4G92 Mivec ECU Capacitor (ecu caps)

capacitor ecu sama ada mitsubishi atau honda perlu ditukar selepas kereta berusia 10 tahun ke atas. kalau berlaku kebocoran elektrolit dalam capacitor boleh menyebabkan kerosakan serius pada keseluruhan pcb board ecu. jadi langkah awal lebih baik menukar capacitor berkenaan yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan menukar sebiji ecu kereta anda. keyakinan yang tinggi perlu ada sekiranya hendak menukar caps ini, kalau rasa tak berani nak buat serahkan pada yang pakar sahaja. jangan ambil risiko kerana kerosakan kekal boleh berlaku terhadap ecu anda

ini rupa capacitor, harga sekitar rm0.50 - rm1.00 satu, brand biasa yang terdapat di kedai elektronik di negara kita. saya memang order khusus dari JAPAN capacitor ini iaitu jenama RUBYCON. kenapa saya order dari negara matahari terbit dan tidak beli sahaja di tempat kita. lagi pun murah je harganya jika dibandingkan beli di luar, kos pos lagi dan kalau nasib tak baik kena cukai lagi oleh kastam malaysia. jawapannya akan anda temui di bawah nanti

ini board yang rosak akibat kebocoran capacitor. elektrolit capacitor boleh keluar dan boleh menyebabkan board atau papan litar ecu turut sama rosak. elektrolit boleh menghakis litar berkenan tanpa kita sedari. sebab itu lah kalau usia dah sampai 10 tahun maka periksa ecu kereta anda terutamanya kereta lama keluaran 4G9X

kerosakan akibat capacitor, oleh itu cegah sebelum parah

inilah rupa ecu mivec yang akan ditukar capacitor yang terdapat di dalamnya. sama juga dengan ecu mitsu yang lain bagi yang seangkatan dengannya. ecu kereta baru keluaran sekarang saya tak pasti pulak macamana keadaannya

ada 4 capacitor sahaja bagi ecu mivec seperti yang ditanda merah

capacitor ecu mivec

ukuran dan nilai capacitor mivec yang perlu dibeli, harganya hanya rm0.50 - rm1.00 sebijik bagi brand biasa. yang saya gunakan ialah dari JAPAN brand RUBYCON, harga ada mahal sikit tapi berbaloi-baloi. menjawab persoalan yang di atas tadi iaitu kalau capacitor keluaran tempatan di negara kita amat payah nak dapatkan kadar temperaturenya yang mencapai 105C dan yang ada cuma 85C sahaja. jadi saya dapatkan dari japan kesemua temp 105C, dah tak pakai lagi yang 85C, penggunaan temp yang tinggi sikit boleh menjamin ketahana caps di dalam ecu, maklumlah sudah semestinya dalaman ecu panas jugak. 

ini capacitor standard mivec yang dikeluarkan dari board ecu mivec. keda de-solder caps ini atas dan bawah board ecu dan agak susah juga nak keluarkan caps ini 
$ads={1}
ini pula ialah rupa capacitor baru yang dibeli, saiznya lebih kecil dari yang standard tapi kena pastikan ukuran micro farad dan volt yang betul

4 bijik kiri yang baru dan 4 bijik kanan yang lama

sebelum tukar

4 bijik capacitor yang baru. harus diingat bahawa capacitor ecu ni disolder pada bahagian atas dan bawah. jadi, perlukan ketelitian dan keyakinan untuk desolder dan solder semula capacitor. kalau tiada keyakinan hantar je pada pomen baiki radio/tv atau pada yang pakar

ini rupa ecu honda, ada 7 capacitor semuanya

sincerely
jefftacra

34 تعليقات

  1. dah masuk part eLetronik....
    steadi abe Jepp..


    pasnih, bleh tunjuk DIY bolt-on socket utk cip ECU plak.. hehehe

    ردحذف
  2. ok dah dapat info... ni eprom socket 28 pin, kat kedai elektronik ada jual, hehhe...

    ردحذف
  3. ecu yg honda 2 nk rechip kot...kosong je tempat chip 2..

    ردحذف
  4. ecu honda tu memang tak pakai cip kot kat situ, entahlah...

    ردحذف
  5. jep.. buleh tak awak tolong belikan cap tu pas tu pos kt kl dengan kadar patut.. hehhe.. takut tersilap beli laa..

    ردحذف
  6. caps untuk mivec ke, sms saya alamat dan nanti saya bagitau harga... bukan mahal mana pun, hehehe...

    ردحذف
  7. salam brader jeff..
    kalau ecu 4g92 sohc wira..
    cip ape yg bole upgrade...

    ردحذف
  8. nak remap cip kena gi bengkel ke bro?
    x pernah jumpa lagi la bengkel yg bleh remap ni..
    keta g92 tp pakai ecu g93.. minyak kuat.

    ردحذف
  9. kalau nak remap cip ecu kena cari tuner atau kedai yang biasa melalkukan proses ni, bukan bengkel biasa

    ردحذف
  10. asslmkum abg jef, nak tanya kalau sekitar lembah klang boleh x rekomen siapa yg boleh buat (dgn kemas) servis tukar/ganti cap. ecu 4G93. tq

    ردحذف
  11. salam abg jef,kereta saya ada problem skit, saya guna kereta wira auto,bl jln (posisi gear"D") gear hanya berada dlm gear 1 tak tukar ke gear seterusnya, masalah apa ye,adakah ini simptom/tanda2 masalah kebocoran elektrolit minta nasihat,tq

    ردحذف
  12. salam der...tuk sub e-manage ke ecu waja blh tlg tunjukkn x adk nie bru belajar...brg da ada tp xreti nk pasang..sjer xnk anta g org yg sepatutnya coz nk tmbh ilmu....plz..

    ردحذف
  13. kalau nak kemas ganti capacitor ni pegi kedai repair radio tv.. bawa barang.. upah diorang tukar je.. :)
    diy pun boleh

    ردحذف
  14. salam...bro nk tanye kenape mivec kejap ade kejap xde..pada asalnye bunyi mivec tu kuat pastu sekarang ilang bunyi lgi lagi lepas dah jln jauh..

    ردحذف
  15. antara sebab mivec tak on
    1. low oil pressure
    2. oil pressure drop
    3. ECU faults
    4. engine not up to normal temperature
    5. stuck or blown selenoid valve
    6. dirty mivec rocker arm
    7. sensor fault
    8. electrical burn out

    ردحذف
  16. Capacitor ECU saya ada 4 biji...setelah diperiksa,salah satunya hampir mengalami kebocoran...setelah diteliti setiap satu capacitor tersebut,kesemuanya menggunakan spec temperature 105*C...sya telah ke kedai elektronik di kuala lumpur(jalan pasar) yang dikatakan syurga kedai elektronik...namun kesemua kedai tersebut tidak mempunyai capacitor spec temperature 105*C...mereka menawarkan saya spec temperature 85*C..saya membelinya..tetapi masih ragu2 untuk masukkan ke ECU saya..persoalan saya ialah,bolehkah saya menggunakan capacitor yang mempunyai spec temperature yang rendah dari spec capacitor asal? bolehkah encik dapatkan capacitor spec temperatue 105*C di kuala terengganu? jika boleh,saya akan berikan detail spec capacitor saya untuk keempat2 nya...sume kos akan saya tanggung...saya menggunakn enjin mitsubishi 4g92 1.6cc sohc

    ردحذف
  17. samalah mcm saya jgk...dah carik serata tmpt mmg cap spec 105degC x de la...tlg kami abg jepp..

    ردحذف
  18. Stok saya dah habis, saya order direct dari japan. Nanti ada stok baru sampai saya umumkan dalam FB saya

    ردحذف
  19. Sekadar berkongsi ilmu,

    Setahu saya spec 85C & 105C utk cap x jadi masalah kerana itu untuk suhu max cap berfungsi, cuma volt saja jgn kurang dari 12V sbb bateri kereta hanya supply 12V.. jika kurang dari tue, cap boleh meletup atau terbakar walaupun spec uF & suhu sama..

    ردحذف
  20. cap 85c boleh diguna utk ganti cap 105c tanpa masalah. cap dgn spec suhu 105c sllunya lebih tahan lama. volt juga boleh guna yg lebih tinggi dr yg asal cth klu asal 25v blh guna yg 35@ 50v. sy dah melakukan kerja menukar cap ni pada byk ecu dgn takde masalah cuma nilai capacitance nya jgn di tukar pada spec lain. klu 100uf kena ganti dgn spec 100uf juga.

    ردحذف
  21. Slm bang joe boleh berikan kod cap enjin 4G93T turbo gsr??....saya bercadang nak tukar cap ada berapa cap untuk enjin turbo gsr bang jeff?

    ردحذف
  22. Slm bang jeff boleh berikan kod kapasitor untuk ECU enjin 4G93T gsr turbo??saya bercadang nak tukar kapasitor takut terjadi leaking pada kapasitor..

    ردحذف
  23. tq boss..bg info pasal ecu td... nnti sy blk kg, nak jumpa boss la...tq2..

    ردحذف
  24. gugusan kayu dengan kain beludru atau sutra membentuk tekstur yg kaya serta dagi di desain klasik. desain cafe pinggir pantai sederhana
    detail seperti crown molding, baseboard, serta paneling menambah dimensi serta keindahan pada ruangan klasik. desain cafe rangka baja

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors