bersua kembali... kali ini saya akan tunjukkan bagaimana hendak menukar coil dalam stepper motor bagi trottle body dohc mitsu/proton. kebiasaannya kerosakan stepper motor akan menyebabkan idling kereta tidak stabil lebih-lebih lagi semasa on ekon, rpm akan drop dan kadang-kadang boleh menyebabkan enjin terus mati. kebanyakan masalah berpunca dari coil stepper motor yang rosak. salah satu cara lagi nak kenalpasti kerosakan alat ini ialah semasa cold start waktu pagi rpm terus drop bawah 500 rpm, sepatutnya stepper motor lah yang berperanan bertindak sebagai auto choke untuk menaikkan rpm semasa start pagi dan perlahan-lahan akan turun ke normal rpm apabila suhu enjin panas dan stabil
peralatan yang perlu digunakan, multimeter, screw driver, solder dan stepper motor yang dikenal pasti sebagai bermasalah. multimeter digunakan untuk menguji nilai ohm setiap coil sama ada masih lagi elok atau tidak. bagi pengguna enjin SOHC memang tidak ada stepper motor ini kerana enjin sohc menggunakan sistem gear pada throttle body yang berperanan sama seperti peranan stepper motor ini
lihat pada nombor yang tertera. untuk mengetahui sama ada coil rosak atau tidak tap kan multimeter untuk mengetahui bacaan ohm iaitu tap kan pada 1 dan 2, 2 dan 3, 4 dan 5, akhirnya 5 dan 6. sepatutnya ada bcaan ohm diantara 30 - 40 ohm. kalau tidak ada bacaan antara pin tadi bermakna coil dah rosak, sudah sampai masanya untuk ditukar dengan coil lain
ni contoh bacaan pin 1 dan 2 dengan bacaan 33.3 ohm. dalam kes stepper motor saya tu hanya pin 5 dan 6 sahaja tidak ada apa-apa bacaan dan ini bermakna satu coil terpaksa ditukar dengan coil lain yang saya perolehi dari stepper motor lain
buka 3 nat dengan screw driver pada bahagian belakang stepper motor seperti yang tertera pada gambar di atas. ada kalanya skru ini sangat ketat jadi peralatan yang sesuai hendaklah digunakan supaya tidak merosakkan skru ini
buka 3 nat dengan screw driver pada bahagian belakang stepper motor seperti yang tertera pada gambar di atas. ada kalanya skru ini sangat ketat jadi peralatan yang sesuai hendaklah digunakan supaya tidak merosakkan skru ini
setelah nat dibuka dan pisahkan stepper motor seperti di atas iaitu dua bahagian, satunya bahagian kepala stepper motor dan bahagian belakangnya
ini rupa coil dengan 6 pin yang disolder pada bahagian kanan tu. bawah plate besi tu ada coil. terdaapt dua coil yang disusun secara atas dan bawah dan disolder ke kaki pin untuk soket
desolder untuk menanggalkan coil pada stepper motor
ini lah rupa coil yang dikeluarkan. 3 pin setiap coil inilah yang bersambung dengan soket wiring nanti pada kereta. kalau rosak satu coil maka rosaklah stepper motor tersebut
$ads={1}
$ads={1}
coil kanan berfungsi dengan baik manakala yang sebelah kiri dah rosak, jadi tukar satu je sebelah kiri supaya dapat berfungsi dengan baik nanti
saya ambik dari stepper motor yang rosak jugak, nasib ada satu coil cantik lagi, jadi bolehlah saya tukarkan dengan stepper motor yang coilnya dah rosak tadi
cap coil dengan terminal untuk socket yang disambungkan dengan socket wiring kereta
pasang coil satu dan solder seperti asal, pastikan kedudukannya sama seperti sediakala supaya tidak mendatangkan masalah apabila dipasangkan pada kereta nanti
pasang coil 2 dan solder semula dengan baik
dah siap solder coil 1 dan coil 2 pada tempat asalnya
masukkan spring kat tengah-tengah coil dan pasang balik bahagian ini dengan bahagian muncung atau kepala stepper motor. sekali lagi test kedudukan pin dengan multimeter. kalau ada bacaan pada setiap pin bermakna stepper motor berkeadaan baik. apabila saya pasangkan pada kereta ternyata stepper motor ini berfungsi dengan baik, on aircond pun rpm naik dan tidak drop lagi
sekian, terima kasih
selamat mencuba
sekian, terima kasih
selamat mencuba
bang...siemen vdo takleh wat camne kan?huhuhuhuhuh...dah letak ficd pun kadang2 kat trapic light pun enjin macam nak mati...heheheh
ردحذفnor> vdo tak ada stepper motor. try set ficd bagi rpm tinggi sikit masa on ekon
ردحذفselalu set berape kalau auto??900?
ردحذفsalam.....saya ni pkai wira 1.5 tahun 2000..saya nk tanya..selalu nya kalau kita nk start engine,kita kena tunggu lampu check engine padam baru kita start kan..so masalah yg saya skang ni, kenapa bila lepas saja start keta lampu check engine tu menyala balik..tapi dlm 3,4 saat mcm tu dia akan padam balik...dulu xde jadi camni..so agak2 ape prob nya?harap dpt membantu...
ردحذفketa say wira thn2001 rasanye throtle body jenis vdo siemens, masa on ekon idling turun naik, apa nasihat utk baikinye.throtel body ini ade jual part-part ke?
ردحذفlampu check engine tu padam ke?saya tunggu satu bunyi tu padam...pastu start engine...dari mula beli sampai sekarang memang tak padam engine check tu...tunggu bunyi padam je...
ردحذفbrader nor...bole tau keta tahun bila?setahu saya wira/satria yg pkai vdo siemens punye wiring memang mcm tu pun..bunyi pdm baru start..sebab saya punye tahun 2000 masih pkai mitsu pnye wiring..ade beza kt situ..lampu check engine pdm baru start..
ردحذف2004
ردحذفBro, klu Waja 4g18 punya coil sama 30-40 ohm ko? thx.....
ردحذفkalau waja tak pasti sama atau tidak
ردحذفISC ni kan ada dua coil. Bagaimana nak pastikan mana satu yg rosak?
ردحذفkena cek satu-satu lah, kalau bacaan ohm takde bermakna rosak
ردحذفkalau isc ok tapi autochoke dan bila on aircond rpm drop..pagi2 start rpm dlm 700 bila engine dah panas baru rpm naik sampai 1..
ردحذفsalam bang.. kalau throttle body mivec .. stepper motor dan tps pakai yang gsr boleh tak?? bahagian bawah throttle mivec pakai yang gsr punye
ردحذفstepper motor dan tps serta bahagian bawah throtle body gsr boleh masuk kat TB mivec
ردحذفorait tq.. kira wiring dia sama la kan.. pakai kat wiring mivec
ردحذفwirning pun sama, boleh pakai tanpa masalah
ردحذفklau no 3 dgn 4 tkde menunjukkan ohm nk kena tukar dua2 sekali ke stepper motor tu
ردحذفpin 3 dan 4 memang tak ada bacaan ohm sebab coil lain-lain. dalam tu ada 2 coil atas dan bawah
ردحذفsye baru je tkr enjin evo 3 ke perdana..bile kereta sejuk enjin x de problem..timing cantik je...ble da panas enjin mula buat hal...timing jd x betul dan check enjin pon menyala...adakan ini masalah stepper motor atau throttle body...minx pengalaman yang arif tmtang masalah ini....sekaian
ردحذفsalam bro...nk tnye sikit..kete sy pakai enjin mitsu 4g92 sohc...masalah die kalau off ekon timing cantik...bile on ekon timing drop pastu lpas jln dlm stngh jam, timing ok balik...pastu off eon balik, timing naik ke 1.5k...lpas 2 3 kali jalan off ekon timing trun jd normal balik...mcm mane ea? tolong skali bro...masalah stepper motor ke bro..tq
ردحذفsibuk ar kau dgn enjin cabok kau..aku nak bro jeff jawab pasal evo atas tu
حذفmasalah stepper motor ni, try swap dengan yang ok dan tengok hasilnya
ردحذفok bro..nati sy cuba..tq bro...
ردحذفsalam bro...blh x throttle body sohc tukar kepada dohc...mcm mana wiring nya
ردحذفthrottle DOHC dengan SOHC lain, wiring lain. susaha nak masuk tb dohc kat tb sohc
ردحذفabg jeff apa beza ISC dengan IAC?agak keliru lah dengan dua benda ni..
ردحذفlebih kurang sama je function, isc (idle speed control) manakal iac (idle air control) semuanya nak control idling atau rpm
ردحذفsalam bang..kat mane ade jual stepper motor ni 4g93 yang baru n berape harga..tlg..tq..
ردحذفstepper motor baru boleh beli kat ebay US dengan harga rm400 lebih. yang 2nd hand boleh cari kat halfcut dengan harga sekitar rm100 - rm180
ردحذفsteper motor mivec sama x boleh masuk x ngan 4g93 ?
ردحذفsalam abe jeff...coil tu ada jual ke?? coil shj....
ردحذفsalam jeff, ada org kate, hose radiator ke tb 1.3 n 1.5 wira no same?
ردحذفsalam..ingin bertanya.. semasa kita on kunci TANPA start kereta adakah ISC motor akan berputar naik turun? sy ada manual berkenaan mitsubshi yg mengatakan semasa on kunci tanpa start ISC akan berputar dan kalu tidak berputar ada masalah dgn control relay atau ecu. sy pernah tgk dlm youtube engin 4gxx bila on kunci isc yg dicabut keluar tp masih bersambung dgn soket wayar , isc tersebut berputar naik turun, sy dh cuba pada kereta sy 4g92 tp isc tidak berputar.. jd minta pendapat mana2 individu utk cuba tgk isc berputar atau ada bunyi semasa on kunci..
ردحذفmemang akan berputar sebab itulah masa on kunci akan ada bunyi pada stepper motor
ردحذفkalu kes sy mcm mana ya.. nk check dr mana utk pastikan isc berputar masa on kunci..sy pernah bt test.. cabut isc on kunci..buka nut distributor dn bila pusing2 distributor ok isc berputar.. satu lg bila cabut terminal -ve bateri n pasang blk bila on kunci isc brbunyi.. apa masalah yer.. isc ok..ohm semua cun..enjin 4g92 dohc
ردحذفAssalamualaikum n salam sejahtera,nak tanya pendapat semua,waja 1st model engine mitsubishi problem bila stop kat traffic light rpm slow2 turun,enjin start bgegar pastu mati sdri.xboleh start da pastu,kena tggu lama 1,2jam baru bole start.
ردحذفFuel pump n fuel filter baru tukar.dah survey kdai ckap MUNGKIN fuel pump relay,ade 2bijik,wiring,ignition coil,fuel sensor,atau throttle body.
Kete ni baru je cat,mungkin jugak ade yg kdai cat tu bukak n pasang xbetul.
Sape yg bpengalaman boleh tunjuk ajarku sifu.
Trima kasih.
Salam bang jeff qu mnt tlg....wirring isc nya u/mitsubishi galant..ni e-mail saye...zacky276782@rocketmail.com'....mksh
ردحذفTetang soch xpakai stepper motor tu pelik abis yg melekat kt throtrle tu tolong beri beri penjelasan yg lebih terperinci
ردحذف