Pemasangan Anti Roll Bar Belakang Proton Wira

entri kali ini mengenai bagaimana pemasangan rear anti roll bar pada satria 4g13. untuk makluman kereta proton 1.3/1.5 tidak dipasang dengan rear anti roll bar, hanya kereta proton yang cc 1.6 ke atas sahaja ada arb ini. fungsi arb ialah untuk menstabilkan kereta terutama semasa kita mengambil selekoh kerana berat kiri dan kanan kereta akan distabilkan oleh arb ini dengan mengenakan tekanan yang hampir sama antara kiri dan kanan kereta. hasilnya kereta akan menjadi lebih mantap dan kurang body roll semasa memandu

kalau nak dapat set anti roll bar pastikan peralatannya cukup iaiatu, sepasang arm kiri dan kanan yang ada bracket stabilizer link, sepasang bracket untuk pemasangan bar pada chasis, sepasang drop link, sepasang bush & bracket dan bar tu sendiri

terlebih dahulu buka tayar dan buka nat 17mm (3 biji semuanya) untuk mengeluarkan arm lama dan bakal digantikan dengan arm baru

untuk memudahkan kerja, lapik jack di bahagian bawah arm kerana biasanya absorber akan menekan ke bawah dan ini agak menyukarkan apabila kita hendak mengeluarkan nat absorber

keluarkan arm lama dan gantikan dengan yang baru

arm kiri dah siap dipasang, masukkan juga bar dan pasang bracket serta drop link untuk bar berkenaan

perbezaan antara arm yang tiada arb ialah perhatikan arm yang baru itu terdapat satu bracket pada bahagian atas. bracket ini untuk menyambungkan hujung bar ke arm dengan menggunakan drop link

pasangkan pula arm sebelah kanan, sama dengan kerja-kerja yang dilakukan pada sebelah kiri tadi
$ads={1}
ini rpa drop link yang dipasang antara bar dengan arm

ketatkan nat 17mm drop link secukupnya

pasangkan pula bracket untuk memegang bar dengan chasis kereta

ketatkan nat 12mm pada bracket

pasangkan bracket pada chasis

kedudukan bar dan bracket pada chasis kanan

sekian, terima kasih
jumpa lagi

43 تعليقات

  1. braket holder batang Antiroll bar tu plug n play pada chasis wira ke??

    -hatta

    ردحذف
  2. yup, bracket holder tu plug n paly je kat chasis wira. dah tersedia thread untuk masuk nat je

    ردحذف
  3. saya tgk kat braket ada tiga lubang nat... guna satu lubang jer cukup ker....

    ردحذف
  4. BOH... NAT SAIZ BERAPO DEKAT CHASIS BODY TUHH

    ردحذف
  5. ARB 1.6 NIE ADO JUAL KEDA SPAREPART KO BOHH?

    ردحذف
  6. nat kat chasis body, saiz 17 ke Bro....

    ردحذف
  7. salam abg jeff,

    saya cuba masuk 2 nat setiap braket, tp lubang dia tak selari... lagi satu, kedudukan braket tu berlain kan... satu menghala ke depan satu lagi ke dalam....

    ردحذف
  8. bracket halaa tak sama, satu ke depan dan satu lagi ke belakang, sepatutnya bracket tu tak ada masalah, plug n play je

    ردحذف
  9. saya faham... tp lubang braket tu mmg dh lari... saya adjust mcm mana pun tak boleh dapat dua lubang yag sama...

    ردحذف
  10. bracket custom atau bracket ori dapat bersama anti roll bar, kalau bracket ori confirm 100% dapat masuk plug n play, melainkan bracket tu dah dibuat lubang baru

    ردحذف
  11. ok... kat chasis ada tiga lubang skru... nk guna yg mana satu...

    ردحذف
  12. slm ....agak2 abg jeff mn lg berbaloi utk wira 1.5

    1)tukar arm cam diy diatas @

    2)pakai arm asl..guna ARB ultra racing nye


    tq..

    ردحذف
  13. ultra racing mahal sikit, adakah ultra racing dapat sekali dengan arm atau arm asal diubahsuai untuk masukkan arb ultra racing. bagi saya lebih baik tukar satu set macam atas tu

    ردحذف
  14. slm..mahal la plak ye,abg jeff..kalo guna ulra racing tu ,dia org akan tebuk arm asal..sbb nk masukkn drop link..

    ردحذف
  15. salam, rear arb ni new set ke abg jeff? senang cari ke kat kedai spare part?

    ردحذف
  16. kebanyak arb bukan brand new. boleh didapati di mana-mana halfcut

    ردحذف
  17. bang nk tny sket...coil spring ori evo 3 belakang samer tak dgn coil spring wira....

    ردحذف
  18. abg jeff..bantuan diperlukan.. baru2 ni saya cuba nk tukar drop link arb belakang.. sebab dah kaput teruk.. masa nak buka nut yang dipasang dekat dgn arm.. nut tu karat dan berpusing sekali dengan batang dia. mcm mana nak keluarkan nut tu ya.. saya dah guna playar utk pegang batang skru drop link tu tapi tetap berpusing bersama nut. batang arb dah boleh keluar dan cabut cuma drop link sahaja masih melekat kt arm belakang.ada cara x.

    ردحذف
  19. kena tahan jugak batang drop link tu supasa tak bergerak, kena buka lower arm dan kapit drop link dengan ragum yang besar

    ردحذف
  20. ok..kena buka lower arm la..kalu x buka bleh x sebab tool x cukup...nnt sy cuba.

    ردحذف
  21. dlm pic yg dh siap tu,sy tgk....breket yg ikt kt casis guna 1 nut ja abg jep?

    ردحذف
  22. anti roll bar mivec ngn wira 1.6 lain la....tang drop link dia...leh guna gak kn kt wira..pnp gak ke abg jeff..

    ردحذف
  23. Anti roll bar mivec boleh masuk pada wira, kena tukar drop link

    ردحذف
  24. kalo dpt full set arb n arm mivec...pnp ja...kt wira..

    ردحذف
  25. slm..breket yg ikat bush belah kanan tu arah kedlm kn...manakala yg belah kiri arah klua...tol tk abg jeff...sbb sy baru beli arb 1.6 tp kompius ar...sbb sebelah bush menghadap ke dlm...sblh lg keluar...

    ردحذف
  26. Salam Bang.Kalau waja nak upgrade Rear ARB nak amik dr model kereta apa?Nak improve handling.Ingat nak tukar yang besar sikit.

    ردحذف
  27. sekarang ultra racing ada keluarkan rear antiroll bar yang lebih besar daripada standard

    ردحذف
  28. mask arm evo boleh masuk arb 1.6/1.8 lebih baik buat allignment selepas tukar lower arm melainkan dah marking siap-siap

    ردحذف
  29. Abg jeff.
    Kalau waja 1.6 nak pasang ARB step dia sama mcmni ke? Kena tukar sekali arm tu?

    ردحذف
  30. Abg jeff.
    Kalau waja 1.6 nak pasang ARB step dia sama mcmni ke? Kena tukar sekali arm tu?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors