Side Skirt GSR / EVO

side skirt dapat menambahkan lagi kecantikan kereta dan ramai yang memilih side skirt gsr/evo1 dan 2. side skirt ni dapat plug & play je kat body wira. ada orang yang pasang secara menebuk body kereta dan lama kelamaan body kereta boleh berkarat lah jadinya. jadi saya tidak tebuk body kereta untuk memasang side skirt ini, sayang nak tebuk body, hehehe...

peralatan yang digunakan
1. sepasang side skirt
2. nat no. 10mm 8 biji (guna 4 biji sebelah)
3. double sided tape 3M
4. permatex gam gasket
5. bracket besi 2 keping

sambungkan kepala side skirt dengan menggunakan nat no. 10mm seperti di atas. penyambungan ini dilakukan sebelum pasang skirt kat body lagi

letak double side di bahagian tepi sepanjang skirt dan pastikan kotoran seperti debu dan habuk tidak ada pada skirt atau pada body kereta. kemudian pasangkan skirt kat body kereta sambil menekan skirt supaya lekat dengan baik. pasang dua nat 10 seperti gambar di atas

pada bahagian belakang dapatkan bracket besi yang boleh didapati di hardware atau kedai service ekon dan jadikan seperti gambar di atas. lipatkan bracket dan masukkan kat tulang body kereta

gunakan dua biji nat no. 10

close up bracket pada bahagian belakang skirt
$ads={1}
ini nat sambungan antara kepala skirt dengan bodynya

setelah siap anda akan dapati ada sedikit gap antara skirt dengan body kereta. letakan sedikit gam gasket untuk menutup gap tersebut di samping dapat melekatkan skirt dengan baik pada body kereta

dah 5 tahun pakai skirt ni tapi masih lekat dengan baik kat kereta

dah pun siap dan tak payah tebuk body untuk pasang skirt ini. kebiasaannya pomen ambil mudah ketika memasang skirt iaitu dengan drill lubang dan pasang nat kat skirt berkenaan. jadi dengan cara yang saya lakukan selamatlah body kereta anda....

sekian, terima kasih

26 تعليقات

  1. bohhh..
    lubang skru kat bowoh keto tuh memeng ado doh ko....??

    ردحذف
  2. lubang skru kat body kereta memang tak ada. cuma ada kat skirt tu je

    ردحذف
  3. kne tebuk sendiri la eh....bang,ade lips putra lg x??...

    ردحذف
  4. slm..
    jadi breket besi tu cuma lipat aje la abg jeff
    pastu selitkn kt tulang kete tu je

    mcm tu ke?

    ردحذف
  5. yup... macam tu je, lipatan tu yang diselitkan kat tulang kereta tu

    ردحذف
  6. kalo guna s/skirt gsr tk ori leh wat cm ni gakke abg jeff..
    lg satu bereket besi tu tk jth ke?

    ردحذف
  7. abg jeff semua klip yg kat side skirt kena buka ke? double tape tu kita letak tepi jer kan sebelah bawah tak payah kan

    ردحذف
  8. klip asal tak pakai, kena buka semua. double tape letak kat tepi atas je yang contact dengan body kereta nanti. sebelah bawah tak perlu double tape

    ردحذف
  9. time kasih banyak abg jeff kawan cuba diy sendiri ,kalau ada masalah saya contact balik thank you

    ردحذف
  10. ada spa2 mbe nk jual sde skrt gsr ni > ? :)

    ردحذف
    الردود
    1. Body part gsr bonet evo rm1250
      Rim te37 rota 15x8 5 114 off-20.. Siap tayar falken zek 195/55/15 rm750..
      Bonnet evo3 ori rm850..

      حذف
  11. salam,( skru) utk knci 2 nut dkt bracket tu mmg dah ada ka bang?

    ردحذف
  12. wssalam, 2 biji skru untuk ikat skirt kat depan tu kena beli lain, mana-mana skru 10mm boleh pakai kat situ

    ردحذف
  13. apa kelebihan dan kekurangan side skirt yg diperbuat dari fiber berbanding ori?

    ردحذف
  14. side skirt ori mahal dan tahan lama manakala yang fiber murah dan tak tahan lama

    ردحذف
  15. abg jeff skriting evo 3 bahagian blakang PnP kt bumper wira ke..ke kena modi lagi..

    ردحذف
  16. skirting bumper evo3 hanya boleh plug n play pada bumper wira aeroback, yang sedan punya tak ngam

    ردحذف
  17. yang 2 bijik nut 10 yang dipasang dkt sebelah dlm arch tayar tu ada lubang ka dkt sana? saya punya mmg ada lubang utk ikat daun pisang, tapi lubang tu x cun dgn side skirt. dia ketepi sikit. so mcm na abg ikat side skirt dkt lubang tu?

    ردحذف
  18. Sory sy x nampak lagi mcm ne breket tu melekat kt body tmpa skru, boleh tlong tunjuk..

    ردحذف
  19. ok..ni utk pu kan..blh pakai double side..tp klu utk fiber blh bt mcmtu jgk ke?tanpa tebuk body?

    ردحذف
  20. apa nama bracket ni bos? saye cari kat hardware biase tade la

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors