4G92 Mivec Power Steering, Alternator & AC Compressor Belt

entri kali ni ialah mengenai bagaimana hendak menukar power steering dan compressor belt bagi enjin 4G9X. untuk makluman enjin 4G9X hanya memerlukan satu belt sahaja untuk power steering dan compressor. kod bagi putra/wira 1.8/mivec ialah 5PK1120 atau boleh jugak pakai 5PK1125

belt cap BANDO 5PK1125

terlebih dahulu buka tayar dan anda akan nampak cover plastic seperti ini yang menutupi bahagian tepi enjin sebelah kiri. buka 2 biji nat 12mm untuk membuka cover tersebut

apabila cover dibuka nampaklah tensioner bearing untuk belt power steering dan compressor, disebelah kanan pula ialah crank pulley dan kiri pulley compressor

sebelum belt dapat dikeluarkan, longgarkan nat power steering pump pada bahagian tepi bawah sebelah kiri pump, nat bersaiz 12mm

longgarkan pula nat 14mm iaitu nat adjuster power steering pump
$ads={1}
buka nat 14mm kat tensioner bearing dan nat 12mm untuk adjuster bearing kat bahagian atas

masa ni bolehlah keluarkan belt berkenaan

keluarkan belt dari bawah kereta


belt dah sedia untuk dikeluarkan


belt lama dan baru

masukkan belt dari ataskemaskan balik nat mengikut urutan tadi. check ketegangan belt mengikut kesesuaian, jangan terlalu longgar dan jangan pula terlalu ketat. start kereta dan check mana-mana bahagian yang berkenaan

sekian, terima kasih
jumpa lagi

13 تعليقات

  1. Salam,abg jeff..wira 4g15 carb..cane nak ketatkan belting?bunyi bising...crett..crett..bloh ketat dari atas @ mmg kne masuk bawah enjin?tq

    ردحذف
  2. setiap belting ada tensioner untuk tagang dan kendur belt. try cari kat area timing belt. kat situ ada tensioner untuk tegangkan alternator dan compressor

    ردحذف
  3. nak kata belt bando terbaik tak juga kat sini tak ada pilihan, brand tu je ada

    ردحذف
  4. Bro, tolong sat. Bila on aircond ada bunyi kuat macam ketuk2 so aku bukak bonet aku perasan tempat pemusing belt tu ( pulley? ) macam dah tak ketat sb bila belt aircond pusing laju dia pun pusing dengan bunyi yg kuat. Bole ke ketatkan sahaja atau kena tukar apa2. Cost dia kalau hantar kedai adakah dia akan tukar seketul sb benda tu rosak?

    ردحذف
  5. Try ketatkan nat tu dulu, kena tahan pulley dari bergerak untuk pusing nat

    ردحذف
  6. Bro,nak tau ni.
    Keta aku kancil 850.
    Baru tukar belting tp ada bunyi detect dr pully.hntr p wsh0p,check2 pully pr0b..
    Xblh adjust pully or msti tukar jga pully 2..?bunyi tu pas tukar belting.sblm ni ok jer.

    ردحذف
  7. aslkm en Jeff,senang k cara nk longgarkn timing belt iswara?sbb lps tukar belt,enjin bunyi kasar bila start awal pagi.

    ردحذف
  8. Brand apa terbaik untuk compresor? Pakai recon 6bln dah jahanam..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors