HID Conversion Kit - Fog Lamp

bersua kembali... kali ini saya tunjukkan bagaimana memasang HID conversion kit untuk foglamp yang kebiasaannya menggunakan bulb H3. kali ini saya memilih HID kit 'cap ayam' kot kecerahan cahaya 4300k dan cahaya ini tidaklah kelihatan terlalu putih, saya memasang pada foglamp halfcut brang RAYBRIG yang perlu di mod sedikit. peraturan di negara kita tidak membenar pengguna menggunakan HID kerana sememangnya bulb jenis ini agak silau sedikit jika dibandingkan dengan bulb halogen biasa. tetapi kalau ambil 4300k masih lagi boleh digunakan kot sebab cahayanya tidaklah terlalu putih seperti hid lain

bungkusan yang sampai tengah hari tadi dan proses diy berlangsung bermula jam 3.30 petang. saya beli secara online di www.lelong.com.my sahaja dan saya rasa kit ini made in china kot. tapi boleh digunakan untuk foglamp kereta saya

HID conversion kit 4300k bulb H3 untuk foglamp kereta saya. saya menambahkan suis on/off supaya senang untuk menggunakan apabila perlu sahaja

kit di dalam kotak, 2 bulb hid H3, sepasang ballast dan wiring berserta soket

saya menggunakan foglamp bersaiz 3 inci yang diambil daripada honda EK. jadi perlukan sedikit pengubahsuaian untuk dipadankan pada bumper wira. tapi itu bukan halanagan untuk saya menggunakannya. pertamanya buka bahagian belakang foglamp untuk mengeluarkan bulb halogen asal

bulb asal telah dikeluarkan dan semasa saya memasukkan bulb HID memang fit cantik tetapi sangkut pada bahagian penutup fog lamp ini, terpaksa ditebuk penutup dan sedikit ubahsuai perlu dilakukan, kalau tak memang tak boleh nak gunakan hid lah jawabnya

penutup yang telah ditebuk kerana belakang bulb HID ini agak panjang dan terkeluar dari penutup asal. marking yang dibuat biar betul dan tepat dengan hujung bulb yang terkeluar tadi. kalau silap maknanya... tak tahu nak cakaplah

masukkan bulb HID melalui lubang penutup yang ditebuk
$ads={1}
masukkan bulb dan klipkan seperti bulb asal

apabila penutup dipasang kelihatan belakang bulb tertonjol keluar, jangan risau belakang wiring untuk bulb HID biasanya tidak dimasukki air kerana kedap udara, tapi lubang penutup itu mesti ditutup dengan silikon atau apa-apa seal supaya air tidak memasukki ke dalam fog lamp terutamanya pada hari hujan

bracket telah dipasang, perhatikan silikon grey tersebut yang talah saya gunakan untuk menutup lubang belakang bulb tadi. saya menggunakan silikon permatex ultra grey yang biasa digunakan sebagai sealant atau gasket enjin

dah siap sedia untuk dipasang, bulb HID telah terpasang dengan kemas

proses pemasang kat bumper tidak ditunjukkan kerana telah ada entri sebelum ini mengenai pemasangan foglamp. anda boleh rujuk atau search entri pemasangan fog lamp ini

cahaya HID 4300k ini ternyata nampak agak puting jika dibandingkan dengan bulb halogen biasa. walaupun hanya 35 watt sahaja tetapi cahaya yang dihasilkan agak terang daripada bulb standard yang biasanya 55 watt

terang benderang, puas hati jugak. walaupun terang fog lamp tidaklah sepanas bulb halogen biasa kerana hanya 35 watt sahaja

dah test on the road tadi, kalau tak pasang headlamp pun dah terang, tidak ada pulak kenderaan dari hadapan yang bagi high beam kerana saya bimbang jugak takut silau pemandu hadapan. tapi ternyata ok kerana foglam ini ada macam halangan bulb supaya tak silau sangat kot

sekian, terima kasih
selamat tahun baru cina

42 تعليقات

  1. Wow!

    Braper hengget HiD kit tu bang?

    Kawe punya foqlamp dah tak best la dia punya pancaran....

    ردحذف
  2. Salam, benda ni kat kedai aksesori ada jual ke?

    ردحذف
  3. HID kit ni harga rm180 yang boleh didapati di kedai accessories

    ردحذف
  4. nice post bro! i just sent you an email about viva bumper. hope dapat tunjuk ajar. hehe :)

    ردحذف
  5. try lah cari dulu jai kat mana-mana accesories, kebiasaannya memang ada jual

    ردحذف
  6. watt kecik tapi pancaran tinggi... huhu

    ردحذف
  7. abg jeff cayaha yg keluar dr lampu hid ni panas mcm lampu fog light biase ke?

    tkt cair lak lens cap ayam yg plastik ni..

    ردحذف
  8. cahaya yang dari HID tidaklah sepanas seperti bulb halogen biasa sebab HID ni hanya 35watt sahaja berbanding dengan halogen yang biasa 55watt dan aftermarket ada yang 100watt

    ردحذف
  9. HiD ni bleh tak kita convertkan dia jadi strobe light mcm polis pakai tuh?

    ردحذف
  10. sebelum ni abg jeff bukan pakai foglamp gti ke? dah tukar ekkk....abg jeff ada snap gambar bracket belakang tu tak??? sbb sy pun dah pakai foglamp ni bracket yg sy buat tak berapa nak kemas la...

    ردحذف
  11. Saya pakai fog lamp honda EG pun blh jln mlm tanpa pasang lampu besar. Berbaloi tp bulb kerap trbakar. Abg jeff, adakah perlu ditmbh relay?

    ردحذف
  12. Slm, bang Jeff, fof lamp standard exora kalo nk convert paka HID gini guane? Sama mcm step atah ni ke atau kene tamboh relay?

    ردحذف
  13. pemasangan HID kat fog lamp exora lebih kurang sama dengan yang atas tu. tak perlu relay kerana HID dah datang sekali dengan relay atau ballast

    ردحذف
  14. OK.. tengkiu bang Jeff..

    nanti ambe try..

    Lagi satu nk tanya, ambe ada Nissan Sunny.. kondisi enjin OK, cuma tang wiring poblem. Plan nk tukar wiring, tp kat area sini wireman x mboh amek..
    Susah ke nk salin wire baru utk keter karburetor ni bang jeff? agak2 bulih ka nubies buat DIY.. hehehe..

    ردحذف
  15. salam bang. bumper wira se saya mmg dah ada foglight. boleh x kalau saya guna wiring foglight yang lama ni cuma potong wayar bulb lama dan gantikan dgn bulb hid?

    ردحذف
  16. sebaiknya pasang relay satu dan boleh gunakan wiring asal foglamp wira se tu

    ردحذف
  17. Salam Abg Jeff...

    Sblm ni saya dh buat wiring skali ngan relay untuk foglamp... kalau foglamp ni saya nk masukkan hid, relay yg lama tu tak payah pakai ker....

    ردحذف
  18. boleh pakai lagi relay yang lama, lagi baik kalau ada relay. HID ada ballast untuk sebagai burner bulb

    ردحذف
  19. abang
    yg jenis hid ni lepas jpj x?
    putih sgt ke?
    saya pon tgh cari hid yg ok dan x menyusahkan pengguna2 lain?

    ردحذف
  20. boleh guna HID kecerahan 4300k. saya gunakan untuk foglamp sahaja, head lamp masih bulb H4 biasa 55w. foglamp ada suis untuk on dan off

    ردحذف
  21. abang
    terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.
    insyaalah nak cari h3 4300k utk foglamp..
    kalo guna h3 gak kat head lamp salahke? menyusahkan org kan?

    ردحذف
  22. ballast boleh letak pada bahagian belakang bumper dan seeloknya jangan bagi kena air

    ردحذف
  23. salam. saya convert enjin 4g91. wiring semua 4g91. nak tanya mcm mana nak wiring foglamp? saya nak guna balik suis foglamp kt dasboard tu. gi kedai abang dia nk buat suis baru nak tebuk kt dasbord. suis foglamp asal bila di on kan lampu kecik, lampu meter dan belakang akan menyala.memang asal wiring dia mcm ni ke? mcm mana nak bagi foglamp menyala sj. boleh bagi wiring diagaram ke emel saya? wajidichealias@yahoo.com. tq.

    ردحذف
  24. kena mod wiring pada suis foglamp tu, kena dapatkan mana wire yang berfungsi semasa suis dibuka. kemudian tambah relay sebijik dan seterusnya tarik ke foglamp. try cari entri blog sebelum ini mengenai relay dan foglamp

    ردحذف
  25. sy menggunakan lampu halogen untuk headlamp 100 watt.adakah watt yang besar itu akan mencairkan headlamp casing wira se yang original?

    ردحذف
  26. kebiasaanya kalau menggunakan watt 100w lama-kelamaan soket akan cair dan reflektor akan cepat pudar

    ردحذف
  27. jadi saya kena tukar lampu 55 watt la?tapi tak berapa terang la.apa penyelesaiannya?

    ردحذف
  28. kalo guna hid untuk headlamp jpj kacau pulak.utk info, headlamp kreta wira se sy diperbuat dari kaca.just reflector tak pasti tahan ke tak haba 100 watt tersebut.

    ردحذف
  29. boleh je nak pakai 100w kat headlamp wira tapi lebih baik tukar soket ceramic, ada jual kat kedai accessories

    ردحذف
  30. soket dan wiring smua dah upgrade untuk 100 watt ni.anyway tq bro

    ردحذف
  31. salam bro jeff.. Diy terbaik yang bro buat.. sy kat cni nk suggest HID OSRAM utk head lamp..HID OSRAM ni mmg x silau mcm hid yg lain.. cahaya pon rata n jarak penglihatan semakin terbaik bila waktu malam..

    ردحذف
  32. kat mana boleh dapat HID osram dan berapa harga untuk 1 set

    ردحذف
  33. sory..lambt reply.. dekat tmpt saya ada jual HID osram ni. tetapi harga mahal sedikit dlm lingkungan rm400 mcm tu.. tp apa yg best kualiti pencahayaan yg terbaik.. sblm ni penah guna yang biasanya tetapi cahaya jd silau dan Kelvin colour yg kita nak tidak mengikut spec..

    ردحذف
  34. It's one of those do it yourself fascinations. Thanks for sharing this blog.

    ردحذف
  35. nak beli conversion kit ni???
    RM120 saya jual...
    H3 @ H4 bulb only....
    0126843836 whatapp

    ردحذف
  36. saya juga nal cuba nie lar, tapi takut takut mcm mana dengan waring dia~ huhuhu

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors