bersua kembali... kali ini saya tunjukkan bagaimana menguji dan menukar idle switch jika berlaku kerosakan yang boleh menyebabkan idling menjadi tinggi sehingga boleh mencapai 1k hingga 1.5k walaupun base idle set screw (BISS) skru telah diejas. kerosakan ini jugak boleh menyebabkan rpm terlalu tinggi semasa cold start terutamanya pada waktu pagi hingga boleh mencecah 2k rpm. idle switch ini hanya ada pada throtle body mivec atau VR4 dan bagi wira mmc / evo / gsr switch ini terletak pada throtle position sensor yang ditanda dengan simbol S, akan saya tunjukkan di bawah nanti
inilah rupa throtle body mivec 60mmkedudukan idle switch pada throtle body mivec
tempat contact switch semasa butterfly throtle tertutup. pada masa start switch ini tertutup dan isyarat dihantar ke ECU untuk mengekalkan idling kereta. kalau kita cabut soket masa idling pasti rpm kereta naik tinggi, ini menunjukkan switch ini masih berfungsi
idle switch yang dibuka dari throtle body
untuk menguji switch ini masih elok atau tidak kita tengok bacaan ohm pada multimeter. setkan kedudukan seperti di atas iaitu positif ke bahagian terminal positif dan bahagian bawah terminal negatif. tekan hujung switch ke atas dan bacaan ohm sepatutnya menunjukkan angka yang kecil seperti 0.9 atau 0.6 dan kalau bacaan tinggi dan idling pun tinggi sudah sampai masanya untuk menukar idle switch ini
untuk menguji switch ini masih elok atau tidak kita tengok bacaan ohm pada multimeter. setkan kedudukan seperti di atas iaitu positif ke bahagian terminal positif dan bahagian bawah terminal negatif. tekan hujung switch ke atas dan bacaan ohm sepatutnya menunjukkan angka yang kecil seperti 0.9 atau 0.6 dan kalau bacaan tinggi dan idling pun tinggi sudah sampai masanya untuk menukar idle switch ini
semasa memasang idle switch pada throtle body dapatkan bacaan pada multimeter, pusing switch sehingga dapat bacaan ohm paling rendah dan ketatkan nat 14 untuk menetapkan kedudukan switch tersebut. pada kereta saya yang rosak bacaan 25.83ohm dan bila ditukar dengan yang lain saya dapat bacaan 0.9 ohm
$ads={1}
$ads={1}
bagi throtle body evo/gsr atau wira mmc switch ini tidak ada seperti throtle mivec tapi ianya terletak pada throtle position sensor (TPS) 4 pin seperti di atas, simbol S itu ialah untuk idle switch
berbanding dengan TPS mivec hanya 3 pin sahaja sebab idle switch dah dibuat berasingan seperti diterangkan di atas
kepada pengguna enjin mivec dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan idle switch boleh menggunakan TPS 4 pin dari EVO atau GSR, sambungkan wire dari throtle switch asal ke terminal simbol S di TPS
kepada pengguna enjin mivec dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan idle switch boleh menggunakan TPS 4 pin dari EVO atau GSR, sambungkan wire dari throtle switch asal ke terminal simbol S di TPS....
ردحذفaper maksud di atas?mcm mna nak test thr?
mcm mna cara nya?
ردحذفnak test idle switch 4g92?
kalau rpm terbalik masa on aircond cam mane?? pasang aircond lebih rendah rpm dr x pasang aircond...
ردحذفmasa on aircond rpm drop bermakna stepper motor problem, caranya tukar stepper motor lain atau pasang FICD
ردحذفthanks bro..... :)
ردحذفsalam bro jeff....kalu kete wira a/b rpm jd kkdg tinggi n kkdg mati tetibe je cmne ek?....pomen kate kene tkr throttle body.....mhl tu....klu tkr TPS ngn cuci throttle leh slmtkn lg x?
ردحذفtry service dulu TB, kalau tak jadi kena tukar kot
ردحذفsalam abg jeff,, kalo batang soket kat idle suis tu patah, nak sambung camner ar?patah rapat... ada cara x nk selesaikan...
ردحذفtry solder dan tap wayar kat situ, saya rasa boleh gunakan kaedah ini
ردحذفsalam..nak tanya rpm kereta lambat untuk idle semasa ram atau penukaran gear..apakah masalah idle switch atau masalah lain?harap dapat membantu
ردحذفSaya tak berapa faham, rpm lambat turun masa bila
ردحذفviva lak cmne cikgu?
ردحذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفsaya rasa masalah penukaran gear utk auto banyak berkait dengan pelarasan pada TPS
ردحذف"saya rasa masalah penukaran gear utk auto banyak berkait dengan pelarasan pada TPS"
ردحذفbetul ke ada kaitan? macam mana nak laraskan TPS tu?
try cari entri blog saya yang lain mengenai TPS. dah ada step bagaimana nak laraskan TPS
ردحذفsalam.. bro.. idle switch nya wiring akan disambungkan ke mana bro?? adakah weyer dia di sambung terus ke ecu @ sebaliknya??
ردحذفidle switch ni wire direct dari ECU
ردحذفsaya mengalami masalah enjin mati tiba2 dan idle tak tentu sewaktu panas. lagi2 apabila on aircond. kejadian camni jadi bila saya bawa laju pastu nak berenti atau menurunkan gear rpm akan turun kaw2 sampai enjin mati tetiba. adakah ini berkaitan ngn tps? saya dah pakai ficd. tp benda ni jd time tgh ari atau cuaca panas. masa sejuk xjadi.
ردحذفbiasanya masalah ni ialah berpunca daripada isc pada bahagian throttle body
ردحذفSalam Bro Jeff saya ada masaalah sama seperti diatas masaalahnya wira 1.6A saya tetiba aje tinggi timing kekadang sehungga 1500-2000 rpm apabila cold enjin starting so adakah perlu ditukar switch TPS tu!!tq
ردحذفSalam saya dah DIY seperti bro buat skrg timing saya superb malah lebih baik dr sblm ni ...cuma nak brthu timing wira saya skrg 1100 rpm bila panas akan turun dan stabil ke 900 rpm on aircond turun ke 89+ rpm ok ke...enjin stabil malah rasa ringan x gegar kuat bila on aircond....ermmm bleh DIY camne nak tinggikan sikit timing aircond itupun klu perlu...tq so much bro semoga sukses slalu
ردحذفsalam, saya ada baca beberapa entri pasal throttle body dalam blog ini, Ini saya nak share masalah yang dah lama kacau kereta saya. Semasa air cond on atau off, idle nya ok saja. 900-1000. tapi masa aircond on, selalu masa klac aircond activate, kereta saya selalu terjah ke depan. kekadang macam naik kuda, terjah ke depan pastu ke belakang, malunya. saya ada hantar kat mekanik, dia ada cuci throttle body, pastu masalah sama timbul selepas beberapa jam. Saya suspek ISC dah rosak. Betul ke? Kabel plag, spark plag , injector, fuel filter (baru) semua ok:( saya dah nak give up dah. Masalah sama berulang ulang:(
ردحذفSaya bawak satria gti, throttle body MMC. Sila beri nasehat Tacra. tq
أزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفAssalam bro jeff, untunk4g91 yang mengunakan trotle body mivec macam mana nak seting, idle swicth skru ada namun soket tidak disambung kemana2...
ردحذف