Oil Seal Cam Angle Sensor / Distributor

kebanyakan kereta akan mengalami kebocoran minyak hitam pada bahagian cam angle sensor atau distributor. kebocoran ini disebabkan oil seal atau ada yang menyebut oil ring telah tidak dapat menahan pressure minyak dari enjin kerana bahan tersebut telah keras akibat kepanasan enjin kereta. kebocoran minyak pada bahagian ini boleh dilihat dengan adanya kesan minya pada bahagian bawah cam angle sensor. jadi tiba masanya untuk anda menukar oil seal ini yang boleh didapati di kedai spare part dengan harga rm2.00 sahaja, bawak sample untuk memudahkan urusan pembelian seal yang baru

ini cam angle sensor (CAS) atau distributor 4g9X. kebocoran telah dikenal pasti dengan lelehan minyak pada bahagian bawahnya. kalau nak confirmkan lagi cuci atau lap dulu bahagian berminyak sehingga bersih dan perhatikan sekiranya ada lelehan minyak baru pada bahagian berkenaan bermakna sahlah tempat tersebut bocor

kedudukan CAS pada kebanyakan enjin 4G series ialah pada bahagian tepi kanan enjin

sebelum benda ni dapat dikeluarkan terlebih dahulu buka soket CAS dengan menanggalkan pin seperti tertera pada gambar di atas, baru soket dapat ditarik keluar, jangan main tarik macam tu je sebab kemungkinan soket akan pecah atau patah, maklumlah soket ini sentiasa panas akibat kepanasan enjin dan tidak mustahil boleh reput. so hati-hati membuka soket ini

terlebih dahulu tandakan kedudukan CAS bagi menyenangkan anda memasangnya nanti supaya tidak ada apa-apa perubahan pada setting benda ni. kalau tak tanda anda boleh gunakan timing light untuk melaras balik kedudukan ignition timing. senang cerita marking je seperti di atas dan masa pasang balik nanti ikut marking yang telah dibuat tadi

buka skru 12mm kiri dan kanan CAS dan tarik keluar. kalau tak dapat tarik pusing-pusingkan dulu kiri dan kanan sambil menarik ke arah kita, pasti dapat keluar dengan mudah. sebaik sahaja dikeluarkan akan ada minyak hitam yang turut keluar daripada head enjin ini, jangan risau, keluar tak banyak pun

pastikan masa memasang nanti kedudukan kepala CAS selari dengan kedudukan marking camshaft supaya dapat masuk dengan mudah. perhatikan oil seal pada CAS

cam angle sensor mivec
$ads={1}
inilah kedudukan marking camshaft yang sepatutnya selari dengan kepala CAS nanti. perhatikan lekuk pada camshaft itu, kalau tak selari dengan cam angle sensor nanti alamatnya sampai petang pun tak akan dapat masuk dengan sempurna

oil seal baru dan lama

yang baru kelihatan bulat dan lembut sementara yang lama dah leper dan keras

oil seal lama, kalau dipegang memang rasa keras dan kadang-kadang ada oil seal ni yang putus sebab kepanasan enjin, sebab tulah minyak boleh keluar melalui bahagian ini

setelah dibersihkan untuk dipasang semula

masa memasang pastikan kepala distributor selari dengan marking cam dan juga mestilah sama dengan marking yang anda buat tadi

dah siap... start enjin dan biarkan running seketika

sincerely
jefftacra

28 تعليقات

  1. marking camshaft tu mmg dok lari doh,kan?

    yg kita kena jaga bila nok masukkan balik CAS tu... Kan?

    ردحذف
  2. camshaft dalam tu memang tak lari. nak masuk balik CAS tu kena pusing-pusing sikit kepala hujung supaya dapat masuk selari dengan cam

    ردحذف
  3. nampak senang jer?kalau bocor selalunya ganggu ke prestasi enjin?

    ردحذف
  4. kalau bocor minyak hitam akan keluar, lama kelamaan minyak mungkin jadi kurang dan kawasan sekitar bocor akan kelihatan kotor

    ردحذف
  5. ooo...kawasan dist. memang macm ade leaking..tapi tak pasti lak kalau memang kawasan dalam entry atau dari tempat lain...

    ردحذف
  6. kalau nampak kesan minyak atau kotoran bercampur debu sekitart dist bermakna seal dah rosak tu. pakai kereta apa...

    ردحذف
  7. kalau wira sebelum 2001 dist lebih kurang dengan yang atas tu. tapi kalau wira sekarang dist mati, tak boleh gerak, so nak buka pun kena buka coil plug dulu, baru dapat buka dist

    ردحذف
  8. dist yang mati tu abg pernah bukak ke bang?macam susah jer?

    ردحذف
  9. pernah buka. pertamnya kena buka dulu coil plug guna nat 8mm. lepas tu buka dist, ada 3 atau 4 nat belang coil plug tu. tak susah sangat, konsep sama seperti di atas

    ردحذف
  10. kalo wira SE perlu buar marking jgak ke bro... mcm x sama le rupa bentuk dgn yg kat atas.... wira se 2005

    ردحذف
  11. wira se tak perlu marking apa-apa, keluarkan coil yang hitam tu, ada nat 8mm kalau tak silap, kemudian barulah keluarkan housing distributor yang 4 segi tu

    ردحذف
  12. Dah berjaya tukar ikut instruction ni! Thanks bro jeff!

    ردحذف
  13. sy punya wira se pun dah mula leaking di distributor..dah tukr roket cover tp still ada leaking..step nk tukar sama mcm entri ni ke abg jeff..? distribution o-ring tu sama ke dgn oil seal ni??

    fazsly08

    ردحذف
  14. dah sampai masa tukar o-ring distributor tu, lebih kurang sama je. kalau wira se lagi sengan nak buat. tak perlu marking apa-apa

    ردحذف
  15. bang jeff klu bleh bt lah plak pasal nak tkar oil seal lam CAS/DISTRIBUTOR tu plak. susah benar nak cabut kepala mating mark yang bercabang 2 tu.

    ردحذف
  16. kalau sebelah cap yg leak boleh servis ker abg jeff?pakai wira carburator

    ردحذف
  17. salam
    wira 2005 4g15 auto,selepas tukar o ring dist perlu buat tunning semula ke atau tidak perlu?

    ردحذف
  18. wira 2005 rasanya VDO dan sekiranya enjin VDO tak perlu tuning apa-apa sebab distributor tu tak boleh adjust, statik je tak sama seperti distributor mmc

    ردحذف
  19. bro tacra..i ade wira tahun 2000 fuel injection 4g15..Last week kereta tgh jalan..tiba2 enjin berhenti..lepas cuba start..xblh start..bawak pegi jumpa pomen..dia kata kena tukar distributor...nak tanya bro..kalau nak tukar distributor susah sgt ke..Minta tlg bro..

    ردحذف
  20. Kalau waja mmc cikgu..sama mcm diy kat atas jugak ke cikgu....

    ردحذف
  21. Salam jeff .
    Knpe start enjin xmboh idup ..try cek api ..spark tubek 2x je pastu xdop doh tp masih crank ..try gune dist mber same gop x idup n spark 2x gop ..kenpe erk ..msalah wiring ke mende lain ?4g93 sohc

    ردحذف
  22. nak tanya cikgu cas dari injin 4g 91,92,93 semua sama ke?masuk masuk semua injin ke?

    ردحذف
  23. Bro Jeff. Distributor kurang baik.Boleh tak buat balik.?4g93 MMC

    ردحذف
  24. Salam bang...macam mne nk tukar oil seal kat dlm ye??sy dh tukar oil seal yg kat luar tu...tp ttp leaking..mcm mne nk tukar dan kat mne ad jual repair kit distributor tu??kete wira 4g15 mmc

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors