Servi Proton Wira 4G91

bersua kembali... kali ini ialah proses penukaran minyak enjin dan oil filter yang sudah biasa dilakukan oleh kebanyakan pemilik kereta. penukaran ini dilakukan pada enjin mitsubishi 4G91

terlebih dahulu jack kereta seperti yang ditunjukkan, boleh juga jack kat crossmember bahagian hadapan bawah enjin

buka nat oil sump/oil pan bersaiz 17mm dan tadah minyak tersebut dengan bekas yang sesuai

buka penutup minyak enjin

gunak oil filter cup untuk membuka oil filter

ini kedudukan oil filter 4G91 yang tersorok pada bahagian tepi extractor berhampiran dengan motor power steering. kalau guna tool biasa agak sukar sedikit untuk membuka oil filter ini

oil filter yang dikeluarkan

minyak yang digunakan oleh owner kereta ini iaitu ENEOS 15W/40 dengan harga rm50 lebih

saya cadangkan owner kereta ini memasukkan engine treatment memandangkan enjinnya agak lama. penggunaan treatment ini amat baik sekali dan saya sendiri telah menggunakan engine treatment ini semenjak mula convert enjin dulu. penggunaan treatment ini bagi setiap 50k mileage dengan harga rm90 sebotol. bagi sesiapa yang memerlukannya saya boleh mendapatkan minyak ini dan pos dengan kadar rm5 sebotol. harus diingat ini bukannya oil treatment tapi ini merupakan ENGINE TREATMENT iaitu ia menyaluti lapisan metal supaya pergerakan jadi lebih berkesan
$ads={1}
sebelum memasang oil filter letakkan sedikit minyak enjin pada bahagian getah hitam berkenaan

pasang oil filter dan ketatkan secukup rasa

masukkan engine treatment

masukkan minyak enjin dan start kereta, biarkan beberapa ketika dan off kereta. cek minyak enjin pada dipstick dan pastikan minyak enjin berada pada paras low dan high pada dipstick, iaitu pada bahagian tengah-tengah antara keduanya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

35 تعليقات

  1. kena tunggu esok guane performance selepas pakai engine treatment ni... bunyi senyap ke dop

    ردحذف
  2. engine treatment ni wat enjin mkin senyap kn?tp wat makan mnyak sket,sbb wat minyak jd mkin pkat,xgitu?

    ردحذف
  3. so far pakai ok je, sebab ni bukan oil treatment tapi ini engine treatment. ada beza antara keduanya ni

    ردحذف
  4. Kalau jenis STP (mcm dalam tin minuman bergas),harga belas2 RM je....tu enjin treatment ke atau oil treatment...

    ردحذف
  5. kena cek dulu, biasa ada tulis kat bekas dia sama ada oil atau engine treatment

    ردحذف
  6. salam bro.. sya pakai 4g91..
    camne nak ilangkan bunyi hydrulic tepet 91 ni.. 1. siap dah cuci lash tu.. dari keras.. jadi lembut..
    2. dah pakai ENEOS 15/40.. tapi x + engin treat.
    ni dah buntu dah ni.. rasa nak humban je keta tu..
    ade ke ape2 lagi nak kena adjust...
    ade pomen citer adjust tenstioner belting.. tah aku pun x tau lah.. amendenye tu.. sbb sya tanye dlm hp je..
    tolonglah klu ade cadangan..

    ردحذف
  7. memang karektor enjin 4G9x macam tu, ada bunyi lifter, susah nak hilang melainkan kena tukar keseluruhan lifter tu

    ردحذف
  8. saya dulu pun ada masalah lifter ni... Hanya dua kaedah yang dapat bantu selesaikan yakni;

    1. Service betul2 lifter tu. Special tools(vibrate) tuk cuci dirt kat besi + rendaman petrol selama 3 ari. Berkesan. Special tools yang saya tengok tu, boleh buatkan besi yang kotor sgt boleh nampak cam baru.

    2. Beli lifter baru.

    Terima Kasih.

    0143380339 - Khairul KL

    ردحذف
  9. salam bro. berape liter minyak hitam yang sepatutnya kene tuang dalam enjin?

    ردحذف
  10. tak sampai pun 4 liter, 3 liter lebih je. tengok ukuran kat dipstick

    ردحذف
  11. salam bro angkat mane 15w40 tu? agak murah tu...bleh bgtau mana dpt tak? thank u

    ردحذف
  12. salam bang.. klu kite pkai 20/40 ape bezanya dgn 15/40?

    ردحذف
  13. wsalam... lagi besar no di depan lagi likat minyak, so 15/40 minyak cair sikit daripada 20/50 dan kereta rasa lagi ringan kalau pakai 15/40

    ردحذف
  14. trima kasih bang atas info berkenaan perbezaan 20/40 dgn 15/40..

    ردحذف
  15. abg jeff...boleh tak saya nak mntak tolong abg jeff belikan engine treatment tu??...camne cara ye??..

    ردحذف
  16. emailkan pada saya dan saya bagi no hp, harga rm115-120 siap poslaju

    ردحذف
  17. bang leh terangkan perbezaan minyak fully / semi sintetik ni?mane ok untuk enjin wira?kalo gune mineral ape kesan dia?tq

    ردحذف
  18. abg jeff...sy da emailkan kat email ni...tacramivec@yahoo.com

    ردحذف
  19. Bro, tu engine oil treatment okay tak kalau pakai kat enjin..?

    ردحذف
  20. sory bro, i mean engine oil treatment TUFOIL.. bagus tak kalau guna kat enjin..?

    ردحذف
  21. salam abg jeff, maaf bertanya,simpang tajuk.. boleh ke nak buat flush minyak enjin guna prestone engine flush? apa pro n kontra nya buat engine flush ni? member saya kata nnt bleh rosakkan dalaman enjin. mintyak tlg bg pendapat sket. tima kasih

    ردحذف
  22. oil filter brand mitsubishi memang ada jual kat spare part, ketulinan part tersebut tidak pasti

    ردحذف
  23. lagi 1 nak tanya....2 minggu lepas kereta saya baru siap top overhaul, lepas tu baru2 ni saya nampak ada kesan minyak hitam kat bawah gearbox tu, tapi bila check balik dekat nut untuk masuk dengan nut untuk keluar minyak gearbox tak bocor. tapi bila tengok dari atas permukaan gearbox ada berminyak sikit. boleh bagi tau apa masaala dia, kemungkinan 0-ring dekat distributor bocor? atau sebaliknya?

    harap boleh bagi review sikit sebab saya mentah lagi dalam bidang mekanik ni hehehe.
    terima kasih.

    ردحذف
  24. sekiranya o-ring distributor bocor boleh nampak kesan minyak di sekitar bahagian bawah distributor tersebut. kalau nampak kesan minyak pada bahagian bawah gearbox terutamanya antara gearbox dengan blok enjin, ini merupakan kebocoran oil seal flywheel, so kalau confirm masalah ni, kena turunkan gearbox bagi menggantikan oil seal tersebut

    ردحذف
  25. As salam.. ade kesan negatif tak tuang oil treatment then enjin treatment time tukar minyak itam?

    ردحذف
  26. assalamualaikum....minyak enjin 10/40 sesuai untuk enjin 4g91

    ردحذف
  27. assalamualaikum....minyak enjin 10/40 sesuai untuk enjin 4g91

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors