Pemasangan High Speed Starter

bersua kembali... kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar starter kereta. kebanyakan dari kita mengalami masalah starter yang menakibatkan kereta tidak boleh scrank untuk menghidupkan kereta ataupun ada yang meminati starter high speed dari mitsubishi yang mengeluarkan bunyi seperti proton perdana V6 apabila start kereta, maka perlulah melakukan kerja-kerja yang berkaitan untuk membuka dan menggantikan starter. berikut ditunjukkan bagaimana menukar starter khususnya pada kereta proton dan kaedah ini sama sahaja antara proton wira, saga, perdana dan lainya. kelebihan starter high speed selain daripada bunyinya yang sedap didengar ialah kita dapat crank enjin dengan mudah sebab starter ini menggunakan bearing untuk menjadikan pusingan starter lebih laju dan bertenaga

pertamanya mestilah membuka terminal negatif bateri kerana pada selenoid starter terdapat satu sambungan terus ke positif bateri. jadi perlulah dilakukan seperti ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini yang bakal berlaku seperti spark apabila wayar positif pada starter yang kita buka nanti akan terkena mana-mana body kereta atau pun terkena enjin kereta. spark yang berlaku ini boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan kereta yang lain dan lebih serius ialah boleh menyebabkan kerosakan ECU kereta

buka cable 12v dari bateri ke starter dan inilah satu-satunya wire positif dari kereta disambungkan ke starter. terminal dari ignition atau suis kereta perlu juga dibuka seperti yang ditunjukkan di atas. hanya perlu tekan dan tarik sahaja soket. wayar ini boleh dilihat melekat pada selenoid starter pada bahagian badan starter

nat starter hanya ada dua sahaja yang bersaiz 14mm seperti yang ditunjukkan di atas. kerja membuka nat ini agak mudah bagi kereta carb kerana banyak ruang dan kalau kereta injection perlulah membuka terlebih dahulu air filter box untuk menyenangkan kerja anda. sangat mudah sekiranya menggunakan ratchet wrench

proses membuka nat starter yang bersaiz 14mm yang terletak pada bahagian gearbox kereta. nat ini boleh dilihat melalui bahagian gearbox atau boleh dilihat melalui box air filter

pada nat starter pada bahagian gearbox biasanya terdapat satu wire terminal negatif dari bateri yang disambung ke sini. bermakna wayar grounding  atau negatif daripada bateri memang disambungkan dengan satu nat starter

dua nat starter dan satu nat 12mm untuk mengikat terminal 12v dari bateri ke selenoid starter

keluarkan starter standard iaitu pada sebelah kanan gambar di atas. starter standard yang asal kereta selalunya lebih gemuk daripada starter high speed
$ads={1}
starter high speed dari model mitsubishi, pada belakang selenoid tertera lambang mitsu ( 3 diamond)

starter standard agak 'gemuk' jika dibandingkan dengan starter high speed

pasang starter baru pada tempatnya seperti yang ditanda dengan bulatan

pasang nat 14mm untuk mengikat starter sementara itu pada bahagian belakang starter iaitu pada bahagian selenoid pasang balik terminal 12v dan soket dari ignition

bila selesai, pasang semula terminal negatif bateri dan bolehlah start kereta anda. sesungguhnya starter high speed ini bunyinya lain daripada starter standard... bunyi macam perdana V6 dan dengan mudah kereta dapat dihidupkan kerana starter ini lebih berkuasa jika dibandingkan dengan starter asal kereta

sekian, terima kasih
jumpa lagi

80 تعليقات

  1. bentan, enjin 4g13/15 plug & play je. gambar yang pasang pun tu enjin 4g15

    ردحذف
  2. kalau 4g9x mcm mana? bleh p/p jugak ker?

    ردحذف
  3. apa beza starter evo dgn standet..dari segi perfomance..senang nak idup ke abg jeff

    ردحذف
  4. starter evo atau high speed pakai bearing dalam tu dan yang standard punya takde, pakai motor. high speed crank kete senang hidup

    ردحذف
  5. yg di gambar tu baru ye? ade jual ke baru punyer stater evo?

    ردحذف
  6. bukan baru dan bukan dari evo, tu dari V6 yang telah diubahsuai untuk masuk kat wira, kalau ori V6 tak dapat masuk sebab nat ada lain sikit

    ردحذف
  7. kalo pkai yg evo 3 punye..masuk ke???

    ردحذف
  8. cara pemasangan sama cam tu jgk la..

    ردحذف
  9. lancer punye bleh pakai? lancer n evo ada ubah suai @ pnp?

    ردحذف
  10. slamm..
    kalau yg seken ade kat haftcut..
    nk yg baru maner boleh dapat bro??

    ردحذف
  11. starter yang baru boleh diperolehi di kedai spare part atau kedai bateri

    ردحذف
  12. mantop... saya pki vr4 auto... hi speed jugak...

    ردحذف
  13. klu engine 4g13 manual.. starter vr4 mesti pakai manual jugak ker? atau auto pnya starter pun bole?

    ردحذف
  14. kalau enjin manual kena pakai starter untuk manual, sebab tak sama dengan starter auto

    ردحذف
  15. bro!! klu waja manual boleh guna starter ni jg ke? atau pun starter high speeed apa yg boleh PNP ngan waja

    ردحذف
  16. Salam..mcmne nak tau starter kita dah kong ke tak..

    ردحذف
  17. starter dah kong bila tak boleh befungsi, kena service

    ردحذف
  18. pakai starter perdana pn bleh....
    baru, murah lak 2...

    ردحذف
  19. Bro
    aku pakai Wira (4G92, SOHC, tahun 1996).
    Nak tukar p starter EVO 3. Boleh ke?
    TQ
    -Hotrod MOnza-

    ردحذف
  20. Salam bro,
    saye pkai doch 4g92.. starter skank dah kong..
    nak masuk vr4 boleh?? org yg jual xtau.. tau jual je.. he3..
    Please relpy A.S.A.P..
    TQ!
    -Barique-

    ردحذف
  21. lpe nak ckp.. doch 4g92 saye auto... so mcm ne 2?
    -barique-

    ردحذف
  22. kena dapatkan starter high speed auto. manual dan auto ada beza

    ردحذف
  23. bro,berapa harga tuk starter manual?

    ردحذف
  24. bro klu ada kaki n boleh dpt kan starter starter high speed manual ni email kt kwn yer..berminat nk cari.. bummp..

    fazsly08@yahoo.com

    ردحذف
  25. saya ada satu starter manual high speed. kalau nak boleh email saya

    ردحذف
  26. assalamualaikum abg jeff... saya ingat nak pakai starter v6 kat wira 1.5 manual saya ni...tp kalu nak modified starter V6 tu susah ker?...x der diy utk modified ker bang?...

    ردحذف
  27. boleh masuk kat wira 1.5 tapi kena mod kepala starter tu, kena pakai kepala high speed mitsu jugak

    ردحذف
  28. mane lokasi sebenar startar nie.puas jengok x nampak pon kelibat die dalam enjin bay

    ردحذف
  29. lokasi starter proton ada kat belakang blok berhampiran dengan gearbox

    ردحذف
  30. abang jeff..
    nak tanya.saya pakai proton 4g15 dan pakai cluthplate supertouring.. saya nak pakai starter vr4 , tapi pomen kata tak boleh masuk . betul ker.. mintak penjelasan ..

    ردحذف
  31. Salam abg jeff..
    kete saya satria 1.3, bila start bunyi ada api karen cukup sbb bateri pon ok lampu menyala. masalahnya tak jugak boleh dihidupkan enjin. adakah itu masalah starter atau fuel pump minyak xsmpi .. cm mana nak tahu staarter ok ke tak .. wasalam . tq

    ردحذف
  32. 4G15 boleh masuk starter vr4. kalau 4G92 confirm tak dapat sebab sangkut kat pipe air belakang blok. starter kalau masa crank bunyi bermakna ok tapi masalah tak hidup tu masalah lain, kemungkinan berkaitan dengan minyak atau api

    ردحذف
  33. confirm ke bateri ok? kalo dah lama tak tukar bateri dan bunyi crank sahaja, cuba try tukar bateri. kadang2 yg lain semua ok (lampu, player) tapi susah nak hidup atau bunyi crank sahaja.

    ردحذف
  34. jeff.. klu kite start enjin pg2 ok je. sekali pusing kunci terus hdp keta.. tp da lama2 bw.. berhenti.. susah nk hdp bile kunci diputar utk start enjin. sampai bunyi crank jd panjang utk menghidupkan enjin.. knp yea.. sy pki starter VR4. harap dapat di jelaskan..

    ردحذف
  35. As salam bro, nak tanya nie, saya pakai saga manual 1.3, 4G13, nak beli starter v6 perdana. so ada jenis ke saya patut beli? dan adakah perlu dibuat modifikasi ?

    thanks!

    ردحذف
  36. starter V6 perdana tidak boleh masuk secara plug n play pada saga/wira, kena mod kepala starter dengan kepala starter asal

    ردحذف
  37. sabtu lepas kawe telah d.i.y masuk starter 3 diamond...berjaya...thanks bro 4 tunjuk ajar n panduan....

    ردحذف
  38. salam. bro klu untuk waja engin 4g18 bole pakai V6 pnya ke??? bole plug n play trs ke??? tq

    ردحذف
  39. saya rasa kalau nak masuk starter v6 kat waja tak dapat kerana kedudukan lubang skru kat starter vr senget sikit dan tidak selari seperti stater standard waja

    ردحذف
  40. pas tu klu waja nk masuk model ape pnya?

    ردحذف
  41. Salam..
    saya baru convert gearbox manual gsr..
    nak tanyalah, klu start kete ade bunyi mcm crank..
    masuk ni da 2 kali tukar kat tmpt yg buat gb tu.. tapi bunyi still ade, mmber saya kate mmg bunyi mcm tu.. bunyi mcm bearing tak masuk, tapi kete blh start..agak kuatlah bunyinye..

    mmg mcm tu ke bunyinyer?

    ردحذف
  42. adakah flywheel pernah skim, bunyi macam tu kebiasaannya disebabkan oleh flywheel dibuang agak banyak

    ردحذف
  43. oo..
    mmbr sy yg lain pun ckp mcm tu gak..
    sbb baru seminggu convert..ok2..
    tq bang..

    ردحذف
  44. lagi satu,
    klu mcm mslh saya tu, nak tukar starter yg sesuai atau tkr flywheel? mn yang sesuai..

    ردحذف
  45. bang..stater high speed ape yg sesuai kat engin 4G92 SOHC nie??

    ردحذف
  46. salam bro, untuk waja 1.6 auto,bro ada tak untuk starter high speed auto,kalau ada berminat nak beli..

    ردحذف
    الردود
    1. banyak gila babi soalan kau.. bape banyak ketee mat lu ada haha

      حذف
  47. starter standard pun boleh service macam biasa. starter hig speed untuk waja takde stok

    ردحذف
  48. kalau guna starter perdana untuk waja auto boleh ker?

    ردحذف
  49. salam abg jeff..
    terima kasih byk2 kerana sudi kongsi ilmu. hari ini saya telah berjaya menukar starter wira yang rosak dgn high speed starter..tq.

    ردحذف
  50. salam bang jeff. saya nak tanya nie. abg saya dah repair kereta abis beribu2 tahun lepas dalam anggaran 11 k. so pomen cakap tukar aircond la tukar nie la tukar tu la. sampai dah tukar throtle body. so dah tukar bateri baru gak. masalah utama sekaran enjin kadang2 boleh start dan xboleh. bila start dia bunyi kktakkk sekali je pastu enjin xstart sampai cuba start balik sama gak. sampai bateri kong. pastu cuba la jumper pakai keter lain so masalah sama berlaku juga. so masalah ke2 plak bila bawa kete jalan dah jau dalam 30 km. enjin dia merudum. bila tukar gear tekan clucth enjin mati. pomen kata tuka computer box. so computer box dah tuka masalah sama gak. so masalah ke 3 pula enjin jalan buka aircond je timing jatuh kadang2 mati. so masalah ke 4 bila start enjin lampu CHECK ENJIN menyala. dah abis belas ribu abg saya abiskan duuit. so mungkin abg tahu apa masalah. klu pasal starter saya dah servis. starter wira yg abg saya punya xsama mcm standart ataupun xsama macam yg v6 punya. plik la. harap2 abg boleh jelaskan

    ردحذف

  51. saya pakai starter moto macam nie

    http://www.ebay.co.uk/itm/Proton-Wira-1-5L-Petrol-Starter-Motor-LRS00473-/251109149316?_trksid=p4340.m263&_trkparms=algo%3DSIC%26its%3DI%252BC%26itu%3DUCI%252BIA%252BUA%252BFICS%252BUFI%26otn%3D15%26pmod%3D310237446261%26ps%3D63%26clkid%3D2594888010121228717&_qi=RTM1062688#ht_3090wt_1271

    ردحذف
  52. saya rasa bukan masalah starter, kemungkinan ada masalah lain yang berkaitan dengan wiring ataupun masalah enjin

    ردحذف
  53. 4g92 cun pkai high speed starter dr model ape yer..?

    ردحذف
  54. Assalam. Abg Jeff, nak tnya sikit. Starter VR4 bole ke pasang kt iswara yg dh convert enjin 4g91 carb manual??

    ردحذف
  55. Salam. Bang Susah ke nak mod kepala starter v6 dengan kepala starter standard. TQ.

    ردحذف
  56. askm.. sya pakai enjin 4g13.. flywheel dah tukar super tuoring 5 lubang...tapi pakai starter standart. bila crank bunyi mcm gigi starter tak ngam dgn fly wheel la.. starter pakai yg 8 gigi... ade ke jenis starter yg lain?

    ردحذف
  57. salam cikgu, sye ade starter perdana v6 auto..on plan nak modie masuk ke wira 1.5 manual sye..sbbnye sye ada sbjik starter stendet yg dah kong..blh juz pnp ke atau kena barai starter stendet manual tu then tukar kpla starter tu utk psg ke strter perdana v6 auto baru blh gn kat wira 1.5 manual..ke ada benda lain kena buat atau mmg tak blh buat?


    trma ksh cikgu jeff ;)

    ردحذف
  58. Salam Abg Jeff.. Kereta sy ada prob nak crank. Pada mulanya masa sy crank lgsg xde crank.. Ingt starter rosak, sy pn beli starter baru. Bila siap pasang starter baru nk crank pun senyap jgk. Last sy try jump wire, starter dpt crank tp dia bunyi kasar mcm benda bergesel dan tak berhenti crank. Apa masalahnya abg Jeff?

    ردحذف
  59. Salam Abg Jeff.. Kereta sy ada prob nak crank. Pada mulanya masa sy crank lgsg xde crank.. Ingt starter rosak, sy pn beli starter baru. Bila siap pasang starter baru nk crank pun senyap jgk. Last sy try jump wire, starter dpt crank tp dia bunyi kasar mcm benda bergesel dan tak berhenti crank. Apa masalahnya abg Jeff?

    ردحذف
  60. cikgu sy tlg jawabkn pertnyaan bro sham,
    bri sham guna kete apa..biasa klau crank kosong ni,tgk pde 2 keadaan,bateri ada power ke x,ke2 wayer earth pde bateri ke engine,
    bunyi kasar mse bro crank tu punca solonoid xbalas blik..tnggu prtnyaan dri cikgu

    ردحذف
  61. Assalamualaikum nak tanya la sikit ni, saya ada waja tapi saya dah tukar injin kepada gsr bersama bodykit kepada evo 10, convert 100% jd evo 10 bodykit.. Tapi bila saya pecut kereta mencecah 230km/j kereta saya akan terpadam sendiri dan terpaksa tunggu sampai 2 hingga 5 minit untuk kembali menghidupkan injin, kedua, asal awal pagi je nak start injin terpaksa guna kereta jiran sebelah untuk jumper.. Nak tak nak hidupkan kereta saya.. Tolong la apa yang harus saya lakukan untuk menormalkan kembali kereta saya?

    ردحذف
  62. Salam bang..nak tanya wira 4g13 boleh pakai starter perdana tak..tq

    ردحذف
  63. SALAM....STARTER SY DH KONDEM..MMG XLEH START LG....KT MNE NK DPTKN STARTER YG THAN LAMA YE..SY PKAI WIRA 1.6 AUTO..KLAU ABG ADE STARTER YG BGUS DR KDAI SPAREPART BOLE XBGTAU SY MELALUI MAIL....

    ردحذف
  64. Salam sejahtera bro jeff... sy nak tanya.. starter vr4 blh ke masuk enjin 4g9x??? Skrng ni enjin dh setting high compression... crank mmg liat nak start. Enjin panas terus xleh start.. kena tunggu dkt 30 minit br blh start... apa masalah sebenarnya.. runsing fikir.. terima kasih sy ucapkan kerana berkongsi ilmu.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors