Cara Membuat Air Filter Heatshield Enjin 4G91

bagi pengguna air filter open pod untuk mengelakkan udara panas dari engine bay disedut masuk maka langkah membuat heatshield sedikit sebanyak dapat mengurangkan lagi proses berkenaan. ditambah pula dengan pemasangan cold air intake dapat menambahkan lagi angin dari luar masuk ke dalam enjin. berikut langkah membuat heatshiel bagi pengguna air filter open pod seperti, apexi, k & n, simota, blitz dan lain-lain lagi

insulflex digunakan untuk menutupi permukaan perspek

gam dunlop juga perlu digunakan

terlebih dahulu ukur kepingan perspek mengikut ukuran yang dikehendaki bersesuaian dengan saiz air filter open pod anda

gunakan cutter untuk memotong kepingan perspek

buat lakaran atau ukuran tempat yang hendak ditebuk mengikut ukuran adapter air filter

bracket dan nat perlu digunakan untuk mencantuk kepingan perspek yang dipotong tadi. bracket ini boleh diperolehi di kedai hardware dengan harga rm0.30 satu

gunakan drill untuk menebuk mengikut lakaran tadi, berhati-hati dengan penggunaan drill kerana kesilapan kecil boleh memecahkan kepingan perspek anda

cantum kepingan perspek tadi mengikut bentuk seperti di atas

uji dahulu di kereta

tampal insulflex pada bahagian luar heatshield
$ads={1}
proses menampal insulflex sedang dilakukan. insulflex boleh diperolehi di kedai repair seat kereta dengan harga rm28.00 semeter, tapi yang diperlukan hanya beberapa kaki sahaja

dah siap tampal insulflex pada bahagian luar heatshield

pasangkan adapter air filter dan air flow sensor

proses pemasangan di kereta sedang dilakukan oleh 'pomen'

heatshield yang sudah siap dipasang, kemaskan bahagian tepi dengan menebuk lubang kecil pada perspek untuk diikat dengan cable tie supaya tidak bergoyang dan tetap kedudukannya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

20 تعليقات

  1. Mantop encik jeff, heat shield yg paling simple dan kemas....

    ردحذف
  2. buat simple je, bahan dari perspek atau papan plet kereta

    ردحذف
  3. mana nak dapatkan insulflex area K.Trg?

    ردحذف
  4. area kuala terengganu insulflex boleh didapati di kedai repair seat berhadapan dengan SK gong kapas, kedai tu bersebelahan dengan kedai cat

    ردحذف
  5. memang nampak kemas buatan... engine bay pun nampak kekemasan sekali... lawa-lawa... secara tidak langsung disamping melawakan engine bay.. dapat memberikan udara yang cool kepada kereta anda... kerja yang kemas

    ردحذف
  6. jeff bro nk tanya perspek aka acrylic tu mana boleh dapat?

    ردحذف
  7. bro jeff...brape meter dah cukup untuk kete wira???

    ردحذف
  8. beli kat kedai mane insulflex ni kat kuala terengganu?

    ردحذف
  9. aku bro tanyer. kalo kite tampal insulflex kat roof pakai CA glue, ade efek x? cam jd karat ke

    ردحذف
  10. Salam bro jeff..
    sy cuma nak tawu ape kepentingannye insulflex ney sbnrnye.??
    sekadar nak bg nmpk cntik ke atau ianye mampu menangkis haba drpd injin.??
    trima kasih..

    ردحذف
  11. nak mengurangkan haba panas yang disedut oleh air filter. bahagian bawah box tu ada hose 3 inci untuk kemasukan angin dari depan kereta, jadi air filter dapat menyedut udara sejuk dari luar kereta

    ردحذف
  12. owhh..
    trima kasih yee di ataz penjelasan..
    cadangnye nak try bwt heat shield ney dgn CAI tu skali nanti ble ade mse lapang..

    ردحذف
  13. kenapa ekon kereta kdg2 ak bnyi mcm tersedu-sedu
    pastu time jd tu ekon xsejuk
    kereta perodua kenari

    ردحذف
  14. bro xbuat heat shield ni utk open pod viva

    ردحذف
  15. Ada fakta cakap bypass kan heater kat throttle body.. Macam mana nak bypass kan heater tu? teknologi tu untuk negara beriklim sejuk je sesuai. Negara kita panas sepanjang tahun..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors