف
  36. salam...abg jeff bleh setting safc2 x?basic setting dh buat cuma nk fine tuning gne wideband je...

    ردحذف
  37. saya tak buat pada kereta orang sebab wideband saya tu pasang kekal kat kereta saya

    ردحذف
  38. salam abg jeff nak tanya skit...
    white wire kat afc tu nk sambung kat wayar ape kat ecu mivec..(kat soket 22p tu ke yg ada tulis airflow signal/presure signal)

    ردحذف
  39. 1.5 vdo wira bleh pasang x afc neo.ade org ckp xleh pasang.ssb utk ignition nye xleh nk tap

    ردحذف
  40. salam bang jeff.... pin out ecu L2 same x dengan L5 ? saya nak pasang safc kat L5 . terime kasih

    ردحذف
  41. ape kelebihan afc neo berbanding dengan safc2 ?
    cadangan bang jeff plak yang mana 1 yang terbaik ?

    ردحذف
  42. boleb bang terangkan serba sikit kebaikan safc2 dan afc neo?

    ردحذف
  43. salam tuan tanah, blh x wat thread diy utk e-manage plk... thanx..

    ردحذف
  44. afc neo correction point 16 manakala safc2 hanya ada 12 point sahaja. neo ada function tambahan untuk vtec

    ردحذف
  45. salam bro..ecu satria neo 1.6 blh pakai ke kat neo 1.3..

    ردحذف
  46. as salam...sy ada safc 1..tp masalah nya button tak function...blh repair ke tidak ye???

    ردحذف
  47. owh...nk kata yg pakar mcm mn tu bro??dh byk kwn tny..tp xblh repair...tlg bro...

    ردحذف
  48. Salam bang. Sy pakai safc 1 kt l2s. Rpm jd gila. Kt meter rpm 1k tp kt safc dh 2k. Nape ye bang.

    ردحذف
  49. salam..nk tanya...safc2 saya ,bila masuk menu dec.air, x boleh back semula.hang disitu.hanya bleh tekan atas bawah je.mtk tolong nak buat macam mane?

    ردحذف
  50. salam..
    kalau wiring untuk 4g13, APM ecu camne bang.?
    skali dgn setting dia.?

    ردحذف
  51. Salam...bagaimana cara utk install afc neo pada suzuki swift sport bos?

    ردحذف
  52. Salam abg jeff knpe safc rpm xturun2?th point boleh seting tp untuk high throltle xleh sseting sebb rpm xturun...adakah sambungan soket tu bermasalah atu safc tu yg rosak

    ردحذف
  53. asalammualaikum abg....saya nak bertanya...

    saya pakai mivec 1.6 dan mempunyai masalah pada map sensor....

    boleh ker saya pakai map sensor 1.8 dan wireing tersebut mungkin akan berubah...

    adakah boleh dan kalu boleh pakai map 1.8...
    mintak abg berikan tunjuk ajar especialy dia punya wirering

    ردحذف
  54. salam bang..sy nk tnya lah..safc1 sy dia menyala..tapi dkt screen gelap..xklua pape..ttbe2 je...nsib baik sblom tu dh tuning cun2...tpi kt mne blh repair ye..sy ddok ipoh

    ردحذف
  55. salam bang..sy nk tnya lah..safc1 sy dia menyala..tapi dkt screen gelap..xklua pape..ttbe2 je...nsib baik sblom tu dh tuning cun2...tpi kt mne blh repair ye..sy ddok ipoh

    ردحذف
  56. salam bro jeff.wire oren afc neo tu sambung kat mana utk engine 4g18?

    ردحذف
  57. Soket kete sy 1.6 sohc pin utk rpm tu kosong je kalau ikut dlm diagram,
    Ke cucuk je wayar rpm kat situ

    ردحذف
  58. Soket kete sy 1.6 sohc pin utk rpm tu kosong je kalau ikut dlm diagram,
    Ke cucuk je wayar rpm kat situ

    ردحذف
  59. Salam sifu...untuk 4g15 mmc sambungan wayar sama macam mivec ke map sensor?? Oren dan pink tak guna??

    ردحذف
  60. The Mitsubishi 3000 GT is a sports car manufactured in Japan by Mitsubishi Motors. The car goes by different names in markets outside Japan. You can easily download the car repair manuals pdf of Mitsubishi.

    ردحذف
  61. salam bro..sblm nie pakai engine 1.5 cubrtar..brubmauk engine 4g93..skrang rpm.dy xnaik..wayer dri mana nk kene tarik ya..kedai mau 4 rtus jgk..huhuhu

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors