atas permintaan rakan facebook dan follower blog saya, sekali lagi saya tunjukkan bagaimana cara memasang relay pada starter. diagram versi terdahulu mungkin susah sedikit untuk melakukannya dan kali ini saya permudahkan pemasangan relay pada starter agar dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung blog saya ini. selalunya kalau masa crank kereta hanya bunyi 'ketak' 'ketak' walaupun bateri baru dah sampai masanya anda mencuba untuk memasangkan relay pada starter, mudah-mudahan mujarab kerana api yang cukup dapat disalurkan ke starter. tetapi ada juga walaupun kita sudah menambah relay, starter masih lagi gagal berfungsi. ini biasanya disebabkan oleh masalah starter itu sendiri, berkemungkinan carbon brush starter dah out
PERINGATAN:
SEBELUM MELAKUKAN KERJA-KERJA WIRING ANDA DIKEHENDAKI MEMBUKA TERMINAL NEGATIVE (-) BATERI
PERINGATAN:
SEBELUM MELAKUKAN KERJA-KERJA WIRING ANDA DIKEHENDAKI MEMBUKA TERMINAL NEGATIVE (-) BATERI
BOSCH relay sama ada 4 atau 5 kaki boleh digunakan dan jangan lupa dapatkan sekali socket starter untuk memudahkan kerja-kerja wiring nanti. terminal relay atau dalam bahasa yang mudah kita sebut 'kaki relay' ditandai dengan no. 30, 85, 86, 87 dan 87a. nombor yang tertera boleh dilihat pada bahagian kaki relay. 30 ialah power dari positif bateri, 85 ke ground (-), 87 biasa positif trigger dan 87 ialau output 12v yang baru
inilah wiring sebenar yang ada pada starter dalam keadaan standard. cable besar dengan nat 12mm merupakan cable yang disambungkan secara terus dengan terminal positif bateri yang membekalkan 12V manakala wire yang mempunya soket hitam kecil merupakan wire ignition yang bersambung terus ke kunci pada bahagian stereng
relay yang telah dipadankan dengan soketnya untuk memudahkan kerja-kerja penyambungan wayar nanti. sekiranya tidak ada soket agak sukar nak menyambung wayar dari kaki relay ini. selain untuk memudahkan penyambungan, soket relay juga dapat menjadikan penyambungan lebih kemas dan tidak mudah longgar
tanda putih tersebut ialah tempat kita menyambungkan wire dari relay yang akan ditunjukkan di bawah ini
tanda putih tersebut ialah tempat kita menyambungkan wire dari relay yang akan ditunjukkan di bawah ini
buka sokter hitam seperti pada gambar di atas. setiap starter terutamanya proton atau mitsubishi mempunyai satu wayar dari ignition yang bersambung dengan terminal selenoid starter ini
inilah diagram yang harus diikuti iaitu kaki relay:30 - sambung ke nat 12mm (wayar + dari bateri)
85 - ground iaitu ke mana-mana nat body
86 - iginition iaitu wire soket hitam yang dicabut daripada terminal starter
87 - terminal selenoid (tempat soket hitam asal)
$ads={1}
ini wayar kaki relay no 87 yang merupakan keluaran arus 12v baru dari relay. sambungkan ke terminal selenoid starter. hanya ada satu terminal sahaja pada selenoid starter. wire inilah yang datang dari kunci dan memberi supply pada selenoid untuk menghidupkan starter dan seterusnya menghidupkan enjin kereta
sambungan wire relay pada starter di kereta
sekian, terima kasih
jumpa lagi
kalau buat simple diagram leh....hehehe
ReplyDeletebro jeff...ape gune pasng benda ni>???
ReplyDeletepasang relay kat mana-mana komponen letrikal kereta seperti lampu, horn, starter dan lain-lain untuk meningkatkan kestabilan arus pada alat berkenaan. kalau starter nak bagi supply karen yang cukup ketika crank kereta
ReplyDeletebang jeff kalau pakai volt stabilizer dah ok ke kalau nak stabilkan arus kat keta? x patah pakai sumer relay ni?
ReplyDeletevolt stabilizer bukannya 100% dapat stabilkan arus kereta, cuma membantu sikit je...
ReplyDeletePasang relay tu dia ambik direct karen dari bateri (supply karen kuat)
ReplyDeleteVoltage Stabilizer di dalam ade capacitor, kita buleh umpamakan ia sebagai tangki untuk simpan karen.
Selalu nye voltage ni jatuh (drop) bila bekalan karen mendadak di perlukan. Selalunye motor memerlukan starting karen lebih dari sekali ganda dari running/berpusing. Contoh paling senang bateri lemah tak buleh nak crank/start keta. Tapi lampu dan pebagai lain buleh pasang.
Scenario dia macam ni. Kata kan time idle atau pusing steering low rpm waktu malam. Masa tu pasang lampu, wiper, ekon, fuel pump wabro dan ice. Tetiba lampu keta jadi malap seketika bila compressor ekon jalan (kipas ekon & radiator on). Dalam masa 1 ~ 2 saat dia ok balik. Selalunye voltage dia akan kurang dari 12V waktu benda ni jadi.
Pada waktu itu karen tadi kebanyakkan nya telah di sedut pergi ke motor/kipas untuk menggerak kan nya. Alternator/bateri tak sempat nak cover. So kat sini la Voltage Stabilizer berfungsi. Capacitor dalam voltage stabilizer tu akan di lepas kan mengikut berapa banyak yang di perlukan ketika itu.
Kalau ikut tak pakai pon tak pe. tapi dari pakai I-carge (atau lebih kurang) baik pasang voltage stabilizer. Masalah sekarang Voltage Stabilizer ori mahal dan sekrang banyak tiruan.
Kat kilang pon ade Voltage Stabilizer tapi name dia Capacitor Bank.
Salam .. nk tanya, kalo pakai Pivot V CAPA yang cucuk kat plug rokok 2.. function nya sama ke dgn voltage stabilizer?
Deletemekasih bro...info yg sgt berguna...
ReplyDeletesalam tuan
ReplyDeletesy punya wira SE aritu mati enjin kat trafik lite, sbb ngv prob. tp bila dh masuk mode petrol, tetap tak leh start. sunyi tak de bunyi cranking langsung. (bateri baru) tp yg peliknya, bila cube start, central lock jadi unlock (mcm kita off kat kunci)... dekat sejam le try... tak leh start.. smpi dh fedup, biarkan kejap dlm setgh jam,,, cube start boleh lak. dulu ada mekanik kat specialist gearbox (masa tu service minyak gb) dia kata ada problem kat starter.. tak tau lak starter tu yg tmpt masuk kunci tu ke atau yg dlm gmbr kat atas tu? huhu...
leh bg opinion tak? skrg keta dlm cold storage.. naik keta dgn adik g kerja. huhu
salam. khairul, try check balik wiring kereta dan carbon kat starter. dlu sy ketuk dgn spanar kat kepala starter tu....haha.
ReplyDeleteAtos saya problem starter, sudah tukar 3rd party dari kedai parts sbb starter original sangat mahal. Tapi masalahnya, baru 4 bulan guna starter tu tiba2 hari ni langsung tak boleh start kereta, bateri baru. Bunyi starter mcm 'click' banyak kali bila turn on kunci.
ReplyDeletemaybe bole cuba pasang Relay mcm abg jeff bwt ni le.. kes arus tak stabil le ni. TQ abg jeff. info yg amat2 berguna.
ReplyDelete-dewa-
salam..
ReplyDeletenak tanya.. relay starter boleh pasang kat semua kereta ke??
tak kisah ke klu proton, mitsu,toyota,honda ...
tq
bro,12v dr starter tu boleh tambah fuse 15A kan?
ReplyDeleteSalam abg jef...nk tanye rating current yg lalu kt cable ignition brape amp???
ReplyDeleteSalam abg jef...kalau kita nak buat relay dekat rafiator boleh ker? Tlg mnta aja...
ReplyDeletesalam bos... keta sy x leh start.. dh try buka stater n servis,wt jumper stater pusing laju. pasang blk start pakai bateri lain tp sama jugak. cuma bunyi crank stater je.
ReplyDeleteNombor kt gambarajah mcm terbalik je huhu
ReplyDeleteKalo x silap sy...30=+ bateri,85= -bateri,86=ignition suis( asal yg cucuk kt solenoid starter,87=component(ke solenoid starter)
ReplyDeletesye dh try yg kat atas to brasap wayar
Deleteterima kasih sifuu... sy dah berjaya.Jimat duit hujung2 bulan nih...modal rm20,stater relay + wire.hehehe
ReplyDeleteabang Loq Man
ReplyDeleteKlu abng Loq Man experienced wayar berasap, mungkin sambungan wiring yg disyorkan di atas ada kesilapan sedikit.Dlm wiring yg disyorkan di atas, sya lihat terminal 30 relay dan juga terminal 85 menerima arus positive. Terminal 30 direct dari bateri dan terminal 85 dari ignition switch. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana terminal 30 dan terminal 85 adalah triggering terminals [terminals yg akan buat relay berfunsi]. Sepatutnya terminal 30 terima arus dari ignition switch dan terminal 85 disambung ke body earth.Tidak boleh dua-dua ini terminal terima arus positive.
Wire merah yg dapat arus dari sumber bateri (melalui terminal starter motor) disambungkan ke terminal 86 dan wire yg keluar dari terminal 87 disambungkan ke solenoid terminal (asal dia tempat wire dari ignition switch berada). Hasilnya perjalanan arus ke solenoid lebih pendek dan voltage drop dapat dielakkan.
harap ini dapat membantu, apa yg saya tulis sama dgn apa abang ahmad farizs tulis dlm ruangan komen (21 sept 2016) dan cuma detail sikit sya punya explaination.