Projek Hybrid Mivec 1.6 Ke 1.8 - Vol. 1 (Performance Part)

agak lama blog saya ni tak diupdate, maklumlah agak sibuk sikit dengan kerja-kerja diy nak hybridkan sebuah jentera 92 ke 93. banyak kerja yang perlu dilakukan sebab buat kerja pun sorang diri, tidak ada pembantu, hanya sekali je terpaksa mintak bantuan kawan untuk mengangkat blog 93 untuk dimasukkan ke dalam engine bay wira. paparan kali ini saya tunjukkan alatan yang digunakan untuk menjalankan projek hybrid ni, sudah tentu memakan belanja yang agak besar sebab saya menggunakan barang-barang performance

semua belt tukar baru iaitu timing belt, alternator belt serta compressor & power steering belt. belt brand BANDO yang digunakan

belt original mitsubishi

ini barang dalaman enjin, iaitu satu set piston ring, satu set engine bearing terdiri daripada conrod bearing, main bearing dan trust washer. bearing ni dari jenama ACL RACE SERIES manakala piston ring RIKEN JAPAN

injector asal tak akan dipakai lagi, jadi saya menukar injector asal 240cc ke injector 275cc ambik dari model eterna NA sebab perlu gunakan injector high impendance. kalau injector turbo low impendace, kena pakai resistor pack pulak

gambar timing belt 4G94

sealant yang digunakan iaitu gasket head copper spray, permatex ultra grey, exhaust gasket maker dan thread locker

water pump pun tukar baru barang ori proton beli kat SC proton
$ads={1}
stud ARP dua kotak iaitu satu untuk head dan satu lagi untuk crankshaft

metal head gasket

metal 0.45mm for 4G93

gasket besi tu ialah untuk extractor manakala yang dibawahnya ialah untuk intake manifold

bersambung ke vol. 2 (click here)
terima kasih

6 تعليقات

  1. salam tidak terlalu rendah ker pakai metal gasket 0.45mm pada head mivec.ditakuti enjin akan knocking n kurang tourge.sedap pd pickup....

    ردحذف
  2. salam..
    bang mcm mana kite nak tau ukuran gasket yg sepatutnya dipakai?
    mesti ada spec2 dia kan?
    lagi satu, apa perbezaan metal gasket dgn biasa?
    mana elok?
    trma kasih.

    ردحذف
  3. lg elok meta gasket sbb metal gasket nie tahan lama & tahan panas rasanye drp yg biasa..

    ردحذف
  4. salam. bang, kalau wira 4g15p nak tukar crankshaft 4g18 dgn piston waja 76.0mm(std waja). skang standard 75.5mm je. kalau buat berapa bajetnye? stud utk header wajib tukar x?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors