Free Air Sub Woofer (Vol. 1)

biasanya bagi penggemar in car entertainment (ice) memasang sub woofer bagi melengkapkan sistem mereka supaya dapat menghasilkan bunyi yang terbaik. ada yang memilih pelbagai jenis dan saiz woofer tertentu dan dipadankan dengan box yang sepatutnya mengikut ukuran dan pengiraan tertentu supaya kualiti bunyi yang dihasilkan dapat dioptimumkan. tetapi kali ini seorang owner wira tidak mahu memasukkan box untuk woofer kerana sudah tentu memakan ruang dan boleh menyempitkan boot yang sedia ada. penyelesaiannya saya mencadangkan memasang free air sub woofer

sepasang sub woofer 10" yang dkhaskan untu free air, maknanya tak perlu box pun tak mengapa. yang ni dual voice coil (DVC)

perlukan MDF BOARD yang dipotong mengikut ukuran belakang seat wira sedan

ukur kedudukan sub woofer untuk dibuat lubang bagi menempatkan sub

lubang yang telah ditebuk untuk 2 biji sub

sub woofer design free air DVC

pasang sub pada MDF BOARD
$ads={1}
tempat yang hendak dipasang board berkenaan. kena buka seat dan panel asal

pasang insulflex pada bahagian belakang sub

pasang pada kereta dengan menggunakan nat

kedudukan sub setelah siap sepenuhnya

proses wiring sub dari power amp. dah siap dan test ice, bunyi tidak mengecewakan dan masih boleh dengar dentuman bass yang padu dari dalam kereta


sincerely : jefftacra

10 تعليقات

  1. abg jepp.. setengah sub buleh main reverse (tendang ke belakang) kalau di mount macam tu.. lagi pawer...

    ردحذف
  2. betul tu, tapi pada HU kena ada function REVERB untuk bass

    ردحذف
  3. Nk tanye... JPJ xkan kacau ke klau cabut back seat kete?

    ردحذف
  4. buat macam ni tak cabut seat kereta, cabut tu sementara je untuk pasang woofer pastu pasang balik set

    ردحذف
  5. boleh dapatkan di kedai accesories jalan kamaruddin, kedai save cost

    ردحذف
  6. Salam tuan,kat mane nak beli insuflek tu yek.Kedai aksesori kete biasa ke kedai hardware.tq

    ردحذف
  7. insulflex boleh dibeli di kedai repair seat kereta dengan harga rm28/meter

    ردحذف
  8. ape² jenis subwoofer ke bole buat camni...??? ke ade jenis² tertentu saje.???

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors