Projek Mivec Hybrid 1.6 Ke 1.8 - Vol. 7 (Installation)

sambungan dari vol. 6 (click here) - tibalah masanya untuk memasang kembali ruang enjin yang telah kosong tadi. pemasangan bermula dari blok, gearbox dan head serta kerja-kerja kecil untuk melengkapkan kembali enjin seperti keadaan asal

blok dan gearbox telah dipasang

masih berbalut lagi ruang silinder dan piston

water cooled oil cooler 4G93T berserta dengan compressor aircond


pemasangan alternator serta pipe belakang blok

piston 93 DOHC

lagi gambar piston

head stud keluaran ARP

sebelum masukkan stud terlebih dahulu sapukan moly lube yang dapat sekali dalam set box ARP head stud
$ads={1}
sapukan moly lube dan masukkan dalam thread kat blok

head stud dan metal gasket dah siap masuk

kaler kat gasket tu setelah dispray dengan copper untuk gasket

masukkan head

pandangan lain

torque yang saya gunakan untuk mengikat head ialah 75ft.lbs. harus diingat kalau guna torque seperti ini kat stud standard akan menyebabkan stud akan menjadi stretch dan kemungkinan boleh patah stud berkenaan. stud standard sekitar 55ft.lbs sahaja

dah siap pasang rocker arm, timing belt dan bersedia untuk first start pada entri yang berikutnya

bersambung ke vol. 8 (click here) - part akhir
terima kasih

24 Comments

  1. bang...camne nk pasang/ketatkan head stud tu? pakai tool apa?

    ReplyDelete
  2. bro sudah jadi mibek 1.8 kaa..

    ReplyDelete
  3. Abg jepp...Arp beli berapa RM??

    ReplyDelete
  4. Diy kali memang cukup menarik..

    ReplyDelete
  5. harga arp head stud untuk 4G93 sekitar rm650. nak ketatkan stud gunak allen key kat hujung atas stud, nak ketatkan sepenuhnya torque nat mengikut ukuran yang sepatutnya

    ReplyDelete
  6. kene check compression ni..jgn tinggi sangat..beside 4g93 punye stroke panjang.tak sesuai hi-rev sgt..[hatta]

    ReplyDelete
  7. betul tu hatta, kena check jugak compression. tapi saya tak pakai piston mivec, pakai piston GTI

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum abg jeff.
    lama tak tengok sini.
    nak tanya abg jeff.. berapa sais paip air silikon yang digunakan pada oil cooler tu.
    9mm @ 11mm

    terima kasih banyak banyak

    ReplyDelete
  9. salam abg jeff...tanya sikit gambar no.4 alternator nye wiring ada jual tak kat kedai, yg ade cover warna merah tu(sy nya asyik putus je, dah putus sambung balik tukar kepala dia pas tu putus balik sampai dah kontot wire dia yg tuk cas batery tu, fyi wiring yg ada soket ok je conection dia..)lagi satu alternator memang kena ada tap wayar kat body ke? wayar hitam line kuning tu(ada jual kat kedai tak)..terima kasih.abg jeff..

    ReplyDelete
  10. try tanya wiring tu kat kedai bateri, ada sesetengah kedai bateri jual wire tu, just sambung soket je lagi. wayar hitam kuning tu wayar ground dari bateri, try cari kat halfcut wire tu biasanya ada

    ReplyDelete
  11. abg saya nk tanya ada x contoh diy convertions dari carburetor ker injections.. untuk enjin 12v

    ReplyDelete
  12. nieerz> takde lah contoh convert carb ke inject

    ReplyDelete
  13. apa kelebihan pakai stud ARP tu abg jep..

    ReplyDelete
  14. ARP terbukti dengan ketahanan dan tidak mudah stretch semasa kita mingikat head walaupun menggunakan torque yang tinggi dari biasa. contohnya kalau ikat 80ft.lbs menggunakan nat standard pasti nak berkenaan akan patah tetapi kalau menggunakan ARP 85ft.lbs masih lagi ok

    ReplyDelete
  15. bro..
    apa brand timing belt utk 4G93 mivec ni..
    berapa harga

    ReplyDelete
  16. bro..
    keta iswara saya selalu putus speedometer apa masaalahnya,dh tukar kabel baru pn pakai kejap je dh putus blk, meter speedo elok lg cek kabel elok x putus ada masaalah kt dlm enjin kot..

    ReplyDelete
  17. bang, dah pakai parmatex ultra grey kat oil pan wira sy, tp x jadi ar. still bocor ag, minyak kuar ikut gam gasket 2. so camner nak bt abang??

    ReplyDelete
  18. kena ada cara... aplly gam tu dan biarkan selamat 5-8 minit baru pasang kat kereta, jangan terus pasang sebab masih cair lagi gam tu. satu lagi ikat nat dengan menggunakan torque wrench

    ReplyDelete
  19. oo. ok thank bang nanti jumaat ni bke blik,

    ReplyDelete
  20. satu ag bang, brape tork nak ikat oil pan 2??

    ReplyDelete
  21. Salam bro jeff.. nk tnya ckit.. tempat pegang intake manifold yang berwarna hitam tu di gunakan dari model mivec jugak ke ataupon dari model 4g93??

    ReplyDelete
  22. guna dari model mivec jugak, kena mod sikit lubang skru pada bahagian bawah

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors