Proton Wira Starter Motor Service

entri kali ini ialah mengenai starter motor iaitu bagi yang nak servis sendiri starter, cuci dan letak gris baru ataupun yang nak menukar carbon brush yang baru. kebiasanya kalau kita start kereta dan tidak ada apa-apa respon pada starter bermakna carbon brush dah pendek dan perlulah di tukar dengan yang baru, kena bawak sample dari starter kita

dua biji starter high speed mitsubishi, boleh plug & play kat enjin wira. nampak tak perbezaan antara starter auto dan starter manual. cuba teka mana yang auto dan mana yang manual, hehhe...

ini merupakan starter manual sebab gigi starter terkeluar sedikit

yang auto gigi starter masuk ke dalam

buka nat 12mm seperti di atas
 
kemudian buka pula skru panjang 8mm

kena gunakan impact driver untuk membuka 2 biji nat mata phillips. ini kerana skru tersebut sangat ketat dan amat sukar kalau menggunakan screw driver biasa
$ads={1}
pisahkan selenoid starter

pisahkan bahagian starter menjadi dua bahagian seperti di atas. masa ni boleh keluarkan isi dalam starter dan cuci dengan WD40 mana-mana bahagian bergris. lepas tu bersihkan dan jemur bagi kering

buka lagi 2 biji nat kat bahagian belakang starter bag membolehkan kita membuka penutup carbon brush starter

gambar menunjukkan apabila penutup bahagian belakang starter dibuka

inilah kedudukan carbon brush (bulatan merah) yang nampaknya dah haus. sebenarnya starter ni tak boleh crank langsung sebab 2 carbon dah pendek, dah tak ada contact terus

tempat yang perlu disolder bagi mengeluarkan carbon brush

bahagian contact carbon brush

untuk mendapatkan carbon brush boleh beli di kedai spare part atau kedai servis starter motor. kena bawak sample seperti di atas sebab kemungkinan tak sama dengan yang asal. gambar pemasangan carbon tidak diambil pada masa tu

sekian, terima kasih
jumpa lagi

16 تعليقات

  1. BOH..stater highspeed 1.6(mitsu) boleh masuk ko wira 1.5 cub?

    ردحذف
  2. berape kos untuk beli carbon brush bro?

    ردحذف
  3. bro boleh x tunjuk kan cara diy masuk turbo kit 4g91..

    ردحذف
  4. jeff leh tunjuk cara nk buka starter motor ni?
    carbon brush tu mana nk beli dan harga dier?

    ردحذف
  5. Salam Abg Jeff.. org kata starter high speed mitsu ni ada bearing..tp bila saya bukak nak servis saya tak nmpak mcm ada bearing pun..

    ردحذف
  6. ada bearing sama ada dua ketul atau tiga ketul. kalau jenis v6 memang ada 3 ketul

    ردحذف
  7. boleh tak masukkan bearing yg sama saiz dari 1 jadi 2 @ 3? skang pakai vr4 stater..ada 1 bearing je

    ردحذف
  8. tak boleh.. kena cari starter yang dikhaskan untuk high speed sahaja

    ردحذف
  9. Bro jeff, bearing tu yg guli besi kecik tu ke? Sy de gak beli starter evo high speed. Bila dh bukak, sy nmpk 1 je guli besi tu. Mmg biasa ke nie? Harap dpt nasihat bro. Tq.

    ردحذف
  10. assalam..tumpang tanye..bleh x convert stater auto ke manual,manual ke auto? kete sy gsr auto nak pakai stater bearing...bleh pakai gigi starter auto masuk ke starter manual tu x?

    ردحذف
  11. biasanya yang membezakan starter untuk manual dan auto hanyalah pada bahagian hadapan starter. dapat ditukar antara auto dengan manual asalkan dari jenis dan model yang sama

    ردحذف
  12. salam bro jeff,nak tye bro klo dr starter hi speed tka ke standed ade aper2 masalah tak y akan berlaku..selepas penukaran starter hi speed ke standed enjin kereta bergegar sebb aper ye?

    ردحذف
  13. Salam abg jeff.nak tanya ckit,gen2 pny carbon brush starter motor mmg 3 biji ke?

    ردحذف
  14. Salam abang jef..says ada starter gen2 auto..blh serviskan kan x

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors