Side Mirror Dismantle - Proton Wira

entri blog saya kali ini ialah bagaimana nak membuka dan 'membarai' isi perut side mirror wira. kebiasaanya ada dalam kalangan peminat kereta ingin menukar side mirror autoflip dari mitsu lancer dan oleh sebab masih nak pakai housing asal yang telah dicat cantik, maka anda bolehlah hanya menukar isi dalam autoflip mitsu ke dalam housing asal side mirror wira, menjimatkan... tak perlu lagi cat lain. side mirror antara mitsu dan proton biasanya dapat berkongsi antara satu sama lain kerana proton copy daripada mitsu lancer, sebab itulah kebanyakan part proton wira dapat menggunakan part daripada mitsubishi lancer yang kodnya bermula dengan 4GXX

side mirror manual wira, baru cat satu body kereta termasuk mirror ni. owner kereta nak menggunakan side mirror mitsubishi yang boleh autoflip atau boleh lipat. model proton seperti wira memang tidak didatangkan dengan side mirror auto flip jadi kita dapat menukarnya dengan side mirror lancer secara plug n play sahaja, cuma nak hidupkan auto flip dan nak adjust cermin perlu dibuat sedikit pendawaian. boleh cari entri saya yang lain mengenai pendawaian side mirror auto flip ini

pertamanya tanggalkan cermin dengan mengumpil pada bahagian bawah cermin terlebih dahulu. cara paling senang ialah umpil cermin melalui bahagian bawah side mirror dan masukkan screw driver flat dan umpil bahagian lock mirror ini. dengan mudah mirror dapat dipisahkan tanpa merosakkan cermin tersebut

umpil dengan tangan sampai bunyi klik maka tanggallah cermin daripada housing side mirror. sedikit perhatian perlu diberikan kerana kalau silap dan tak kena cara kemungkinan cermin ini boleh pecah. untuk makluman semua cermin mitsu dengan cermin proton ada beza sedikit imej yang kelihatan padanya iaitu kalau proton imej nampak lebih dekat lagi daripada imej cermin mitsu

tanggalkan cermin asal dan akan nampak manual controller side mirror proton yang hanya dapat laras kedudukan cermin secara manual sahaja

buka nat cover getah seperti ini denga menggunakan screw driver flat seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas, tak susah mana pun sebenarnya

keluarkan cover getah daripada tapak side mirror

buka 2 nat untuk menanggalkan adjuster mirror iaitu terdapat 3 cable untuk melaraskan cermin secara manual seperti gambar di atas

buka 3 biji nat sepert di atas phillips

sebaik sahaja 3 biji nat itu dibuka maka dapatlah dipisahkan tapak side mirror dengan housing side mirror
$ads={1}
buka cover kecil seperti di atas, ada 2 nat yang perlu dibuka di sebalik cover ini

buka 3 biji nat lagi kat dalam housing dan keluarkan isi perut side mirror

ini yang bakal diganti dengan yang kita keluarkan tadi, yang ini cuma 3 wayar iaitu hanya boleh control cermin sahaja dan tidak boleh autoflip. yang boleh auto flip ada tambahan 2 wire lagi yang menjadikan kesemuanya 5 wire. ada juga side mirror mitsu yang didatangkan dengan 7 wire, maksudnya ada tambahan fungsi lain lagi iaitu fungsi heater pada cermin yang berperanan untuk memanaskan cermin. ini berguna terutamanya apabila hari hujan air tidak akan lekat pada cermin tersebut kerana cermin menjadi panas apabila kita on suis heater

masukkan yang baru dan pasang balik 3 biji nat tadi seperti semasa kita hendak mengeluarkan yang asal tadi

pasang semula tapak dan segala nat yang dibuka sebelumnya

dah pun selesai... side mirror ini hanya 3 wire iaitu fungsi untuk adjust cermin dengan menggunakan suis khas untuk side mirror sahaja. yang 3 wire tidak boleh auto flip ye

sekian, terima kasih
jumpa lagi

21 تعليقات

  1. salam bro, nak tanya kalo yg ada side mirror boleh flip, motor nye boleh masuk tak kat housing asal.

    ردحذف
  2. motor flip mitsu boleh masuk plug & play ke housing asal wira, no problem

    ردحذف
  3. salam abg jeff...... selepas tukar timing belt keta sy terasa berat je.apakah punca nya?enjin keta sy 4g15vdo.di harap abg jeff dapat bantu masalah yg di hadapi

    ردحذف
  4. try cek marking timing belt takut ada lari atau tidak. kalau lari 1 gigi pun kereta dah rasa berat.

    ردحذف
  5. maknanya boleh la guna side mirror yang ada signal utk wira kan? cuma ganti isi dlm je la. idea yang bernas... thankz bro..

    ردحذف
  6. salam bro.. nak tanya, kalau nak DIY motor auto flip ni kat proton persona elegance boleh ker?? just tukar motor dalam and modi wiring suis waja. boleh ker bro? mintak pendapat/idea dari bro

    ape2 info bro email kat sy

    mrciken@gmail.com

    ردحذف
  7. salam abg jeff, nak tanya saya pakai side mirror 3 wayar ni pada wira saya tapi kebelakangan ni side miror tu x leh adjust, saya dh cube tuk side miror kiri dan kanan tapi dua2 x leh adjust. jadi saya rasa antara power supply x de sb x mungkin suis tu rosak dan x mungkin kalau nk rosak dua2 side miror tu rosak kan? macam mana nk trace ek? ada relay ke side miror ni atau fius?

    ردحذف
  8. boleh try test direct kat soket side mirror dalam door trim. wayar merah untuk 12v dan wayar ambik satu wayar lain untuk ground, kalau gerak bermakna kemungkinan suis yang rosak. side mirror 3 wire takde relay

    ردحذف
  9. auto flip side mirror saya flip tutup(belah kiri) oK...but flip buka macam tersekat..boleh repair ke?macam mana?

    ردحذف
  10. bro ada x cermin lebih belah kiri utk wira...
    klu ada bgtau..nk beli...mggu lps br side mirror dilanggar mat rempit..aduhhhhh....email me bro side_three@ymail.com

    ردحذف
  11. rasa ada cermin lebih sepasang, tapi kena selongkar dulu dalam stor

    ردحذف
  12. brapa agknya ye bro jeff rega autoflip wira skrg ni yer?

    nk angkt satu ni...fazsly08@yahoo.com

    ردحذف
  13. salam, terima kasih abang jeff kerana berkongsi ilmu dengan kami semua. jasa anda dikenang :)

    ردحذف
  14. Tumpang tanya bang.. adakah langkah2 yg abg tnjukan kat sini boleh digunakan pakai untuk 'membarai' kan side mirror proton persona (ade elektronik adjuster)..? Trima kasih..

    ردحذف
  15. Salam bro cam ner nak repair cermin blh ttp tapi nk buka kena tolak sikit ngan tangan tp skumk ttp pn x blh dah apa masalah nya 2 bro apa yg nk tukar

    ردحذف
  16. assalamualaikum, nk tumpang tanya bro...tp cam lari tajuk sikit, maaf.
    cermin side mirror wira, jatuh dan pecah la smlm.. mcm mne nk repair eh ? kalau-kalau ada kedai area seksyen 16, pj. tumpang tanye eh bro..
    terimakasih.

    ردحذف
  17. Hi, kalau yang macam 3pin di atas, saya cuma ada motor dan housing, macam mana dengan suis untuk adjust dari dalam kereta? Boleh pakai Waja punya (atau lain lain kereta)?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors