Water Cooled Oil Cooler Vol. 1

kebiasaannya untuk menyejukkan minyak enjin kita perlu menambah oil cooler yang disejukkan oleh angin dari luar kereta. tetapi saya telah memilih oil cooler dari kereta 4G93T atau GSR untuk menyejukkan minyak enjin kereta saya. perlu dilakukan pengubahsuaian pada sistem paip di belakang blok untuk memasang water cooled oil cooler ini. dinamakan sedemikian kerana cara penyejukkan minyak enjin ini ialah dengan laluan air pada bahagian oil filter seperti mana yang akan ditunjukkan nanti. walaupun air panas tapi memang berlaku perubahan pada temp meter kereta saya

pertamanya ke buka dahulu exhaust manifold kereta untuk memasang benda ni kerana laluan hose air di belakang extractor ini

inilah rupa oil cooler standard 4G93T/GSR yang akan dipasang pada oil filter nanti

oleh kerana tiada grinder maka terpaksa guna gergaji besi untuk membelah nat ini

terpaksa bahagi dua kerana nat ini tebal sangat

proses mengergaji lagi sehingga putus... sabar je lah

ini tujuannya, iaitu untuk mengeluarkan nat tempat masuk oil filter, kalau skru tebal memang tak dapat keluarkan
$ads={1}
dah berjaya keluarkan nat oil filter

beginilah rupanya bila nat tersebut dikeluarkan

kena gunakan nat yang panjang pulak dan yang pendek tu tak digunakan lagi

kena guna dua skru untuk mengeluarkan benda ni

<< bersambung vol. 2 >>

18 تعليقات

  1. As salam bang. bukan ker mivec dh ade oil squirter.. functionnye same ngn oil cooler utk sejukkan enjin, btol x? ataupun oil squirter ade kt mivec rs sahaje?

    ردحذف
  2. kalau nak ikutkan gsr dan evo pun ada oil cooler dan oil squirter. oil cooler untuk menyejukkan minyak enjin oil squirter pulak tembah kat piston, selain nak melicinkan lagi pergerakan piston dapat menyejukkan piston skit

    ردحذف
  3. salam bang, mane nak cari oil cooler gsr tuh? spare part ade jual ka?

    ردحذف
  4. saya ada satu oil cooler gsr ni, siap dengan nat lubang minyak tu sekali, boleh hubungi saya 0129013452

    ردحذف
  5. klu GSR CK boleh muat tak bang dengan GSR lame punya oil cooler..

    ردحذف
  6. blok 92P pun boleh pakai oil cooler ni, kena mod pipe air belakang blok je sikit

    ردحذف
  7. cam mane ngan lubang air kat depan blok 2 dah ada dah ke or kne bt lubang blik

    ردحذف
  8. lubang air masuk balik ke blok dah ada, tengok kat bahagian kiri depan blok, belakang extractor, ada satu nat 14mm kat situ. sebenarnya tu untuk keluarkan air dari blok tapi boleh mod bagi air masuk balik ke blok dari oil cooler

    ردحذف
  9. ok jd kne cri paip ar nak kne sambung masuk ke blok 2?

    ردحذف
  10. boleh guna hose air samco biru tu saiz 16mm. kat blok tu pasang fitting, ada jual kat hardware

    ردحذف
  11. bang paip yang abg mod2 yang post lm FB 2 paip water cooled ke??

    ردحذف
  12. salam abg jeff kalau lepas pasang ni tentu agak susah masa nak tukar oil filter nantikan kerana kedudukan sedikit panjang ,jadi perlukan keluarkan fan aircond belakang condenser tu dulu baru boleh keluarkan betul tak?jadi kena pakai oil filter relocation kit untuk memudahkan penukaran oil filter baru nanti betul tak?ke tak boleh dah pasang kit tu bila dah buat ni?

    ردحذف
  13. takde masalah kalau nak keluarkan filter pada enjin mivec bila pasan oil cooler ni, kat kereta lain saya tak pasti

    ردحذف
  14. Assalam cikgu ada lagi tak oil cooler gsr? Brapa siap pos kl?..terima kasih....

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors