Reverse Light Switch. Sensor

kebanyakan pemilik kereta pernah mengalami situasi sebegini iaitu masuk gear reverse lampu reverse tak hidup ataupun reverse sensor tak berbunyi seperti kebiasaannya. kalau simptom ini berlaku bolehlah cek reverse light switch yang berada di atas gearbox kereta, iaitu di bawah bateri bagi pemilik kereta proton. jika ini berlaku sudah sampai masanya switch ini perlu diganti baru yang boleh diperoleh di mana-mana kedai sparepart dengan harga di bawah rm50 sahaja untuk satu unit. inilah kelaziman yang rosak sekiranya lampu reverse tak hidup tapi ada kalanya tak hidup disebabkan bulb yang rosak, so kena cek dulu perkara lain sebelum mengambil keputusan untuk menukar suis ini

ini rupa gearbox mitsu/proton yang kodnya bermula dengan 4G lebih kurang sama je antara keduanya. kebetulan gearbox dah ada dalam store so saya ambil peluang ini untuk menunjukkan di manakah lokasi reverse switch ini, perhatikan hujung sebelah kiri gearbox ada satu tempat kemasukan soket yang berwarna hitam. dalam gambar ini kelihatan soket telah pecah tapi suis ini masih lagi berfungsi dengan cemerlang

close up kedudukan reverse light switch pada gearbox. semasa kita memasukkan gear reverse mekanisma di dalam gearbox menolak hujung switch ini dan menghidupkan suis seterusnya mengaktifkankan lampu reverse. pada masa yang sama reverse sensor pun bergantung kepada switch ini juga dan akan berfungsi menghidupkan sensor apabila kita reverse dan sekali gus mengeluarkan bunyi tertentu mengikut jarak yang telah ditetapkan

gunakan spanar bersaiz 24mm, agak besar saiz nat yang berada pada badan suis ini. kalau tak ada open wrench macam ni boleh gunakan juga spanar hidup yang boleh laras tu...

sebelum guna spanar terlebih dahulu unplug soket reverse switch light ni. pusing arah lawan jam untuk membukanya. kalau gearbox ini masih terpasang pada kereta anda boleh lihat kedudukan reverse switch ini pada bahagian bawah bateri kereta dan akan nampaklah soket hitam 2 wire yang dipasangkan pada suis tersebut

switch yang dikeluarkan daripada gearbox dan anda tak perlu risau kerana minyak gearbox tidak akan keluar melalui thread suis ini sebab kedudukannya pada bahagian atas gearbox
$ads={1}
kadang-kadang hujung switch inilah yang rosak sebab wear and tear, akibat dah terlalu lama digunakan. suis di dalamnya sudah rosak

hujung suis di dalam gearbox yang berupa seperti bebola besi dan bebola inilah yang ditekan oleh mekanisma dalam gearbox dan seterusnya akan bertindak sebagai on/off

semasa memasang nanti jangan lupa pasangkan balik washer ni dengan masukkan washer dan pasang balik kat gearbox seperti keadaan asalnya. kegagalan memasang washer akan menyebabkan kebocoran minyak gear berlaku

switch yang baru boleh didapati di spare part dengan harga rasanya tak sampai rm50 satu. tak perlu bawak sample, bagitau je kata nak suis pada gearbox kereta proton ataupun terus cakap nak reverse switch kat gearbox. sama sahaja antara wira/satria/putra/lancer 4G9X, tak kira berapa cc kereta pun

terima kasih
sincerely: jeff tacra

55 تعليقات

  1. laaa...benda ni tak perasan lak...hehehehe...kalau reverse bunyik laju jer..pun masalah dari benda ni ke bang?

    ردحذف
    الردود
    1. Bole bagi pertolongn. Manual gear .. Kalau gear nak masuk reverse tapi bunyi krekkkk.. Apa rosak nya tu..ada ka gear box...atau pum clutch

      حذف
  2. tq..bg info bergambar..senang citer...buat sendiri nanti..hidup abg jef

    ردحذف
  3. kalau reverse sensor bunyi laju baukan switch ni, kena check module reverse sensor takut yang tu problem

    ردحذف
  4. module dia yang kat bumper belakang tu ke?warne itam?

    ردحذف
  5. yup, yang kotak hitam belah kanan dalam boot belakang, kat celah bumper

    ردحذف
  6. ok bang...mekasih...jap lagi chek kat situ

    ردحذف
  7. baru tahu suis reverse dai kt situ..sy punya pun xmenyala..igtkan bal tebakor..nnti bulih check..

    tq for info bro..

    ردحذف
  8. Kalo kita nk buat suis pendua utk lampu reverse atau bila kita tekan brek lampu reverse akan berkelip buleh tak?

    ردحذف
  9. terbaik bang.. aku ada masalah ni.. baru jumpa solutionnya.. thanks byk2..

    ردحذف
  10. mmg bgs diy ini...three thumbs up..!! :D

    ردحذف
  11. bro Jeff,.. Reverse Light Switch ni utk semua kete sama je ke??? atau ade saiz yg berlainan...??

    ردحذف
  12. sama juga ke masalah kalau lampu reverse asik terpasang walaupun bukan tolak gear reverse? tu yg jadi tiba2 di wira aku skrng ni.

    tq bro jeff.

    ردحذف
  13. salam, keta kawan (SagaBLM) lampu reverse x nyala..dah tukar mentol, reverse switch baru, fius semuo ok..tapi masih x nyala.nape?.wayar dari r/switch nie joint ngan ecu ke? kalau nak buat wiring baru x payah lalu ecu boleh tak?

    ردحذف
    الردود
    1. dah jumpa ke apa masalahnya..sbb sy pun mcm ni skrg ni..dah tukar smua masi x nyala

      حذف
    2. dah jumpa ke apa masalah ? sbb kete sy pun mcm ni juga..dah tukar smua tp masi x nyala..

      حذف
  14. Salam En Jeff, adakah soket reverse light switch utk manual dan auto sama? saya baru sahaja menukar gear auto ke ke gear manual wira 1.6 saya. soket reverse switch tersebut masih belum di pasang kerana saya tak jumpe soket dari wiring yg serasi dengan soket tersebut. adakah saya perlu menukar soket tersebut?boleh En Jeff terangkan berapa wire dan color yg digunakan utk reverse light switch gearbox manual?terima kasih.

    ردحذف
  15. as,salam?.bro jeff suis gearbox auto prob.?naper ek?

    ردحذف
  16. salam.. nak tanya pasal lampu gear auto xnyala pasal ape? yang lain lain nyala tapi D sahaja tak nyala... mentol dah tukar dah..

    ردحذف
  17. reverse light switch hanay terdapat 2 wire sahaja iaitu negatif dan positif. bulb kat D tak nyala kena cek wiring atau switch kat gear untuk gear D

    ردحذف
  18. ooo... terima kasih... xde gambar ker crita pasal cara nak tukar atau check kat switch gear??

    ردحذف
  19. nak tukar kena buka macam dalam gambar kat atas tu, buka dan tukar yang baru... nak wiring hitam tap kat body dan wire 12v tu tap kat lampu reverse

    ردحذف
  20. bang lampu revers sy xd mslh...tp bunyi tu kjp ad kjp xd....ap mslh tu bang...

    ردحذف
  21. kalau wira auto kat mana reverse switch?puas cari kat gearbox x jumpa.masuk gear reverse,lampu reverse x menyala

    ردحذف
  22. Salam bro,

    Minta komentor yg pernah cuba teknik DIY yg bro tunjukkn utk listkan harga brg yg dibeli dalam komen. Sekurang-kurangnya leh tahu estimate price spare part nie utk panduan yg baru try teknik DIY nih.

    Sy bru try teknik DIY utk tajuk post kali ni, masalah adalah lampu reverse nyala tak henti2 tak kira masuk gear apa pun. Lepas tu tukar reverse switch beli kat spare part harga RM28 (Bukit Mertajam, Penang). Bro ada beritahu harga kurang dari RM50, so sesiapa yg dah tahu harga leh update untuk panduan org lain nanti :)

    Thanks

    http://www.blog.warmbite.com/

    ردحذف
  23. Terima kasih di atas info berguna ni. Saya menghadapi masalah reverse sensor kadang2 menyala kadang2 tak. Dah 6tahun pakai kereta neo campro baru saya tahu punca masalah ni datangnya dari reverse suis di gearbox. Sudah tiba masa untuk tukar parts. Terima kasih skali lagi teruskan usaha murni tuan berkongsi dan beramal dgn ilmu yg ada pada tuan.

    ردحذف
  24. salam nak ty,harga skrg u sensor nie brapa??

    ردحذف
  25. Slm nak tanya sy dh tukar clutch plate daikin exedy dgn flywheel 1.8..keta asl 1.5..suis dh rosak.bile tkr suis reverse ni bila msk gear reverse..ia jd keras dn sngkut.bila pksa gak trus xbunyi sensor dan bile cek suis td dh kemek sedikit.dh 2x beli prkara yg sm gk trjd.tlg abg jeff pe mslhnye.ke sbb pkai flywheel bsar.de cara lain x.tlg.tq

    ردحذف
  26. Reverse switch kancil 5 speed letaknya kat mana yer...

    ردحذف
  27. harga semasa reverse light switch RM25 negeri Kedah

    ردحذف
  28. Lampu reverse kejap jd kejap x jadi sebb revese sensor gak ke

    ردحذف
  29. tq bro...tq banyak2...banyak membantu...semoga tuhan murahkan rezeki brol..

    ردحذف
  30. Kt mane kedudukan suis reverse 4g93 sohc auto 4wd? gambar? Brape wayar? Kaler wayar? Tqvm

    ردحذف
  31. suis reverse auto tidak sama dengan manual, auto menggunakan soket besar pada gearbox auto

    ردحذف
  32. Salam.bang.keta saya charade g 11 klu lmpu reverse x menyala nk bt mcm na?

    ردحذف
  33. assalam tuan, masalah ini memang dah berlaku kat kete saga blm saya. teknik yang tuan tunjuk ni cara gearbox dah turun. kalo gearbox dlm enjin siap minyak ada lagi...boleh tak saya tukar reverse switch?

    ردحذف
  34. Assalamualaikum tuan jeff leh x lps ni bincangkn tentang masalah heater d cermin belakang x boleh panas?coz kete sy mengalami masalah heater cermin blkg x leh pns.hrp tuan dpt membantu.

    ردحذف
  35. Assalamualaikum tuan jeff leh x lps ni bincangkn tentang masalah heater d cermin belakang x boleh panas?coz kete sy mengalami masalah heater cermin blkg x leh pns.hrp tuan dpt membantu.

    ردحذف
  36. assalam..kereta pesona pon sme jge ke..coz lampu reverse krte sye menyala je wlaupon x masuk gear lagi..

    ردحذف
  37. Assalamualaikum abg Jeff, saya masih mencari lokasi reverse switch kancil auto 850..tak jumpa lagi. Minta tunjuk ajar abg jeff bagi pencerahan lokasi tersebut.

    ردحذف
  38. Persona manual....reverse tahun lepas..tahun depan baru nyala dan bunyi "bib"...bnda ni jgk kut rosak..thanks share ilmu..

    ردحذف
  39. الردود
    1. sebelum ni lampu reverse x nyala dan bunyi bib bib x brfngsi...sekarang dah setel...aku dah tukar switch reverse ni...untuk kereta persona...sama jgk...RM48 ori...upah psg RM20....

      حذف
  40. salam. sy penguna proton perdana v6 auto. baru2 ni sy dah tukar ke manual tp socket auto x sama dengan manual apa yg perlu sy buat?

    ردحذف
  41. salam. lampu nyala tp reverse sensor x bunyi. apa yg perlu ditukar?

    ردحذف
  42. Salam Boss. nak tanya kat mana fius reverse light kereta MB W212. Saya nak cuba pasang sendiri Reverse camera. Terima kasih.

    Amirul Hamid

    ردحذف
  43. Salam bang jef,saya dh tukar switch reverse baru,tapi masalahnya lampu reverse sentiasa bernyala kecuali kereta tak on...adakah reverse swicth tu yang bermasalah..

    ردحذف
  44. Assalam bos...kancil reverse switch kat bhgian mn ye..lmpu xnak padam

    ردحذف
  45. haritu tanya reverse switch untuk satria neo rm80 ( original proton ). gila bapak mahal.. kalau pakai yg aftermarket punya ok tak? harga bawah rm40

    ردحذف
  46. Assalamualaikum smua dan dikgu jeff..
    Masalah saya plak berkenaan mendalah reverse switch ni... Saya nampak ada minyak gear meleleh di sekitar reverse switch ni. Dah tukar switch baru ingatkan selesai masalah... Tapi dok bocor gak kat situ. Saya buka switch tu..saya belek² saya pasang dan ketatkan.. selang beberapa hari haya periksa semula.. masih keluar minyak gear dr situ. Washer dia mmg saya letak tp minyak masih jg keluar. Semak betul otak ni pikir. Ape la penyakit dia x tau lah.. haishhh!!!:-(
    Mohon pandangan sahabat di sini mana la tau ade yg alami masalah serupa.
    T.kasih.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors