Proses Menukar Knukle Proton Wira

entri kali ini ialah proses diy menukar knuckle standard wira 1.3 dengan knuckle lancer 4G91. sebenarnya kereta wira ini telah menukar disc dari solid ke ventilated 4G91 tetapi masih mengekalkan knuckle asal 1.3 dan kali ini proses penukaran knuckle dibuat kerana bearing knuckle asal dah rosak teruk, bearing dah berbunyi walaupun bawak kereta dengan kelajuan 40kmj. ikuti proses penukaran knuckle lancer di wira

jack kereta dan buka tayar

buka caliper, ada 2 biji nat 17mm di bahagian belakang caliper. tarik disc keluar

setelah disc dikeluarkan buka nat driveshaft 32mm dan juga buka nat 14mm tie rod end

buka 2 biji nat 17mm pada absorber dan tarik knuckle supaya driveshaft terpisah dari lubang knuckle

driveshaft sudah dikeluarkan

pada masa ini hanya tinggal satu lagi nat yang perlu dibuka iaitu nat 19mm pada bahagian ball joint lower arm iaitu pada bahagian bawah knuckle di hujung lower arm

setelah nat ball joint lower arm dibuka, ketuk dengan tukul pada bahagian knuckle yang berhampiran dengan nat ball joint. proses ini dilakukan untuk menanggalkan ball joint dari knuckle

knuckle standard telah dikeluarkan
$ads={1}
kiri knuckle standard 4G13P dan kanan knuckle lancer 4G91

pasang knuckle 4G91

pasang disc, caliper, ball joint, absorber dan tie rod end

suasana tempat kerja

pomen diy tak bertauliah sedang melakukan kerja

setelah hub dipasahkan dari knuckle nampaklah bearing yang telah rosak

perbincangan bagaimana nak keluarkan bearing

sekian, terima kasih
jumpa lagi

23 Comments

  1. assalamualaikum abg jeff,
    sy ada wira 1.3, bila membelok arah ke kanan ada bunyi "kekacang"@ ball bering.bila di cheak dgn 4 pomen diorang kata bukan drive shaft...adakah ni masalah knukle? jalan lurus dan ke kiri tidak pula berbunyi..(makanik sampai 4 tmpt pegi pon x dpt kesan problem ni)..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum abg jeff
    kalau taya belakang bunyi berdengung sebab bearing kt knuckle ke atau taya..ada juga bunyi mcm bende gesel kt disc belakang tu..kalau abg jeff tau la brapa bearing belakang kiri kanan

    ReplyDelete
  3. tayar ada juga bunyi tapi ada lain sikit dengan bunyi bearing. nak tau bearing bermasalah, jack kereta dan pusing tayar, kebiasaannya akan ada bunyi pad bergesel dengan disc, tu normal. kalau rasa sangkut-sangkut tu masalah bearing. kalau wira bearing belakang sekitar rm70 sebalah

    ReplyDelete
  4. tq abg jeff..nnti sy cek tgk..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..abg jeff.
    sy nk tya...brape harga disk brake 4g91 tu...

    ReplyDelete
  6. dah sebey disk brake 4g91 hakat area kuantan
    harga 300..

    ReplyDelete
  7. lebih baik masuk terus disc 1.6/1.8 berbaloi. kalau yang 4G91 lebih kurang sama dengan wira 1.5

    ReplyDelete
  8. nak tanye sket...prob sy same mcm 1st soklan 2 bang...time belok ja mcm ada bunyi2 bergesel tp time jln lurus ok ja...da check drive shaft sume ok...

    ReplyDelete
  9. boleh guide kalau nak tukar lower arm saja?

    ReplyDelete
  10. nak buka lower arm - buka 2 nat 17mm kat body dan satu lagi nat 17mm kat center frame. kat hujung lower arm yang bersambung dengan knuckle tu kena ketuk bagi keluar, macam dalam gambar di atas

    ReplyDelete
  11. tak payah usik disk brake, driveshaft pum boleh tukar lower arm? sbb tak confident nak buka driveshaft la
    tqvm dgn kongsi ilmu

    ReplyDelete
  12. hi bro jeff..
    a quick question here..
    i've installed a GSR terbalik knuckle to my wira..
    have done all the PCD (from 114 to 100) conversion for the knuckle & disc rotor at machinery shop
    however, i noticed that the rim hole diameter is not longer consistent..
    when i wana lock/put in the wheels, one of the rimhole always out of the spec, making it difficult to lock in..

    in this case, what do u recommend me to do? use back the original knuckle?

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih Abg jeff. info disini semua yang bermanfaat.. saya dpt info di blog ini. TERBAIK.

    ReplyDelete
  14. salam bg jeff, boleh dak disc 4g91 masuk ke rim 14" apa lagi yang nak kena tukaq, boleh terangkan secara terperinci dak,untuk makluman abg jeff saya pakai wira aeroback 1.3,terima kasih :)

    ReplyDelete
  15. disc 4g91 boleh dimasukkan rim 14", besar disc tu sama dengan disc standard wira 1.5 just plug n play je disc dan caliper kat 1.3

    ReplyDelete
  16. salam bg jeff, disc gto boleh plug n play tak untuk wira 1.8?

    ReplyDelete
  17. abg jeff..saya baru saja pasang brek depan wira 1.5.. pad pakai balik dari brek lama saya sebab lagi tebal dari pad yg saya dapat tu. masalahnya selepas guna brek ni dekat disk tu bleh nampak dia makan x rata. x semua permukaan disk tu kena pada pad.. masih ada karat.. bahagian yg kena pad masa brek ok..berkilat.. disk ok x bergaris..rata.. kenapa ya? adakah pad saya yg x elok.

    ReplyDelete
  18. abg jeff..saya baru saja pasang brek depan wira 1.5.. pad pakai balik dari brek lama saya sebab lagi tebal dari pad yg saya dapat tu. masalahnya selepas guna brek ni dekat disk tu bleh nampak dia makan x rata. x semua permukaan disk tu kena pada pad.. masih ada karat.. bahagian yg kena pad masa brek ok..berkilat.. disk ok x bergaris..rata.. kenapa ya? adakah pad saya yg x elok.

    ReplyDelete
  19. mcm mana nak tau bearing knuckle dah rosak? bunyi berdengung mcm bearing belakang ke? kereta saya bunyi mcm benda terseret antara brek tu..dari dlm masa memandu dlm kelajuan 50kmj dah bunyi..bila semakin laju bunyi tu maintain..kalu bearing slalu lg laju lagi kuat bunyi..apa pendapat bro jeff?

    ReplyDelete
  20. kalau bunyi macam besi terseret kemungkinan brake pad dah nak habis kot, try check brake pad dulu. bearing tayar ni bunyi dengung

    ReplyDelete
  21. salam.. saya baru beli knuckle seken komplete pam brek dan disk....saya buka satu persatu dan cuci.. masalahnya.. selpas pasang balik saya try pusing disk dia bunyi mcm besi bergesel la..disk pun x lancar berpusing.. sebelum cuci ok.. adakah bearing ni x boleh kena air dan rosak akibat saya basuh knuckle tu? harap bro bantu.

    ReplyDelete
  22. salam jeff .nak buke nut 4batang dari knuckle gane erk

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors