bertemu lagi... kali ni saya akan paparkan bagaimana membaik pulih headlamp dari mivec (plastik) kalau kaca wira standard tidak dapat jalankan proses seperti ini. biasanya lampu plastik mivec dari brand KOITO kelihatan sedikit kekuningan semasa diperolehi dari halfcut, jangan risau... kita jalankan proses restoration terhadap lampu berkenaan agar pulih seperti sediakala dan dapat menghasilkan cahaya yang terang benderang seperti baru. harus diingat juga kadar kecerahan cahaya bukan sahaja bergantung pada kaca ini tetapi banyak bergantung pada reflektor dalam lampu, kalau agak kusam bermakna cahaya yang dihasilkan nanti akan nampak malap sedikit dan begitulah sebaliknya
sepasang headlamp koito mivec plastik yang kelihatan agak kekuningan pada permukaan lampunya. hasilnya kalau pasang kat kereta akan kelihatan tidak menarik dan nampak sedikit pudar tambahan pula cahaya lampu nanti turut mendapat kesannya
sebenarnya untuk polish permukaan headlamp ini tak perlu pisahkan cover dari housingnya, saya tanggalkan sebab nak spray hitam kat reflektor, nak smoked headlamp. gunakan hairdryer untuk menanggalkannya cermin dengan housing headlamp
pisahkan plastik cover dari housing dan siap untuk dispray. cover dengan masking tape pada mana-mana bahagian yang tak mau dihitamkan. boleh rujuk entri khusu mengenai smoked headlamp di dalam entri blog lain
pisahkan plastik cover dari housing dan siap untuk dispray. cover dengan masking tape pada mana-mana bahagian yang tak mau dihitamkan. boleh rujuk entri khusu mengenai smoked headlamp di dalam entri blog lain
dah siap spray flat black high temp, cuba tengok entri blog terdahulu mengenai cara nak spray headlamp
plastik headlamp yang kelihatan kusam dan kuning akibat kepanasan bulb serta terdedah kepada cahaya dan kepanasa terik matahari. kalau kereta banyak parking kat ruang tertutup atau berbumbung kemungkinan akan menjadi kuning agak susah sedikit jika dibandingkan dengan kereta yang terdedah di bawah cahaya matahari pada tempat terbuka
gosok dengan kertas pasir 1000 grit dengan menggunakan air sehingga warna kekuningan itu hilang seratus peratus. tak perlu gosok kuat pun, hanya menggunakan tangan sahaja
kemudian gunakan kertas pasir 2000 pulak untuk melicinkan lagi permukaan headlamp ini. gosok dengan menggunakan air dan pastikan kertas pasir ini boleh digunakan dengan air. kertas pasir kering tidak sesuai untuk tujuan ini
lihat dua perbezaan, atas dah siap gosok dengan kertas pasir 1000 dan 2000. bawah yang belum buat lagi dengan dengan kertas pasir. nampak sedikit perbezaan dari segi warnanya
dah siap gosok dengan kertas pasir, keringkan terlebih dahulu dan anda dapat lihat permukaan yang tidak berkilat seperti di atas. sebenarnya permukaan ini dah licin cuma tidak berseri sahaja, perlu dipolish supaya berkilat dengan menggunakan bahan tertentu
$ads={1}
$ads={1}
gunakan rubbing compound dan mesin polish untuk kerja-kerja mengilatkan kembali permukaan lampu tersebut. rubbing compound ini boleh didapati di kedai menjual cat automotive
mesin polish black & decker untuk memudahkan kerja ini. tanpa mesin ini pun boleh juga gunakan tangan tapi maklum sahaja lah kalau nak polish tanpa mesin. gambar atas kerja-kerja polish permukaan lampu sedang dijalankan
lihatlah hasilnya pada gambar bahagian atas. bandingkan dengan bawah. atas dah naik serinya, dah nampak kilatnya jika dibandingkan dengan bawah yang belum dipolish
dah siap polish kedua-dua permukaan cermin/plastik
pasang balik kat housing lampu dan lihatlah hasilnya, seperti baru kan. kalau nak cantik lagi kita boleh tinted lampu ini dengan bahan plastik khusus untuk headlamp. ada jual di kedai aksesori kereta dengan harga sekitar rm30-rm50 untuk sepasang lampu kereta bergantung juga dengan saiz headlamp
fuhhh...berkilat tul jadinye...puashati....
ردحذفnice work... hehehe..
ردحذفterBaek...
CAYALAHHH BANG JEFFF....
ردحذفnak tanya la. kalau headlamp LMST leh guna cara ni tak? sebab saya punya headlamp sekarang dah hensem mengalahkan tenuk. hahahaahah.
ردحذفapa sahaja headlamp plastik boleh buat seperti kaedah di atas
ردحذفkalau kaca x leh buat proses ni ka en. jeff..
ردحذفSalam Jef, kawe selok habis blog demo dari 2009 hingga 2010. Tahniah, banyak info berguna untuk pemilik kereta Malaysia terutamanya kepada pemilik mace Wira ... projek diy 2011 dah mula ke?
ردحذف[tok_nebe]
tq tok_nebe kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini. projek diy bagi tahun 2011 akan bermula sabtu ini nanti, tunggu kemunculan update terkini, maklumlah awal tahun ni sibuk sikit
ردحذفkalo headlamp kaca cmne abg jeff?n yg pki rubbing compound tu,kalo nk wat blah dlm cmne?lmpu hyundai getz da kuning la..blah lua da pki tutlr wax bg kilat blk,tp blah dlm xsetel lg..
ردحذفKaca dokleh buat ^_^
ردحذفBeli baru jer boh........
mahal la pulok boh...hehe..tp getz pki plastic kot..
ردحذفBalik ni satu set cover headlamp akan melayang2 ke Seberang Takir, keekkeke!
ردحذفtapi abang jeff....nanti lampu tu akan kuning balik tak?...ada tak cara supaya ia takkan jadi kuning semula?
ردحذفkalau guna bulb 100/90w akan cepat jadi kuning semula sebab haba yang panas. kalau standard ok je... cuma jangan tertedah sangat dengan matahari
ردحذفabg jeff. nak tanya sikit. saya pasang alarm. tp cina tu connect wayar lampu besar. bila picit alarm..lampu besar yang menyala. mcm mana nak connect supaya bila on alarm lampu signal yang menyala. ada cara x? diagram ke? saya pakai enjin mitsu 4g91 wiring mitsu dashboard pun mitsu 4g91.
ردحذفkena ubah balik wiring sambung ke parking lamp iaitu lampu signal
ردحذفwayar parking lamp tu kat mana? kat suis signal ke? atau kat hazard suis tu?
ردحذفari tu ada gi kedai..cina tu nak rm30. katanya kena tambah relay 2 ketul. kalu bleh buat sendiri save sikit.
wayar kat suis signal, ada dua wayar untuk kiri dan kanan signal, letak dua diod kat situ
ردحذفsalam bro..sy ade dengar kalau guna cara ni tak tahan lama sbb ade lapisan anti-uv kita dah buang..betul ke?
ردحذفdua diod? diod tu ape abg jeff?
ردحذفkurang paham sikit.
saya dah check. satu wayar dia connect ke wayar lampu ( hijau/putih) satu lagi ke wayar lampu brek kat pedal brek tu. nak kena ubah wayar2 ni ke ke wayar signal?
dah berjaya sambung lampu alarm tu abg jeff.
ردحذفbila on alarm lampu signal dah menyala. TQ bg panduan sikit.
salam abg jeff,ni adik nk tnye skit,boleh tak abg jeff tunjukkan cara nak tinted signal wira jd kaler oren?time kasih.
ردحذفtinted signal kena gunakan heat gun atau boleh gunakan har driyer uant panaskan sticker supaya senang nak ikut shape signal tu
ردحذفok.tq abg jeff.
ردحذفSalam Brader Jeft, sy punya lampu depan tk terang la.. wira model 1994. Dalam forum ada mengatakan tambah relay. Boleh tak sekiranya brader jeft menunjukkan cara bagaimana nak pasang relay tu serta jenisnya sekali...Terima Kasih
ردحذفIt's a nice article regarding headlight restoration. I am proud of you guys and how you did it. Fantastic!
ردحذفthank for great tips...
ردحذفsalam,nak tanya..rubbing compound semua jenis ke boleh pakai untuk polish lampu plastik ataupun kena guna compound khas untuk plastik?
ردحذفrubbing compound boleh guna kat mana-mana lampu plastik
ردحذفbro Jeff,soft 99 guna as polish utk lampu plastic ok ke???
ردحذفDah 2016 baru jumpa blog ni.Tqvm bang jep!
ردحذفDah 2016 baru jumpa blog ni.Tqvm bang jep!
ردحذف