Headlamp Restoration

bertemu lagi... kali ni saya akan paparkan bagaimana membaik pulih headlamp dari mivec (plastik) kalau kaca wira standard tidak dapat jalankan proses seperti ini. biasanya lampu plastik mivec dari brand KOITO kelihatan sedikit kekuningan semasa diperolehi dari halfcut, jangan risau... kita jalankan proses restoration terhadap lampu berkenaan agar pulih seperti sediakala dan dapat menghasilkan cahaya yang terang benderang seperti baru. harus diingat juga kadar kecerahan cahaya bukan sahaja bergantung pada kaca ini tetapi banyak bergantung pada reflektor dalam lampu, kalau agak kusam bermakna cahaya yang dihasilkan nanti akan nampak malap sedikit dan begitulah sebaliknya

sepasang headlamp koito mivec plastik yang kelihatan agak kekuningan pada permukaan lampunya. hasilnya kalau pasang kat kereta akan kelihatan tidak menarik dan nampak sedikit pudar tambahan pula cahaya lampu nanti turut mendapat kesannya

sebenarnya untuk polish permukaan headlamp ini tak perlu pisahkan cover dari housingnya, saya tanggalkan sebab nak spray hitam kat reflektor, nak smoked headlamp. gunakan hairdryer untuk menanggalkannya cermin dengan housing headlamp

pisahkan plastik cover dari housing dan siap untuk dispray. cover dengan masking tape pada mana-mana bahagian yang tak mau dihitamkan. boleh rujuk entri khusu mengenai smoked headlamp di dalam entri blog lain

dah siap spray flat black high temp, cuba tengok entri blog terdahulu mengenai cara nak spray headlamp

plastik headlamp yang kelihatan kusam dan kuning akibat kepanasan bulb serta terdedah kepada cahaya dan kepanasa terik matahari. kalau kereta banyak parking kat ruang tertutup atau berbumbung kemungkinan akan menjadi kuning agak susah sedikit jika dibandingkan dengan kereta yang terdedah di bawah cahaya matahari pada tempat terbuka

gosok dengan kertas pasir 1000 grit dengan menggunakan air sehingga warna kekuningan itu hilang seratus peratus. tak perlu gosok kuat pun, hanya menggunakan tangan sahaja

kemudian gunakan kertas pasir 2000 pulak untuk melicinkan lagi permukaan headlamp ini. gosok dengan menggunakan air dan pastikan kertas pasir ini boleh digunakan dengan air. kertas pasir kering tidak sesuai untuk tujuan ini

lihat dua perbezaan, atas dah siap gosok dengan kertas pasir 1000 dan 2000. bawah yang belum buat lagi dengan dengan kertas pasir. nampak sedikit perbezaan dari segi warnanya

dah siap gosok dengan kertas pasir, keringkan terlebih dahulu dan anda dapat lihat permukaan yang tidak berkilat seperti di atas. sebenarnya permukaan ini dah licin cuma tidak berseri sahaja, perlu dipolish supaya berkilat dengan menggunakan bahan tertentu
$ads={1}
gunakan rubbing compound dan mesin polish untuk kerja-kerja mengilatkan kembali permukaan lampu tersebut. rubbing compound ini boleh didapati di kedai menjual cat automotive

mesin polish black & decker untuk memudahkan kerja ini. tanpa mesin ini pun boleh juga gunakan tangan tapi maklum sahaja lah kalau nak polish tanpa mesin. gambar atas kerja-kerja polish permukaan lampu sedang dijalankan

lihatlah hasilnya pada gambar bahagian atas. bandingkan dengan bawah. atas dah naik serinya, dah nampak kilatnya jika dibandingkan dengan bawah yang belum dipolish

dah siap polish kedua-dua permukaan cermin/plastik

pasang balik kat housing lampu dan lihatlah hasilnya, seperti baru kan. kalau nak cantik lagi kita boleh tinted lampu ini dengan bahan plastik khusus untuk headlamp. ada jual di kedai aksesori kereta dengan harga sekitar rm30-rm50 untuk sepasang lampu kereta bergantung juga dengan saiz headlamp

sudah siap sepenuhnya.... headlamp plastik mivec brand koito made in japan daripada halfcut mitsubishi mivec atau yang seangkatan dengannya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

32 Comments

  1. fuhhh...berkilat tul jadinye...puashati....

    ReplyDelete
  2. nak tanya la. kalau headlamp LMST leh guna cara ni tak? sebab saya punya headlamp sekarang dah hensem mengalahkan tenuk. hahahaahah.

    ReplyDelete
  3. apa sahaja headlamp plastik boleh buat seperti kaedah di atas

    ReplyDelete
  4. kalau kaca x leh buat proses ni ka en. jeff..

    ReplyDelete
  5. Salam Jef, kawe selok habis blog demo dari 2009 hingga 2010. Tahniah, banyak info berguna untuk pemilik kereta Malaysia terutamanya kepada pemilik mace Wira ... projek diy 2011 dah mula ke?

    [tok_nebe]

    ReplyDelete
  6. tq tok_nebe kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini. projek diy bagi tahun 2011 akan bermula sabtu ini nanti, tunggu kemunculan update terkini, maklumlah awal tahun ni sibuk sikit

    ReplyDelete
  7. kalo headlamp kaca cmne abg jeff?n yg pki rubbing compound tu,kalo nk wat blah dlm cmne?lmpu hyundai getz da kuning la..blah lua da pki tutlr wax bg kilat blk,tp blah dlm xsetel lg..

    ReplyDelete
  8. Kaca dokleh buat ^_^

    Beli baru jer boh........

    ReplyDelete
  9. mahal la pulok boh...hehe..tp getz pki plastic kot..

    ReplyDelete
  10. Balik ni satu set cover headlamp akan melayang2 ke Seberang Takir, keekkeke!

    ReplyDelete
  11. tapi abang jeff....nanti lampu tu akan kuning balik tak?...ada tak cara supaya ia takkan jadi kuning semula?

    ReplyDelete
  12. kalau guna bulb 100/90w akan cepat jadi kuning semula sebab haba yang panas. kalau standard ok je... cuma jangan tertedah sangat dengan matahari

    ReplyDelete
  13. abg jeff. nak tanya sikit. saya pasang alarm. tp cina tu connect wayar lampu besar. bila picit alarm..lampu besar yang menyala. mcm mana nak connect supaya bila on alarm lampu signal yang menyala. ada cara x? diagram ke? saya pakai enjin mitsu 4g91 wiring mitsu dashboard pun mitsu 4g91.

    ReplyDelete
  14. kena ubah balik wiring sambung ke parking lamp iaitu lampu signal

    ReplyDelete
  15. wayar parking lamp tu kat mana? kat suis signal ke? atau kat hazard suis tu?
    ari tu ada gi kedai..cina tu nak rm30. katanya kena tambah relay 2 ketul. kalu bleh buat sendiri save sikit.

    ReplyDelete
  16. wayar kat suis signal, ada dua wayar untuk kiri dan kanan signal, letak dua diod kat situ

    ReplyDelete
  17. salam bro..sy ade dengar kalau guna cara ni tak tahan lama sbb ade lapisan anti-uv kita dah buang..betul ke?

    ReplyDelete
  18. dua diod? diod tu ape abg jeff?
    kurang paham sikit.
    saya dah check. satu wayar dia connect ke wayar lampu ( hijau/putih) satu lagi ke wayar lampu brek kat pedal brek tu. nak kena ubah wayar2 ni ke ke wayar signal?

    ReplyDelete
  19. dah berjaya sambung lampu alarm tu abg jeff.
    bila on alarm lampu signal dah menyala. TQ bg panduan sikit.

    ReplyDelete
  20. salam abg jeff,ni adik nk tnye skit,boleh tak abg jeff tunjukkan cara nak tinted signal wira jd kaler oren?time kasih.

    ReplyDelete
  21. tinted signal kena gunakan heat gun atau boleh gunakan har driyer uant panaskan sticker supaya senang nak ikut shape signal tu

    ReplyDelete
  22. Salam Brader Jeft, sy punya lampu depan tk terang la.. wira model 1994. Dalam forum ada mengatakan tambah relay. Boleh tak sekiranya brader jeft menunjukkan cara bagaimana nak pasang relay tu serta jenisnya sekali...Terima Kasih

    ReplyDelete
  23. It's a nice article regarding headlight restoration. I am proud of you guys and how you did it. Fantastic!

    ReplyDelete
  24. salam,nak tanya..rubbing compound semua jenis ke boleh pakai untuk polish lampu plastik ataupun kena guna compound khas untuk plastik?

    ReplyDelete
  25. rubbing compound boleh guna kat mana-mana lampu plastik

    ReplyDelete
  26. bro Jeff,soft 99 guna as polish utk lampu plastic ok ke???

    ReplyDelete
  27. Dah 2016 baru jumpa blog ni.Tqvm bang jep!

    ReplyDelete
  28. Dah 2016 baru jumpa blog ni.Tqvm bang jep!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors