T10 LED Untuk Meter Lancer

bertemu kembali... kali ini diy yang saya lakukan ialah bagaimana menukar bulb meter kepada jenis LED warna biru. sebenarnya untuk menukar LED ini bukan suatu kerja yang rumit cuma perlu buka meter dan dapatkan LED jenis T10 kat kedai accessories sebanyak 5 biji. kalau 4 biji pun dah cukup tapi cahaya nanti malap pada satu bahagian tertentu yang akan ditunjukkan nanti. nak keluarkan meter lancer mitsu sangat mudah jika nak dibandingkan dengan meter wira kerana kalau pada kereta wira kita kena buka dulu panel tengah dan panel meter, barulah meter dapat dikeluarkan. boleh lihat di sini untuk mengetahui bagaimana mengeluarkan meter proton wira

ini meter lancer dibuka dari dashboard. bagi sesiapa yang memakai meter dan dashboard lancer tidak sesukar mana untuk membuka meter ini jika dibandingkan dengan meter wira. harus diingat meter wira tidak dapat menukar LED ini kerana memang dah sedia warna hijau pada meter berkenaan, jadi tetap akan keluar hijau jugak nanti melainkan meter wira keluaran terdahulu yang berlatar belakangkan warna hitam sahaja dapat buat

perhatikan ada 4 biji soket meter yang besar (bulatan merah) dan satu soket kecik (bulatan kuning). 5 bijik inilah yang perlu ditukar untuk mengubah cahaya meter nanti

lima bijik bulb standard yang telah dikeluarkan termasuk satu bulb kecik di kanan sekali

ini pula ialah LED warna biru. macam-macam jenis dan bentuk LED boleh diperolehi di mana-mana kedai accessories tapi pastikan jenis T10 sahaja yang boleh dimasukkan pada soket asal kat meter nanti

bulb standard dah dikeluarkan dari soket meter

masukkan LED pada 4 soket besar dan satu lagi kena mod sikit untuk dimasukkan pada meter nanti. ini dilakukan kerana LED tidak dapat dimasukkan pada soket kecik tersebut

cahaya biru apabila LED menyala nanti
$ads={1}
pasang balik LED dan soket dan seterusnya pasang pada meter

LED ini lah yang perlu di mod sedikit supaya dapat masuk seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas

peralatan yang digunakan untuk mod satu LED tadi

solder wayar pada kaki + dan - LED seperti di atas

kemudian solder pada board meter seperti ini

masukkan kepala LED ke dalam lubang meter untuk bulb kecik tadi

bila dah siap, benginilah hasilnya. terpulang pada anda untuk memilih warna background kegemaran masing-masing

sincerely
jefftacra

70 تعليقات

  1. Salam Abg Jeff...

    Menarik btol diy lampu meter nih....

    Abg Jeff leh x tunjukkan jelas skit semasa nk pateri pd board meter tuh tuk lubang kecil??...

    ردحذف
  2. bro tacra.lampu yg kecik 2 ada jual kan...tp bkn T10..yg kecik guna T5 ja...

    ردحذف
  3. ada jual tapi macam susah sikit nak dapat kat sini, a..ah, led t5

    ردحذف
  4. adeyyy...lawa siot.
    tapi apasal la tak bleh wat kat meter wira...uwaaa

    ردحذف
  5. tak boleh buat kat meter wira yang background putih tu sebab nombor dah sedia kaler hijau. tapi kalau meter lama yang background hitam dapat kot sebab nombor meter warna putih

    ردحذف
  6. bro jeff,boleh tunjuk gambar besar nak solder lampu T5 yang kecik?tak nampak la bro jeff.TQ

    ردحذف
  7. bang jeff tanya skit, kalau wira 1.3 yg takde meter rpm nk psg external rpm wire dia tap kat mana...

    ردحذف
  8. nak senang masuk je meter wira 1.5 yang ada rpm, terus jalan rpm tu

    ردحذف
  9. salam bro...utk bulb kecik yg kene solder tu, ade point negatif positif jugak ke atas board tu??? klu ade, mcm ne nk tau (+) & (-)???

    ردحذف
  10. kat masuk led tu ada dua point satu untuk + dan -, jadi kena trace yang mana ground atau - dengan mengikut jalur litar tu, biasa ada tulis groun untuk negatif

    ردحذف
  11. slam bro..utk meter saga iswara leh msuk x?

    ردحذف
  12. kalau base digit meter kaler putih memang boleh buat dan kalau dah kaler lain tak dapat buat

    ردحذف
  13. wah...lawa.. tp cbe gak cri mentol LED T10 tu kat kdai accessories area shah alam. Tp xde yg bentuk sama pon dlm blog ni.. Ssh btul la..Klo sy nak tempah beli mentol tu kat abg bleh x? Sy bg la upah kit. Reply kat email sy. applecry@yahoo.com

    ردحذف
  14. assalam..bang saya ad meter mcm ni tp nk masuk kat satria 1.3..tp mslah nye meter lancer yg sy ad tu xde mentol n soket wayar...kt kedai ad jual x soket mentol??..lg satu soket wayar satria blh guna x kt meter lancer mcm ni

    ردحذف
  15. meter lancer nak masuk kat wira/satria boleh tapi kena buat wiring sikit kat soket meter asal

    ردحذف
  16. owhh..tp mentol ngn soket mentol kt meter lancer tu x ada...kt mana blh sy dapat kn ea soket mentol tu...mentol asal kt satria blh guna blk x?

    ردحذف
  17. soket asal meter satria tu boleh pakai atau try cari kat kedai accessories, rasanya ada jual bulb dan solet

    ردحذف
  18. bang, sy dh psg bulb kt meter..tp lampu xnyala pn..lampu yg merah nyala lak..mslah fius terbkar ke?tlg2..huhu..

    ردحذف
  19. bro,betul ke sume bulb besar tu untuk backlight?sbb ade satu bulb besar tu dia pnye holder kaler hitam.kalau tukar kat situ nanti tempat minyak empty yg nyale kaler biru tuh.

    ردحذف
  20. ada satu bulb besar untuk indicator minyak, yang tu tak tukar

    ردحذف
  21. xtukar ke?aiseh.baru masuk kaler biru gak.haha.xpelah.nti bile2 ah kalo rajin bukak balik.keh2.

    ردحذف
  22. boss nk tny ckit..wira 1.3 kan takde rpm, jd kalau masuk meter 1.5, ada kena modify x soket atau wiring tu?tq

    ردحذف
  23. dapatkan meter 1.5 injection dan plug n play je kat wira 1.3, rpm terus jalan tanpa ada apa-apa mod pada socket dan wiring

    ردحذف
  24. nak tanya sikit bang..kalo wira aeroback se dia pakai lampu led jenis ape ye??? yg besar atau yg kecik tu..warna asal putihkan..kalau kita nak tukar warna merah ker, ade ker jual kat kedai aksesori..terima kasih.

    ردحذف
  25. lampu meter mitsu atau wira sama je, semua pakai bulb T10, nak tukar LED pun cari jenis T10

    ردحذف
  26. saya dh tukar mentol, tp xbrape terang mcm abg, mungkin sbb mentol yg sy bli bkn jenis led mentol sme mcm original punya mentol, nk tnye ni blh ke klau xpasang penebat getah yg warna biru yg ad kat mentol ori x overheat ke???

    ردحذف
  27. Salam Bang,
    Kalau kat kancil 660 boleh ke digunakan T10 ni..? Kalau boleh.., saya pun nak try jugak.., meter saya L2.. cuma Odometer aje yg gerak... RPMnya tak jalan sebab tak tahu nak sambung kat mana..lol..! Lagi satu..T10 ni boleh jugak ke kalau digantikan pada interior lamp kancil..? Saya juga berminat dgn lampu kecil pada Headlamp disalah satu drp halaman abang disini...rasa2nya boleh ke saya DIY pada kancil saya..?
    Apa2 pun saya ucapkan jutaan terima kasih pada Abang Jeff yg berkongsi ilmu pada kami pengunjung blok ini.
    Salam

    ردحذف
  28. rasanya kebanyak bulb meter menggunakan bulb T10, boleh buka dulu meter tu tengok bulbnya. terima kasih kerana mengunjungi blog saya

    ردحذف
  29. abg jeff,sy mnat ngan diy ni,tp tempat sy xde la lampu led T10 n T5.abg jeff leh tlg blikan x.pos kat sy.sy bank in duit.lg satu panel aircond wira lampu dia sm saiz ker/sy hrap abg jeff leh bntu sy.

    ردحذف
  30. salam abg jeff.. saya minat betul diy nie. cuma nak tau satu. meter saya wira standard punya.. nak tukar ngan evo punya... ianya pnp atau kena mod lagi. hari tu cuba pnp tapi tak menjadi... bantu saya selesaikan masalah ini. MUS PERAK,

    ردحذف
  31. nak guna meter lancer kena mod wiring meter standard wira, pin pada soket kena tukar kedudukan mengikut wiring meter lancer

    ردحذف
  32. salam abg jef..saya pun minat jugak pada meter lancer..tp wiring wira xsama...boleh bagi x diagram wiring wira dgan lancer...

    ردحذف
  33. t/kasih,sye cadang nak tukar meter jugak dari yg x da rpm ke yg ada rpm tapi x tahu bagaimana,

    ردحذف
  34. bang..kalo tgk kt mudah.my, laen jek led t10 neh..leh pkai gak ker bang??

    ردحذف
  35. apa-apa sahaja led T10 boleh masuk pada meter, cuma bentuknya sahaja yang berbeza, boleh pakai

    ردحذف
  36. ok2..kalo T5 pn sme gak ker bang?asalkn T5, xkesah bntuk die, bole gak msok kt meter??

    lg 1 bang..saye ade 2 spare digital aircond panel evo..1 screen da belang-belang..1 lg cm gile2 (tetibe airconf leh on ngan off sndri) tp screen cntik lg..bole ker tak saye nk tuka screen aircond yg gile2 msok kt yg 1 lg??

    ردحذف
  37. salam..brp kos dia sebijik led T10 tu bang?

    ردحذف
  38. SALAM ABG JEFF
    KALAU METER PERODUA VIVA MACAM MANA YERK?
    LEH TUNJUKKAN..
    TERIMA KASIH

    ردحذف
  39. Terima kasih bang jeff, aku dah berjaya tukarkan warna lampu meter kepada biru.. memang terbaik la.. aku punya meter 4g91 auto, led t10 ada 3 dan led t5 ada 2 yang perlu ditukar..

    ردحذف
  40. bro... apsal lepas tukar mentol pastu pasang balik meter minyak ngan suhu naik maximum... tetibe jadi gile sebelum ni x penah pun jadi... meter wira 1.5 carb punye nih

    ردحذف
  41. salam...saya nak tanya..pasal apa lampu meter..kereta saya tak nyala...gelap jer bila malam...adakah..led problem,atau suis adjust lampu meter tu yg rosak..

    ردحذف
  42. salam abg kalu meter wira se leh wat x mcm ni

    ردحذف
  43. salam.. bro jeff.. mana nak cari bulb lampu untuk suis fog lamp, suis heater dan hazard light bg dashboard lancer/mivec? sy punya lampu tu dah x nyala.. bila buka dari suis tersebut mentolnya kecik sgt.. bro pernah buka atau tukar x bulb lampu ni?
    kalu ada cara bleh kongsi.. tq.

    ردحذف
  44. boleh tukar bulb lain, kena cari kat kedai yang jual part electronic ataupun boleh ganti dengan LED kecik, kena mod

    ردحذف
  45. salam.. bro jeff. saya puas hati dgn blog ni byk ilmu Diy sendiri bikin..nk tye satu bang adakah meter kereta waja wrna merah senang nak tukar buld ke LED cmni?..

    ردحذف
  46. rasanya waja tak dapat tukar bulb lain sebab angka kat panel meter tu dah merah kan

    ردحذف
  47. Salam abg.. Gen 2 campro pnya meter boleh buat tak.

    ردحذف
  48. tumpang tanya kenapa saya tukar pakai LED dia tak menyala? adakah saya salah beli LED?

    ردحذف
  49. kalau tebalik polarity memang LED tak akan hidup, LED ada kaki negatif dan positif dan tak boleh bertukar

    ردحذف
  50. Cun2 diy ni..semua kdai ade jual T10 led ni kan abg jef..nati try cari..ape2 hal nk update dgn abg jeff..

    ردحذف
  51. saya dah buat pada keta SV4 saya,led T10 ngam2 masuk tanpa modified or solder...masalahnya skrg led tersebut ada yg berkelip2 dan ada yg kadang nyala kadang tidak,mohon bantuan

    ردحذف
  52. LED murah kebanyakannya tak tahan lama, mudah rosak. kena dapatkan yang mahal sikit

    ردحذف
  53. brand apa yg tuan cadangkan? coz saya guna t10 sepasang rm20

    ردحذف
  54. salam...
    kalau nak tukar led lampu brake ketiga kat spoiler wira aeroback pun wat mcm ni jugak ke?

    ردحذف
  55. salam.jef.tq pasal diy ni.keta sy wira 1.8 uk spec.ada mter kmh dan mph.brjaya gak tkr led biru.tp kmh xnmpk la sbb kaler merah ori.mph mmg clear.nasib background itam

    ردحذف
  56. salam abg jef nk tnya meter lancer nk m0d pada dshb0d wira.Leh ajar tak mcmana nk tkar wiring pin nya.Tq

    ردحذف
  57. salam.abe jeff nk tnya meter keta sy 0n kunci je rpm dh naek 5 ape mslahnya??meter lancer.tlg sy

    ردحذف
  58. SALAM... BENGKEL ABG JEFF TERENGGANU KAT MANA? BLEH BGI NO TEPON X?

    ردحذف
  59. waja senang x nk keluarkan meter dia b. jep...ader skru kt memana ke..atau dia pkai slot soket....jenuh gak belek dashboard..x tau tang mana nk mula nk keluarkan meter...adusss...mintak pencerahan sket b.jep...t.kasih

    ردحذف
  60. abang jeff..tolang email digram meter wira ke padapada meter lancer...meter wira saya selalu rosak, so saya cadang nak tukar meter lancer...tp xnak nak wiring macam mane..tolong la ajar...ini email saya, iseprk@yahoo.com ape2 pun trime kasih abang jeff...

    ردحذف
  61. salam abg jeff..sy dh pasang let t10 kt meter sy,berfungsi dgn cemerlang.tp kenapa led t5 tak menyala..kn modified mcm abg jeff tunjukkn ker..tp led t5 ni bkn mcm yg abg jeff punya..xde kaki nk solder..tq..

    ردحذف
  62. Salam abg jeff..saya da cuba buat pakai led biru 5 point cahaya jenama hifili. Led jenama ni mmg mahal dan dipercayai n sy pakai dekat moto jugak. Tapi problemnya bila pakai nmpak mcm kesan overheat sampai kawasan dalam meter agak hitam sbab maybe asap terbakar di litar. Sy check sbab sy perasan minyak saya naik turun. Led ni support 12v..cuma sy xpasti bape watt. Kalo sy solder resister dekat led tu untuk stabilkn arus boley ke abg jeff. Sbab kalo sy pakai lagi rasanya lama2 boley rosak minyak temp n rpm..sy pakai meter wira n led ni tembus hijau wira..kekal biru..tu yg syok

    ردحذف
  63. Salam cikgu mcm mn ye nk jd kan lampu seat belt tu berkelip..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors